ARIQ EMIR.. LOW HB!! (PART 1)

Ketika Ariq Emir 6 bulan (5.7.2013), dia pernah demam yang agak kuat & kami bawa dia ke Emergency Hosp Ampang sebab dah lebih 4 hari. Masa tu, doc ada buat ujian darah on da spot dan result darah AE ketika tu agak x cantik iaitu HB 8.
Dan kami hanya disuruh pulang & buat next appointment pada bulan Sept (around 5hb ke atas jugak la), namun malangnya ketika 8.9.2013, AE kena chicken pox la pulak. So we delay lagi sehingga beliau sembuh.
Sepanjang umurnya dari bulan 7 sehingga 9 tu (6bulan sehingga 9bulan tu), kami macam agak tertekan sebab dia asik merengek. Ye la. Kita xtau sebab. Ingat nak susu je. So, bagi susu n makan, dia diam jap. Pastu xle nak tinggal seminit pn. Sure merengek. Even masa atuk datang jaga seminggu time c.pox tu (8.9 sehingga 14.9), atuk bagitau perkara sama. Merengek & xle berenggang. If only we know…
Sehinggalah malam 8.10.2013 (macam dirancang pulak tarikhnya), Mommy x sedap hati. Mommy ajak Daddy ke Klinik Azizah malam tu jugak. So masa doc interview itu ini, then Daddy pn ada bagitau AE seems weak sometime. Mommy pn macam realize lps Daddy cakap tu. Ya. Ingat rengek biasa sebab kena tinggal kt nurseri etc kan. If only we know…
Mujur juga kt Klinik Azizah nih equipment agak uptodate. So, leh check darah on da spot. Time tu doc detect HB hanya 6. Whattt? 6?? out of 12???
THIS IS SERIOUS!
Patutnya esok tu terus ke spital but due to unfortunate event, we have to postpone on the next day. Sigh.
10102013 (Khamis)
Then on 10th 10, 2013, masa Ariq juga berumur 10 bulan, kami ke Hosp Ampang membawa surat rujukan dari Klinik Azizah.
Tengok AE. Dah tunjuk muka xde mood. Memang susah nak senyum lately. Sejak dia start meragam selepas 6 bulan tu.
Masa di hosp, nurse yang tengok cakap, AE nampak pucat. If only we realize itu salah satu simptom. Kami ingat dia jenis putih kuning gtu sbb memang dari lahir dia putih kuning.
Masa di kaunter pendaftaran, satu masalah terjadi. Dorg x accept surat rujukan dari klinik swasta. Katanya, kami perlu bayar sebagaimana kami bayar di swasta (range 100-500 untuk semua prosedur) jika guna surat rujukan tersebut. Idea mereka, suruh pegi Klinik Kesihatan biasa & ambil surat baru.
IDEA ANDA KURANG BIJAK YA PUAN2.
Kami guna surat rujukan wtsoever pn, ia adalah penerangan dari DOKTOR di klinik. U nak kami dptkan confirmation dari KK yang rata2nya xde doktor tu? Yang cuma ada nurse? Gitu? Asalkan dapat surat? Gitu? Watdaaaaa..
Then, kami cuba nasib ke kaunter paed klinik kanak2 sendiri kt sebelah kaunter pendaftaran paed tu. Minta tolong nurse kat ctu dapatkan sedikit surat ringkas supaya kami x perlu ke KK semata2 utk dptkan sehelai surat yg mana ambil masa ntah bape lama pulak. Then nurse tu jumpa paed sendiri & dorg check ada 1 appointment last yg kami ‘hutang’ dgn hosp tu. (Utk kes ALP, x datang sbb kami dah tau result melalui org dalam).
So, doc suh masukkan kes appointment. Then kami ke kaunter pendaftaran semula. Katanya x boleh jugak bla2 sbb xde surat etc. Daddy dah mula nak marah then masa nurse tu explain bla2, Daddy ckp xpe2 sambil kuakan duit RM35 (yg sepatutnya cuma RM5) utk daftar. But then, the kakak kaunter pegi ke klinik kanak2 tu untuk dapatkan confirmation lagi sekali. Bagus. Aku x larat ulang alik dah. So, then barula dorg accept utk ltk under appointment. So xyah ar bayar RM35 & other fees later.
Sesi pertama timbang berat AE. Oh ya. AE ditreat urgent so semua prosedur, dia dpt dulu. Berat di klinik malam 8hb tu 6.7kg tp bila ditimbang semula kt hosp, cuma 6.4kg. Ok. Salah klinik sebab x suh buka pampers la kan!! T_T
Ringannya awak, Ariq Emir!!
Then, sesi check darah. Kena cucuk lor cam biasa. Sian sama dia..
Selepas sejam ambil darah (1st blood collection for HB test), kami sebelum tu sempat gi makan pe sume dlu, kami ke Klinik Paed semula. Masa tu perlu jumpa doc..
“hai..saya xde mood nak senyum”
Then, doc check tapak tangan AE.
“Puan & Encik tengok. Pucat kan? Xde darah pun kt tapak tangan dia”
Tersentak kami.
Memang lain.
