SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU HANNAH DAMIA YANG KE 3!!

*warning: long post & load with picsss*
Seakan sama sambutan macam 1st birthday HD, 2nd birthday, 2nd outdoor birthday yang ada LEBIH DARI SATU EVENT untuk sambut birthday Hannah Damia ni. Mommy Daddy super excited. Hehehe.. Kali ini untuk 3rd birthday HD pun lebih dari satu event jugak. Heheheh
1st Event @ EyeCap Studio @ 28092013

Mommy ada cakap pasal studio photoshoot sebelum nih. Mula2 sedih sebab date 28092013, tu Daddy patutnya ada team building. N tarikh studio photoshoot ni xle tuka dah. Itu yang rasa nak letgo memula. But hey.. Doa Ibu kan mustajab. I keep on doa’ tau, Daddy. Sekali, Daddy punya team building company tu tunda minggu depannya. Mihmih. Hepi x terkata. Since tarikh yang dipilih 2 hari sebelum tarikh harijadi HD, so weols plan nak celebrate kat ctu je. 
Pencarian props
As usual, Mommy bukan jenis yang semborono nak pegi shoot kosong gtu je. Hehehe. So, we start dengan cari tema dulu. Tema ialah “Colour Block” sebab itu memang favourite Mommy. Hehehe..
Items yang di-shortlisted :
Baju bajan, shoes, tudung
Poster
Kek
Candle
HDAE block word
Party Hat, Balloon
Itu je.
Untuk baju bajan, shoes ape sume tu, penat gila kot mencarik. Bukan sehari tapi lebih sehari mencari tau..
Mommy – Dress & Cardigan beli kt KL Festival City, Wedges beli kt Paradigm Mall (yang warna biru dalam gambar nih). Tudung dari AHC.
Daddy – Pants beli kt Brands Outlet Ampang Point selepas struggle cari kt satu Paradigm Mall tu. Shirt tu plak kebetulan baru dpt hadiah dari kawan from Bandung. X sangka ia match & kena betul dgn tema!!
Hannah – Dress & Cardigan cari kt paradigm, kl festival, last2 beli kt Aeon Jusco. Lain2 brand tu. Dress tu taste Daddy. Mommy pilih cardigan je. Hehehhe
Ariq – Shirt beli kt Aeon Jusco jugak. Pants hadiah dari uncle Ayeh yang masih belum dipakai. Serius. Kena tema jugak. Hahaha
Untuk poster, my big thanks to my lovely friend, Mimie Mohamad yang tolong buatkan. Tq for this Mimie!!
Untuk kek, 2 malam sebelum 28092013 (tarikh photoshoot) tu, weols ada ke Aeon Keramat mencari frame untuk letak poster di atas nih kt Mr DIY, kami ada terjumpa satu kek yang memang comels warna putih & hiasan merah2 sket. So, macam kata ok la.. But, we should go to Spectrum Ampang dulu coz dengar2 kedai kek dalam Giant tu sedap. Then, esok malamnya weols pegi lah beli. Xde la banyak sangat choicenya. Tapi, good thing is murah. RM19.90 je. Hahaha. Beli je la sebab esok tu dah nak guna.
Candle weols beli kt Daiso Aeon Keramat juga rasanya. hahaha.. Punya la banyak tempat smpai lupa. Kihkih..
HDAE block word beli kt KL Festival City. Harga RM7 satu huruf.
Party Hat, Balloon beli pagi hari kejadian di Party Heaven, Taman Melawati.
Jom usha hasil2 gambar
HD memula amuk. Lapar sebenarnya. So weols kena cepatkan proses posing kat part potong kek & bagi dia makan, only then baru ‘betul jalan’. Hahahah
Sementara HD makan, weols siapkan Ariq Emir utk posing dulu..

HD dah nampak cam ok. So ambil peluang nih la ajak dia posing. One thing, shoes dia xmo pakai. Grrrrr.
With Daddy
With Mommy
AE with Daddy
AE with Mommy
Ololo. Pandai la adik posing.. heeee..
Mommy & Daddy
Love Love Love
We r happy family
Last but not least, ada jugak pic HD pakai shoes.. hehe
**semua gambar studio nih belum edit yaaaaaaaa**
*************************************************************
2nd Event @ Home @ 12mnite 30092013
Big thanks to Daddy yang set up semua nih utk event kat rumah. Small party at home for HD. Daddy ajak kua g beli kek kat Secret Recipe. Beli 1 slice each utk 2 jenis kek. Tema sebenarnya bercirikan Japanese Garment. Huhu. Tapi, Daddy terlebih kreatif. Dia sorang nak hawaiian style plak. So jadi freestyle je la. Hahahaha. Mommy & Hannah pakai Yukata & Ariq pakai Jinbei. Semua nih Daddy beli kt Jepun hari tu..

Kakak makan Indulgence Cake. Mommy suh Daddy suap sket2 je. Kang terlebih gula, susah nak tido plak. Hyper. Huhuhu
*************************************************************
3rd Event @ Kid’s E World, the Garden @ 30092013
Nak hepikan cik Kakak HD nih, we plan ke the Garden hari nih. Tq Mrs Eeza Herman sbb suggest tempat nih lepas Mommy suarakan mana bes antara Jungle Gym Bangsar, Kidzoona, Jkids, etc. N memang berbaloi gila lah bawak ke sini. Hannah non stop main smpai Daddy keletihan mengejar. Hohoho. Mommy dok bergerak sket2 je main dengan adik AE. Ye la. Kalau encik adik AE tu pndai berjalan, baru nak kalut kot. Hahahaha.
Ini pic waktu pagi lepas weols keluarkan hadiah utk si kakak.. Muka appreciate begini memang selalu dinanti-nantikan..
Jom pegi jalan2..
Adik AE baru 10 bulan. Tapi memang dah pandai panjat & berdiri dari 8 bulan lebih lagi. Sekarang dah konfiden sgt2 nak berdiri kat mana2 pun. Asal ada peluang.
Parking kt Midval & the Garden mmg seksa. tapi, nasib baik adalah jugak lepas 5x round naik turun.. 
Kid’s E World nih terletak dalam the Garden, Tingkat 4. Sila cari GSC Signature / Redbox karaoke tu, sure jumpak..
Bayaran masuk ialah RM30 (weekdays), RM50 (weekend). Memang bes sebab weols pegi hari isnin & orang memang xde!! Yeahhhhh!!!

Kinda cute & sangat luasss

Happy sangat kan, adik? Kakak mana la dia pegi tu…
Untuk ketiga2 majlis nih, Mommy sebenarnya sangat x sihat. Masa di studio tu, Mommy sebenarnya tengah demam panas. Muka memang gigih nak ceria. Huhuhu.. Mata pn x larat nak celik sangat. Makan x selera dari hari Jumaat tu sampai la hari yang tulis post nih. Hari ni la. Lama gak tu. Semalam pn terpaksa MC sebab kes batuk non stop nih.
Buat kakak HANNAH DAMIA tersayang, Mommy bangga dapat lahirkan anak bijak seperti kakak. Mommy rasa sejuk hati dengan setiap tingkah laku, tutur kata, lemah lembut kakak tu, semua Mommy sangat bangga. Kalau time tantrum, Mommy lupa la sekejap. Hihihi. Maafkan Mommy ya kakak. Sepanjang Mommy besarkan kakak nih, Mommy mungkin dok marahkan kakak kan. Tapi, Mommy rasa, Mommy start marah kakak masa dalam pantang adik. Maksudnya, kakak start buat Mommy bertukar jadi naga masa kakak berumur 2 tahun 3 bulan aka lepas dapat adik ya, sayang. Hmmmm.. Mommy janji, Mommy akan tunaikan apa sahaja permintaan kakak selagi Mommy mampu. Mommy berdoa moga kakak jadi anak yg solehah, anak yang kenang jasa, jangan melawan kata2 Mommy & Daddy, jangan hilang rasa hormat kepada sesiapa xkira muda atau tua, jaga maruah diri, rajin belajar, kalahkan Mommy Daddy as top student masa sekolah rendah dulu, pastikan kakak berjaya jejak universiti & harap lebih lagi dari Mommy Daddy. Kakak jaga adik juga ya. Kalau Mommy Daddy xdak nanti, kamu berdua je lah harapan Mommy Daddy untuk berdoa buat kami nanti.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 3 SAYANGKU HANNAH DAMIA BT HARIS ANUAR

Oh no. Sebak plak rasa.

Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.