2D1N DI PALACE OF THE GOLDEN HORSES

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Rezeki nih datang masa Mommy ke Big Bad Wolf baru2 ni. Masa box sale tu. Ada event dalam tu. Mines punya event kot. Suh isi borang & nanti dorang call kalau terpilih cabutan bertuah katanya. Mommy xperlu byr apa2 pun, jgn risau. Hahaha. Igt Mommy nih jenis yang mudah percaya segala beli gores & menang tu ke?

First time jejak ke Palace of the Golden Horses nih masa birthday mak baru2 nih. 6 April 2014. G jenguk2 sambil naik bot laju.

Cer Cari: siapa ada dalam gambar?

Kemudian yang terbaru nih, barulah pergi untuk tido. Hee.. Niat di hati nih nak bagi anak2 seronok je. Especially Hannah. Selalu sangat dok buat show ala2 swim dalam toilet. Nasib belum betul2 swim je kat toilet tu. Hikhik.

So Mommy plan asalnya nak pegi 31 Mei. Tapi terlupa yang time tu masuk cuti sekolah kan? Masa cuti sekolah memang x boleh pergi.

Pergh.. kalau saje2 nak tempah untuk stay dalam Selangor yang memang sekangkang kera dari rumah Mommy tu, memang x la. Rate starting tu pn dah 350++. Kuikuikui.

So weols amek je tarikh yang yakin Daddy x busy & terpaksa ambil cuti jugak sebab boleh pegi time weekdays je. Huuu.. N nasib baik boleh pegi dari Ahad. So weols pegi on 27 & 28 May 2014.

Bila dah sampai, masa tu jam baru kul 2 petang. Katanya check in kul 3 petang, so weols proceed regist dlu. They asked me about confirmation letter. Uish. Confirmation apekebenda pulak. Ur Ms Daisy dah letak date & I datang je bagi nama & voucher complimentary stay tu. Punyalah cari nama Haris Anuar & call Ms Daisy segala, sampaikan Hannah pun dari berdiri terus duduk sekejap la kat situ, malas tunggu. Yg recept pompuan tu keep on saying, kalau nak regist kita memang perlukan confirmation letter segala. Ulang2. & I simply said, kalau mcm tu punya prosedur, y ur staff x email i? I dah buat apa yang uols nak. Fax semua & mention date, then ur staff (aka daisy) pun dah call & confirmkan tarikh, so selebihnya uols tnya ur staff la. Not my fault pun. Mommy pun mcm nak hilang sabar sekejap. Ye la. Panas la sebab dok ulang2. Macam la Mommy nih x dengar aka pekak kan? Pastu tetiba Mommy cakap, u cuba cari nama YB Shehan plak. Eh. Shehan Ismail. Hiii.

Dan tetiba recept lelaki tu cakap, eh ada.. semua dah ada. Dah lengkap dah. Maaf Puan. Maaf. Recept lelaki nih asik keep on saying maaf je. Yang pompuan ulang2 tu, haram. Haih. Sejuk sekejap lah hati nih sebab dah setel. Sebenarnya semua nih x smpai 10 minit pun. Tapi nampak cam lama sebab Mommy taip panjang. Kihkih.

Ala. Xkan nak cerita manis je semua. Kena la cerita gak yang pahit pun even starting cerita kan? Nak buat cane. True story. Mihmih.

So, dah dapat check in, bayar deposit RM200 sebagai sekuriti & dah boleh masuk bilik dah even baru 2.10 gtu.

Ayat pertama masa masuk bilik, selain Mommy, Hannah awal2 lagi sebut “ Assikum”. Hee. Assalamualaikum & Subhanallah Mommy tengok bilik tu masa tu. Ya Allah. Besarnya. Cantiknya interior dia. Subhanallah. Ingatkan kat Zenith Kuantan tu je cantik, sekali sini pun cantik giler. Lagi cantik dari Zenith k. Serius!!
 
