BYE 2013.. BYE SAKIT2.. AMIN

Assalamualaikum.
Sebenarnya malas dikenang2 bab nih. Tapi, buat anak Mommy yang mungkin dapat baca nanti, ini luahan Mommy Daddy yang menjaga kamu-kamu siang malam. Syukurlah kakak kamu diberi kesihatan sempurna tahun 2013 nih. Dugaan lebih kepada menjaga adik AE pulak tahun 2013. Ada ler tu kifarah dosa kami kat mana2.. T_T
JAUNDIS DAN ALP TEST…
Lahir alhamdulillah. 28.11.2012. Normal. 2.05kg. Xde G6PD whatsoever. Terus balik Kedah sehari lepas lahir kat Hosp Ampang. Tapi, masa kat Kedah tu, nurse KK yg datang sahkan AE kena jaundis/kuning. Jaundis agak lama. Hampir 2 bulan. Kata mereka, darah O memang gtu. Pasti anak kena jaundis. Nak2 plak AE pun darah O jugak. Hmmm.. Amek darah xyah cakap. Berkali2. Cara lama n moden dbuat selalu. X pernah pulak disaran bagi susu formula ke apa. Cukup dgn susu badan utk buang bilirubin beliau. Itu usaha Mommy paling kuat buat beliau. Even pernah hampir seminggu sakit pedih bila cik N sensitive dihisap kerap si adik.
Last check up pasal jaundis di Sg Petani sebelum balik ke KL (nak abeh pantang 44 hari dah), adik perlu lalui ujian fungsi hati ( liver function test ). So, masa ni kadar bilirubin adik dah x tinggi. Maksudnya jaundis dah xde. Tapi, kes ALP la plak sangkut. Nak tau pasal ALP nih kat SINI (klik). ALP nih salah satu enzim yg ada masa buat ujian fungsi hati tu. Agak tinggi dan memerlukan check up agak kerap la jugak.
Last check result ALP masa 3.5.2013 (sepatutnya kena p spital Ampang), tp dah check melalui kawan yg ada kt lab tu, dpt tau ALP dh turun, so x pegi dah. Lebih kepada x sanggup relakan AE diambil darah lagi. sob2. Tiap2 bulan kot. Naik fobia dh adik tu.. hmmm..
DEMAM CAMPAK MELANDA..
Start demam tetiba pukul 9pm lebih, pd 6.3.2013, ketika umur menjangkau 99 hari. Sadisnya hari ke 100, Mommy kena bawak ke klinik disebabkan demam n ruam yg banyakkkkk.. Doc sahkan campak. Bukan chicken pox berair tu..
Terpaksa EL esoknya (7.3.2013, Fri). Malam tu jugak ke opis sekejap amek beg pam yang tertinggal. Jumpa my boss yg baru nak balik, bgtau siap2 kena cuti esok. Nasib baik la keje sume setel. Hmmm.. Cam tau2 ja nak cuti. Lepas sampai umah, Mommy bagi adik AE makan ubat demam n sapu calamine lotion. Meraung Ariq. Alamak! Pedih ke? Boleh nampak montot beliau cam luka sket. Hmmmm. Esoknya, lepas mandi, Mommy start sapu Udder Cream Moogoo jer. X ltk dah Calamine Lotion. Tenang je adik. X meraung cm malam td. Tdo pn nyenyak. Sahabat Mommy yang dpt tau AE demam campak, offer nak tlg cari daun semambu. So, Daddy pegi amek dr mbe kt k4 malam td. Syukut sangat. Tqvm Zuria Ahmad. Mommy cuma sapu2 udder cream je sepanjang campak (measles) nih. Memang parut hilang. 
Kiranya dalam menempuh ujian kes ALP tadi tu, kami tempuhi dugaan kes campak plak dalam tempoh bulan 3 tu.. Hmmm..
DEMAM PANAS DAN RUAM2 BANYAK
Syukurlah polisi insuran AE dah approve masa 27.4.2013. Apa2 senang sket kan? Better ambil awal2. Ariq tetiba demam semula masa 27.5 – 29.5. Masa tu ruam yang naik agak teruk jugak. Pastu kena plak balik kampung sebab ada kenduri abang ipar. Tapi, sapu2 guna udder cream (kena sabar), alhamdulillah surut terus ruam2 tu.
DEMAM LAGI 🙁
Lepas cucuk 5 bulan (delay sebulan sebenarnya) pada 9.6.2013 tu, esoknya tu beliau demam. Dah la sehari lepas Daddy p Jepun lak tu. Daddy berlepas ke Jepun pagi buta tu.. Huk huk. Sadissssssss.. Penat k sensorang. Uhuk uhuk.
Part paling x besnya, HD pn demam gak masa tu.. Uwaaaaaaaaa.. Mak siap datang 15.6 tu sebab dua2 orang nih gilir2 x sihat. HD siap cirit birit lagi dalam tempoh tu. Paling teruk masa 15.6 – 16.6 tu mau lebih 5x sehari beliau cirit birit. Mak yang datang guna formula org tua2. Bancuh air tepung. Barulah HD ok.. Bezanya masa nih ialah Mommy x gelabah bawak p Hospital. Mungkin sebab Daddy xdak jugak kot.
START AND STOP SOLID FOOD
Sepatutnya AE start solid food masa kat kampung awal Jun hr tu. Tp, sengaja delay sampai 2 minggu sebab faktor dok kampung & baru baik demam. So, start masa 8.6.2013. Tapi, stop jap makan masa 13.6.2013 dek asik on off je sakit2 beliau. Susah nak rumus apa sebab musabab sebenarnya. Hmmm.. Kendian 17.6 baru start solid food semula untuk AE.
TRAVEL DAN DEMAM
Ini yang paling obvious la kot. AE memang sensitif dengan cuaca luar. Kami ke Cameron Highland masa 29.6-30.6. Then masa 1.7 beliau demam. Siap ke Klinik Nadir 5.7 tu sebab kes kahak beliau x ok lagi. Pegi hospital jugak hari yg sama untuk amek darah sebab lama demam. HB masa nih kalau x salah is 8 je. Tapi, xde pa pe tindakan dari Hosp Ampang. Beliau suh ke klinik lagi 2 bulan (bulan 9) utk next HB check up. MO is chinese man dat day.
TEMPOH DEMAM DAN KEMAJUAN DIRI
Dalam tempoh2 demam yang di atas nih, beliau memang maju jugak la. Dari boleh pusing badan, menyusur ke depan sampai la merangkak. Agak cepat progress beliau.
BERAT MENURUN
Masa cucuk untuk vaksin 6 bulan (masa tu AE 7 bulan 16 hari), dapat detect berat beliau masa nih merudum. Ini la starting di mana berat beliau x naik2. Perasan beliau kerap meragam lebih dari biasa. Perasan beliau agak putih macam mat saleh jugak. Kali ni lepas vaksin tu, xde plak demam. Huuuu…
PINDAH
Yakinnya sebab dok rumah tingkat atas pembawa masalah kesihatan. Maka, pada July 30th 2013, dengan rasminya kami bye2 rumah tingkat 4 dimana tempat kami duduk dari start nikah 2009 smpai la hari tu. Kami sangat happy tapi berdoa dengan pindah nih, xde la masalah kesihatan sangat. Insya Allah amin. Kami dok tempat yang sm cuma blok berbeza. Kena tipu masa pindah tu. Urusan lori yang super bengong, barang x abeh angkat, kena bayar RM500. Memang bukan rezeki kamilah.. Hmmm.
MASAKAN HOMEMADE
Ada aura rajin memasak lepas duduk rumah tingkat bawah sekali nih. AE sangat bertuah sebab Mommy kali nih start solid food dengan masakan homemade. Xde nestum segala. Sorila ye kakak HD. Mommy dulu xtau betapa bagusnya Homemade nih. Kakak start homemade pn masa 10m. But still. Both anak Mommy bertuah sekarang sebab Mommy x simply biar nursery masak. Even AE dah 1y 1m nih pn Mommy still masak makanan utk dorg.
Siap ada page lagi tau.. heeee
tq atas sokongan kalian ya. x sangka beribu dah likers. ngeh2
Setakat ni alhamdulillah semua AE telan je tanpa masalah muntah whatsoever. Alergik tu kdg2 jadi jugak. Cthnya masa try tomato n ikan masa 8m kalau x salah. Heeee.. sebab tu pentingnya 4 days wait rule.
CHICKEN POX
Kali terakhir beliau demam masa bulan July tu. Td Mommy ada bgtau kan beliau meragam sket. Tapi, weols anggap biasa. Sebab beliau nih kan budak bfeed. Mungkin manja lebih sket. Kononnya. then masa 8.9.2013, tetiba AE kena chicken pox la pulak. Kes start berjangkit kat nursery. Nursery bagitau cuti 1 minggu start 9.9.2013 tu. Igtkan AE selamat la dari terjangkit. Nah.. 8.9 kena jugak beliau. Naya 1 minggu nursery tutup nih. Import mak la mai. Terpaksa. Tq mak. Hadiah beliau, kami support mak mai & balik naik flight. Huuu. AE dan HD dua2 jenis campak dah kena. Lega gak la kena kecik2 nih.. xle sengsara masa dorg dah besar.
CROWDED DAN DEMAM
Ada bawak both HDAE ke tempat main Kidzoona Aeon Keramat AU2 masa 6.10.2013. Daddy xdak masa tu. Outstation. Weols boring. Then, nak dijadikan cerita, 8.10 Mommy tergerak hati nak ke klinik sebab dah delay agak lama dari tarikh 5.7 tu utk check HB beliau. Patutnya 5.9 check. Dah 8.9 tu kena c.pox pulak. So..
HB LOW
Weols bawak AE ke klinik azizah untuk check HB pd malam 8.10 tu.. Alasannya sebab Mommy tergerak hati bila tengok AE semacam je sejak 2 bulan yang lalu. Asik meragam semacam. Ingat tadi Mommy kata macam manja tu?? Lepas check, rupanya HB AE is 6!!!!!!!! Nak pengsan rasa. Tau x sepatutnya normal berapa?? 12!! 10.10 tu weols ke Hosp Ampang. Nurse marah sebab tengok AE pucat & tanya kenapa x bawak since semalam (9.10 tu). We admit that we are busy dat date, so nurse sume percepatkan proses amek darah & admit segera la dat day (10.10) tu. Masa tu AE dah 10 bulan. Kalau boleh xmau kenang pun 10.10 time 10 bulan nih. So, darah terpaksa dimasukkan ke dalam badan AE (ada Mommy cerita kat sini -klik)

HIKMAH

Hikmahnya lepas masukkan darah beliau, macam ada tenaga baru masuk & beliau dah start nak berdiri sendiri. Hari Raya Haji 2013 (15.10.2013) ada memori baru tercatat di mana beliau dengan sendirinya berdiri selama 5 saat. Alhamdulillah.. Kendian, kali kedua berdiri pada 18.10 & ketiga pada 27.10. Itu yang kami sempat tengok la.. Hehehe

APPOINTMENT & BAD NEWS

5.11 kami ke Hosp Ampang lagi sekali. Terus ke wad 4B semata2 utk amek darah. Siap 2x k kena amek darah. Mommy dah hangin giler dah.. Haih.. Dan pada 8.11 doc jasmine dari wad 4B ada call & minta bawa AE ke hospital segera utk ujian darah lagi sekali.

Dalam kepala, cucuk lagi!! Bila mommy tanya ada masalah apa? Jawabnya SUSPECT LEUKIMIA!! “PITAM 5 SAAT!!”

ME? Crying depan my boss sekejap. Sbb nak mintak izin balik plus xtau nak terima camne kalau betul. My hubby x kasi bagitau family lagi sebab takut over pk bukan2. Kesian sama depa jugak.

Tapi, result selepas tu menunjukkan nothing. Not leukimia. Alhamdulillah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

DEMAM BERMULA LAGI

Penat baca kan? Penat lagi yg menerima keadaan ni. Sian adik AE. Asik x sihat je. 20.11.2013, beliau start demam secara tiba2. Lengkap batuk cm batuk kering tu. 3 hari masih x ok. 1st time AE rejek makan tau uols hari ni (23.11). So pada 23.11 ke klinik azizah & doc cakap ‘lung collapse’ & perlu buat xray. Better ke hosp. So, pegi la ktorg malam tu sampai kul 2 pagi ke Hosp Ampang. Last2 bagi ubat demam je. Xpaham lgsg dgn MO sorg tu. Mula beliau ckp graf jangkitan tinggi, kena buat xray. Tetiba kata nanti beliau bagi antibiotik etc. Last2, apa pun tarak. Dah la nak p bercuti 29.11 tu.. Uwaaaaaaaaaaa.. Perasan AE asik demam malam je lepas tu & tetiba HD pulak demam 28.11 tu. Ya Allah. Sok nak p cuti nih. Terus Efficas dua2 orang nih. Alhamdulillah. Xde demam dah lepas tu. Maka, masa kami kt Melaka A Famosa Resort tu, memang main puas2 la. Sebab ingat dah sihat. Weols celebrate bzday AE yg masuk 1 tahun masa 28.11.2013. Masa otw balik ke rumah, HD tetiba demam balik ptg tu. Bogellah dia dalam kereta n bagi ubat demam secara paksa.. Amazing, balik rumah, bg efficas & tido jap, tgh malam bangun & macam xde pape. Sihat terus. Aik?? Magik..

Weols ke Hosp Pantai Ampang (private) sebab dah x tahan AE asik demam waktu malam je. Igtkan dah betul2 sihat lepas sehari sebelum pegi Melaka tu. Rupanya belum lagi. Memang kena xray & doc wajibkan kami utk admit jugak 1.12.2013 (umur AE setahun 3 hari). Memang magik la sebab sejurus lepas admit tu, xde demam langsung dah. Agaknya sebab aircond sjuk sgt kot. Still beliau kena admit gak kes jangkitan kuman yg agak teruk kt paru2.. Berubatlah beliau kat sana 3 hari..kena nebulizer semua.. Unpaid jugak la Mommy.. Lega gak la dok bilik selesa sket kalau compare Hosp Ampang. Dok sorg2 je. Huuu..

HIKMAH LAGI

Selepas kejadian demam & admit to hosp pantai tu, AE dah start boleh berjalan. 3 tapak masa umur setahun 10 hari (8.12.2013). Syukur alhamdulillah. Mommy pun merasa laksa pasar malam masa malam tu. Hasilnya sok pagi migrain ler pulak. Mungkin badan terkejut kot. Dah setahun x makan. Huuuu..

FOLLOW UP & FOLLOW UP

14.12 perlu folo up kat Hosp Pantai. Berat sekali pampers is 7.14kg masa nih. HB AE masa discaj 3.12 tu ialah 10.5. Darah yg dorg buat ujian pun x menunjukkan sebarang penyakit bebukan. Syukur.

16.12 memang time folo up kt Hosp Ampang. So, AE kena timbang secara bogel & beratnya 6.99kg. Perlu amek darah & HB beliau masa tu 10.5 jugak. X guna kami bawak report Hosp Pantai sebab dorg xmo pakai pn result tu. Tetap kena amek darah jugak sebab katanya tarikh last amek darah ialah 3.12. Hari tu dah 16.12 dah. Ishhhh.. Result menunjukkan AE perlu restart amek iron & multivitamin everyday for 3 months.

HIKMAH 16 DISEMBER

Start bercakap lebih banyak (sebab sebelum ni x mo cakap sgt), plus berjalan pun lebih banyak. Alhamdulillah.

KALI TERAKHIR UNTUK 2013
Harap2nya terakhir untuk bila2. Xmo dah admit2 lagi nih. Malam 26.12 beliau ttiba je pink mulut tu.. Esok tu masih panas & berterusan sehingga malam. Siap biru kaki. Plan asal nak ke klinik. Tapi, kalau p klinik pn sama je rawatannya. So Mommy keep on bagi mandi/ jeram apa yg patut. Biru tu sebab panas dalam plus sjuk luar. 1st time la pakaikan socks masa demam. Lepas tu, 2x bg ubat bontot malam 27 & tgh mlm tu. Sebab tinggi sangat. Ke klinik jugak 28hb tu sebab kes cirit birit serta panas agak tinggi. Dapat antibiotik & ubat demam je. Doc yg check masa tu pn macam ntah apa2 je. 1st time Mommy x puas hati dengan Klinik Azizah masa tu. Hmmm.
Dari tengah malam 28hb tu smpai la ke pagi subuh 29hb, asik merengek. Xnak susu Mommy langsung. Mommy panik. Esoknya masak awal2 & cuba bagi makan. Rejek jugak. Berkali2 pulak cirit birit cuma xde muntah. Mommy suspek AE nih macam kena jgkitan kuman macam rotavirus or sumting je. Hati tergerak rasa gtu. Sebab pernah lalui masa zaman Hannah Damia dulu.. Erm… So, kami ke Hosp Ampang thari nih & seperti dijangka.. kena admit 29.12 tu. Alasannya, graf jangkitan TERLALU TINGGI. Amek darah 2x. Hmmm..
Dimasukkan ke wad 4B utk kes AGE (Acute Gastroenteritis) & dikaji najisnya. Xde kuman rotavirus pn. Demam plak memang magik. Admit je trus hilang. Grrrr. Adik wt kelako ke dik?? So, sepanjang dok spital nih cuma tambah air & minum ors. Doc risau sbb xnak makan n mnum. Rejek sampai hampir membengkak dah Mommy tau.. Tapi, syukurlah petang 29hb tu dia dah nak minum susu. Agaknya sebab tekak bengkak kot. Makan esoknya tu plak pn dah ok. Bubur setengah mangkuk. Susu pn dh ok. So, xyh drip dah. Petang dh bleh discaj.
Diagnosis: AGE with Mild Dehydration.
Erm.. itu kisah Mommy sepanjang tahun 2013 nih. Walaupun macam2, Mommy tetap bersyukur punya anak yang sangat kuat berjuang. Alhamdulillah. Allah betul2 uji kami. Walau gaji Mommy kena tolak, walau KPI Mommy x bagus & agak terjejas sebab kes asik cuti (samada kes anak atau Mommy sndr), Mommy redha. Anggap itu bukan rezeki kami je lah. Harap2, ini yang terakhir dugaan kami. Insya Allah. Doakan kesihatan kami ya.. Tq
So, sebelum masuk tahun baru 2014 nih, nak p cuci kereta sat. Eh!

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.