MOMMY.. KAKAK NAK BASIKAL

Setiap kali nak balik dari tadika, pastu sampai kat rumah, bawah tangga kt kedua2 tempat tu ada je beskal parking. Geram betul. Sebab jadi penyebab kakak sebut. Huu
“Mommy..kakak nak basikal ni”
So, since dah 40x sehari sebut tu, Mommy Daddy x paham2 lagi ke???!!!
Maka, semalam Mommy ajak Daddy cari seketul untuk kakak.
So, weols ke Chow Kit yang pada Mommy memang malas nak jalan kat ctu. Kuang2. Panas. Nasib x hujan.
Selit sket selfie adik AE
Dah jalan2 tu, ada satu kedai wat kelakar. Hikhik. Ni haa. Otomen pun tau dahaga laaaaaa..
So dah jumpa kedai basikal, kakak pun cuba lah. Harga mostly around 180 sampai 250. Tawar memang x boleh dah. Cis betol.
Cuba pink nih. Harga 220 rasanya. Pk balik, kang adik nak belajar naik ke, xkn pink kot? Jambu ah.. Nak beli baru? Jarak umur dorang x jauh pn. 2 tahun je. Bazir beli baru. Hikhik. Sian menjadi seorang adik kan? Kuikuikui. Nasib baik baju x leh share. Kena beli baru. Tapi, ada gak baju kakak yang adik pakai. Hikhik
So weols ingat nak pusing2 kedai lain dlu. Kakak punya nangis, xnk kua, so Mommy terpaksa berdrama dan folo kehendak dia sambil tunjuk kita pegi beli basikal kat sana. Sambil tunjuk2 kedai lain.
Tapi, x menarik. Last2 kena patah balik ke kedai nih jugak.
Maka, kita tengok pilihan Daddy. Mommy macam malas nak pk sgt sbb x larat. Panas sumore.
So weols ambil yang nih. Ok la jugak.. RM180. No less. Hmm.
Since weols park dekat dgn GM KL tu, weols try la masuk kat dalam GM tu. Penat toi pusing. Apa pn x beli. AE plak tido. Nyenyak giler. Kakak xnak tido langsung.
Singgah makan kat De Santap area KL Festival punya jalan tu. Sedap giler asam pedas dia. 2x dah datang sini. Memang x rugi. Sedap dan murah.
Then, otw balik tu Mommy ajak Daddy gi Fabulous Mom kt Ukay Boulevard. Nak cari drinking cup avent. Tapi, xde kat ctu. So weols ke One Baby World plak, area Giant Taman Permata, ada. Yeay. Less RM2 je dari harga sebenar. Huk huk.
Mahai btoi la maintenance anak teruna Mommy nih..
Fyi, AE nih x minum botol tau. Susah gila. Susu sampai terpaksa pakai syringe. Kalau ada Mommy, lagi la xkan mnum susu botol. Mommy start mix fm masa dia umur 1 tahun 3 bulan. Sekarang dah hampir 2 bulan dah mix. Tapi, rasanya mcm x mnum sgt FM tu. Lebih kepada susu ebm yang Mommy bekalkan jugak.
Air masak pn cm kurang. Sbb x pndai hisap botol straw. Uwaa. Mommy nih fail ajar anak ke?
Dia rela minum pakai cawan. Tapi, bagi cawan kang, tumpah lak. Skrg nih dah mcm cekap sket minum. X tumpah sgt. So, try nih malam td, mcm bes je dia minum. Tunggang sket, x tumpah masuk hidung la kiranya. Hihi
Kakak & beskal. Balik rumah, main sekejap. Kena clear satu kawasan depan tv tu sebab dia nak naik beskal. Buku2 yg disepahkan pn perlu kemas.
 
Kul 9pm sharp, ada budak tu yang tengah melukis, zzzzzzzzzzzzzz. Hihi. Sape suh x tido siang.
AE? Kul 12 pn x tdo2 lagi. Even masuk dalam bilik tido yang gelap kul 10. Huwaaaaaaaaa

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.