 Allah. Hepi x terkatalah anak2 Mommy tu. Eh. Mommy pun. Hahaha. X sabar k. Hannah & Ariq awal2 lagi dah berlari2 ke katil tu. Lompat2. Amboi. Seronoknya dorang. “Jakun ar ko Shehan! Loh. Aku memang tengah jakun nih. Sebab bukan hari2 aku masuk hotel. Aku x mampuuu cam korang yang leh check in kat Australia, London, Indon, Bangladesh during weekend, anytime. So aku hepi cara aku laaaaaaaa”. Tetiba monolog. Ngee.
 Mommy plak x abeh2 dengan dslr. Kejap snap sana, sini, sinun. Amek fon plak, snap sana, snap anak. Suh Daddy selfie. Suh anak2 senyum. Suh Daddy snap skirt baru Mommy. Eh. Heee.. Snap puas2 sebab?
Jap g dah nak tukar baju tido dah. Kuikui
 Shawl dari Mommy punya collection dalam SS SCARF. Akan launch May ini.
Baru je plan nak bawak turun mandi kolam. Sekali hujan lebat daaaaaaaa. Mandi dalam bath tub dulu lah.
Ada penyibuk tu. Mandi dlm bath tub sekejap je. Xnak dah. Nak terjun kua k. Adoi..
 So, dia p kacau kakak dia..
 Non stop lari dalam bilik nih..
Dalam kul 4.30 petang gitu, hujan dah stop. So terus turun bawah nak mandi kolam. HD memang excited sungguh la.. Berenang memang kalah la Mommy. Kalah sebab Mommy x berani terjun kat kolam dalam. Dia relek je. Hadoi Mommy. Fail. Haha
 Petang tu dalam 6 lebih, weols naik semula ke bilik. Ayat nak pancing HD is kakak, jom minum susu. Ye la. Penat kot mandi, lapar la kan. Laju je dia naik. Eh. Naik ke atas tu, kena mandi sekejap dalam bath tub lagi.
Masa minum susu tu, x sempat abeh pn. Terus zzzzzzzzzzz..
AE pun bukan main sedap tido. Around 7 lebih tu, Daddy kua g beli makanan. Malas nak kua dah sebab kesian anak2 yang tengah tido. Adoi. Risau la. Jangan la jaga tengah2 malam. Sekali, memang terjaga pn. Kul 9 gtu dah jaga dah. AE melayan nasik. HD xmau makan. Grrr.. Susah betul la nak makan nasi budak nih. So Mommy kasi roti. Nasib baik ada roti.
Oh ya. Sepanjang cuti nih, Mommy ada BIG ulser. Memang stress la sebab nak makan, nak minum, nak senyum, nak cakap & nak gelak memang TERSEKSA. Ini je ubatnya.. Sebab tu ada gak gambar Mommy pakai skirt grey kat atas tu leh senyum2. Huuuu..
Bila Mommy suh tido.. xmo..
 Sengaja xnak sikat rambut kakak. Cute jugak ye kakak kalau kerinting nih. X jadi ah luruskan. Hahahah
Aktiviti esok, dah xmo pakai pelampung dah. Tapi lebih berani dari semalam la. Lama jugak la mandi dengan kakak & Daddy.
Kami check out around 12 & terus pecut ke Shah Alam plak utk hal penting. Hal 18 tahun akan datang untuk anak2 Mommy. Jeng2. Tq Selangor.
monolog continues…
Aku dapat pegi, alhamdulillah. Nama pun rezeki. Ko dah kenapa nak pening2 kepala stress2 tengok aku upload gambar x henti2. Dengki? Biar la.. aku tengah seronok. Ko nak seronok2 even lebih seronok dari aku, terpulang kat ko la. Aku mampu cara aku. Puas hati?
Or u want me to lose all of them & let me cry bcoz of losing them? Nauzubillah. Sucikan hati tu. Tengok orang hepi2, tumpang la hepi sekali. Tengok orang pegi jauh2, excited la macam kita pun pegi jugak. Xde sape rugi pn. At least orang tau kita nih jenis x busuk hati.
Insaflah. Kalau hati x suci, macam mana rezeki nak mai? Asik nak busuk hati ja, lalat pn xmai sebab jauh sangat ke dalam badan tu.. Rezeki jangan ingat gaji besar je, apa2 kehendak sekeliling pun leh tersekat jugak kalau dah asik busuk hati sangat. Kaji balik apa doa kau. Cubalah berlapang dada.

Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge