MOMMY..SOLAT

Assalamualaikum.
Mommy memang selalu berdoa yang Mommy punya keimanan teguh & kuat & anak2 pun mesti jadi anak2 yang solehah & soleh. Insya Allah. Itu doa Mommy.
Sebenarnya, nak ajar anak solat ni memang perlu strategi. Antaranya:
1) jangan solat tempat jauh dari mereka. Biasakan mereka untuk melihat.
2) setiap kali dengar azan, bagitau mereka, oh..kakak..solat..
3) mereka akan jadi tukang ketuk (reminder) kalau kita x perasan sudah masuk waktu.
Setiap kali sampai rumah dari nursery, selalunya memang betul2 masuk waktu maghrib. kami akan dengar azan dari perjalanan ke kereta dari nursery tersebut. So, masa nak masuk ke rumah, kakak akan sebut, “Mommy..solat”
Pernah sekali Mommy beli telekung online sebab kakak suka ambil yg Mommy punya.. Tapi, beliau x suka telekung tersebut sebab WARNA PUTIH & muka pulak kecik.. Nak yang Mommy punya jugak sebab Mommy punya warna hijau. So, Mommy jual semula telekung tersebut kat kawan Mommy.
Sehinggalah kami ke rumah kakak Mommy beberapa bulan yang lalu di Semenyih, anak buah Mommy yang 8 tahun tu, Sofea suh umi beliau ambil telekung beliau yang comel & bagi kt Hannah. Katanya, kat Hannah, apa pun boleh. Hehehe. Pandai adik amek hati acik ye.. Acik memang sayang semua anak2 buah acik. Sebab tu la anak2 buah acik x bkira dengan acik kan??? (acik tu Mommy lah)
ni ha telekung comel tersebut.
Tips yang Mommy guna. Sediakan checklist begini..
So far, rukuk je belum berjaya betul2 lagi. Kadang buat, kadang x. Kadang belum qiyam, dah sujud siap. T_T..
Apapun, Mommy harap kakak cepat belajar. Amin.
Ini adik Ariq Emir la.. Kena buli dengan Mommy. Kah kah kah..
Mengandung & bersalin memang mudah. Tapi, untuk mengajar dan mendidik mereka barulah dugaan sebenar. Jom didik mereka.. Amin.
Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.