AND THEY LAUNCHED MINI KIOSK

Assalamualaikum

Bes bila tengok orang berbisnes. Mommy pun memang teruja sket dengan bisnes2 nih. Kalau ingat balik, dari zaman belajar kt UIA, Mommy dah involve dah dalam bisnes. Bisnes mula2 yang Mommy buat ialah Printing Services. Masa tu, kan student2 selalu buat assignment. Apa yang menyusahkan ialah kena ke cc di kolej tertentu semata2 utk print. So, Mommy dapat idea utk buat servis ni. Alhamdulillah. Ada la duit poket sket. Siap ada yang berani ceroboh bilik Mommy untuk curi tabung Mommy yang disimpan dalm locker. @$^#^%#^% betoi. Dah la kantoi. Tapi, Mommy baik hati, buat derk je la. Sebab tabung tu dia x sempat ambil pun. Lepas tu Mommy jumpa kak Adilah, senior masa tu lepas tertengok iklan bisnes prepaid. So, join jugak bisnes tu. Yang penting, xde modal dikeluarkan. Boleh la jugak duit poket masa tu. Hiiii. Siap benarkan orang hutang, tapi sebelum tempoh Mommy g setelkan bayaran, Mommy bertukar jadi ceti kutip hutang. Miahahaha.. Lepas tu, jual Pad Herba. Tp ini memang x lama sebab Mommy x minat sgt. Jadi, tumpuan bisnes Mommy hanya 2 P. Prepaid & Printing.

Dan ketika itulah Mommy create bilik Mommy as “ShehanzStudio”. 🙂

Cita2 Mommy memang nak sangat “ShehanzStudio” ni menjadi kenyataan. Suatu hari nanti. Insya Allah.

Sekarang ni pun Mommy memang buat bisnes iaitu Lil HDAE Closet & SS Scarf. SS Scarf ni masih dalam pembikinan lagi. Bisnes Mommy & kakak kedua Mommy insya Allah. Korang support k?


Go to this FB link : SS SCARF
(Discover the latest scarf and styles collections with SS SCARF)


Go to this FB link : Lil HDAE Closet
(Online shopping for Clothing, Toys, Accessories, Health & Beauty Products from a great selection for Baby & Kids, Women & Men. Happy Shopping!)

Dan pada hari Ahad lepas, Mommy ke Bangi Gateway, Shopping Mall Baru yang ada di Bandar Baru Bangi, Seksyen 15. Ada 2 sahabat dari sekolah menengah Mommy & Daddy launch mini kiosk mereka hari ni. Bes sgt. Teruja lak Mommy. Ye la. Tengok orang berjaya, kita pun teringin berjaya sekali. Boleh dengki, tapi dengki untuk berjaya jugak ok! Jangan dengki & busuk hati. X baik.

Oh ya. Sebelum pegi, kita nak ber #ootd sekejap. Sebab kali ni Mommy try pakai satin shawl terbaru yang Mommy beli masa kat #femesbazaar hari tu kat +Scarf Sweethoney . Hehehe. Nama satin shawl ni ialah Jezzebell.

Benci pulak bila masuk kat blog, gambar x sharp. Grrr.. Rasanya kena rajin pakai DSLR semula la. Hukhuk. Malas..

Nah bergonjeng sekejap sebelum naik kereta. Tugas Daddy, masukkan anak2 dalam kereta pastu snap gambar Mommy. Hahaha.. Tq la Daddy melayan.. Bukan senang tau org lakik cmnih. I’m a lucky wife. Tq dear.


Shawl: +Scarf Sweethoney
Skirt: Cala Qisha (lawa kan? lawa kan? Nak repeat lagi nanti.. Heeee)
Jacket: terlupaaaaaaaaa mana beli
Top: Aeon AU2
Handbag: Daddy bought at Japan. Lupa lak brand apa. Nanti update.
Wedges: Stefano

Otw tu, AE sebenar2nya ngantuk. Mula2 tu hepi sangat la berself’us’ dgn Mommy

Last2..


Terlentok sambil duduk. Kesian gilaaaaaaaa..

Kami singgah di Tat Nasi Ayam utk lunch. Anak2..sorang tido..sorang nak susu. So Mommy Daddy je la telan. Ambil set of 2 free fruit juice RM16 rasanya..

Kemudian kami ke Bangi Gateway yang memang dah dekat sangat kt ctu. Si adik dah jaga. Kakak amuk lapar, pastu roti dia plak lagi suku nak abeh, terjatuh atas lantai. Apa laieee.. Amuk la nak jugak. Adoii. Kami terus lari ke tempat lain.

Kemudian kami cari la mini kiosk sahabat2 Mommy nih. Baru je nak tarik nafas lega, si kakak ternampak Arcade Game. Aiyakkkkk. Abeh RM10 kat ctu..





Asalkan bahagia lah anak2 oiiii.
Cari punya cari, rupanya ia kat bawah sekali je. Kat dalam Tulip Gallery. Sebelah Pearl Haya. Ada Cool Blog depan tu.. Xtau rupanya kedai tu panjang. So, ia ada mini kiosk dalam tu. Mommy tanya, sewa boleh tahan mahal jugak la.. Sebulan almost 2K. Huk Huk. So, untung kena la mantop ye dok???
Dah jumpak pun dorang. Tahniah Aara Closet & FA Collection.
 Tengah: Atikah Hasnan, big boss Aara Closet
 
  Tengah: S N Farehan, big boss FA Collection. (Gambar ni ialah ketika kami posing semasa HD tlg snap. Power toi kakak nih. Bakat dari sapa tu?? Hiiii)
Tahniah korang. Doakan utk bisnes aku jugak nanti ya. Insya Allah.
One thing yang agak ‘in’ sekarang nih ialah having necklace above ur shawl gituuu.. Mommy pun ada jugak. Beli kat IG bysaforange.
 
Hasil:
Okbai.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.