If only we know…
“So, nak x nak, kami kena tahan AE hari ni. Dia kena masuk darah jugak2. No choice.
Result 6.
Anak lagi penting dari kerja Puan. So jangan pk pasal keja.”
(terus Mommy sms bos bagitau kena EL plus UL. Demit. Demit coz dah xde cuti!!)
So weols balik dulu untuk packing barang la..
Ready untuk check in. ceh. cam hotel je. shoot!!
Pegi amek HD kt nursery plak.. makanan sume dah prepare pagi tadi. So juz bawak je la semula ke hosp. Ye r. Bajet g spital kejap je. Adoihhh.. Masuk ke Wad 4B by 530pm. Sebab? Wad penuh.. Then, cucuk2 session start lor. Drip line & 2nd blood collection untuk check kesesuaian dengan darah yang bakal diambil.
AE layan Mommy suap bubur. Kakak HD pn hentam banana. Pandai hosp bagi dinner banana. Heheheh
Mula2 weols dok kt tepi tingkap nih sbb kiri kanan wad bilik 1-4 tu dah penuh. So weols dok kat center. Tapi, sat lagi depa ubah tepi kiri. Pastu depa mai, ubah mai tengah balik. Haih. Main2 lak rasa.
11102013 (Jumaat)
Esoknya ubah p bilik 13-16 plak. Main tolak2. Hahaha. Ye r. Wad kecik. Orang plak ramai. Masa masuk bilik 13-16 nih, semua budak kes denggi. I ask my friend, doctor la..jangkit x? Dia kata x. Hohoho. Ye r. Mommy belajar law. Bukan Medic. So xtau la. So, xde r riso sangat dok dekat2 dorang ni pn.
Actually masa tido di bilik 1-4 malam tu, kul 4.30 pagi baru leh tido sebenarnya. Satu sebab ialah lampu terbuka. Kemudian, katil plak yg utk baby punya. Sangkar type. Imagine r kaki Mommy yang panjang ni nak join AE tido. Nasib baik r Mommy ni slim model kan? mihmih. Ku gagahi jua untuk tido. Doc ada datang malam tu & bagitau nak transfuse blood but Mommy x izin sebab dah malam. Mommy takut x perasan ada alergi atau apa2 masa Mommy tido. Uols ada hak untuk deny ok! So doc kata ok. Then esok la. At 6am katanya.
But at 6am, dorang datang & check suhu & etc tu, kul 7 lebih baru doc datang & prosedur bermula kul 845. This indian doc kecik je orangnya. Suka sangat kat AE. Sampai satu tahap dia cakap kuat2 ‘i cannot tahan la. this boy is so cute. inilah cutest baby i’ve ever seen’
Amboi2 doc. Kembang mak tau. Kang x muat katil, jenuh.
Transfusion start at 845. Set selama 4 jam.
Masa lepas masuk air tu, Mommy xde rasa apa2 lagi. Sebab darah belum masuk. But, selepas gambar di bawah nih.. 
Darah dah start masuk. Mommy mula terasa sebak. Yes. Korang ingat Mommy kuat sangat ke? Tapi, Mommy x nangis la.. Mommy kena kental r. Dalam masa yang sama, Mommy bersyukur sebab darah ini compatible utk AE. Syukran donor!!!
Sedih x? Kecik2 gini dah diduga begini.
I xmo ingat nih. 10.10 di kala AE 10 bulan. pffttt
Untuk sarapan pagi tu, bubur utk AE agak masin. Xkan dorg nih letak garam kot. x agak2. nasib baik la Daddy datang anta bubur yang Daddy masak di rumah awal pagi tadi. Bekpes AE ialah oat & banana, lunch & dinner bubur labu kismis & ayam.
Bab makan, xde masalah langsung. Itu memang Mommy bersyukur sgt2.
Tapi, tido malam sepanjang kt hosp nih, WAJIB nak berpelukan. Dia panjat2 kat dada Mommy, dagu sangkut kat perut pun boleh zzzzz. ehehehe. Cute la adik!!
Kawan pertama yang datang melawat adik AE. Tapi masa nih AE masih tdo. TQVM Aishah!!
Muka Mommy ntah apa2. Hahahaha. Penat n ngantuk k.
Petang tu, AE sangat berbeza. Aktif sangat. Macam2 dia buat. Senyum. Bising. Memang lain sgt2. Maksudnya, kali ni dah ada energy la. Sepanjang transfuse tu, xde sebarang alergi, etc. Syukur.
 Seronok sungguh dia main.. Pakai topi pn marah. Cabut terus! Kat ctu dah tau dia sangat sihat. Alhamdulillah.
Hari ni kakak xle datang. So daddy cuma bagi pic nih sebagai penawar rindu. Ya la. Gomen hosp tutup kul 7 waktu melawat. Daddy ambil HD pn kui 7. Celah mana nak mai. Sob2.
Xpala. Sok ja dah nak jumpak semula. Hehehe
Malamnya tu, AE diminta ke bilik prosedur untuk 2nd blood collection for HB test. Nak tengok apa result HB beliau selepas di transfuse. Sedih gak r AE malam tu..

Esoknya…..
Sambung post selepas ini..
Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.