SELAMAT HARI GURU!!!!

Pepagi lagi dah wt ucapan kt FB. hehehe.
Warning: Long Entry. Tapi nyesal kalau x baca. kihkih
Selamat Hari Guru semua.. (posting 16 May yang terpaksa delay dek kemalasan berfikir)
Khasnya memang utk mereka yang bergelar pendidik la.. Namun, indirectly, mereka yang bukan diiktiraf oleh kerajaan juga adalah GURU.
Terutamanya ibu bapa kita. Mereka adalah guru dari kita dalam kandungan lagi. Jasa2 mereka, subhanaAllah, sangat banyak & xkan terbalas. Hanya syurga tempat paling sesuai untuk mereka. Terima kasih mak abah. Mak abah adalah guru adik sampaila adik dah berjaya tahap sekarang. Terima kasih mak abah. Rindu ar mak abah.. Sob sob sob.. (Mommy memang sbut diri Mommy adik kat family.. hehehe. anak 2 pn, adik lagi).
Untuk suami tercinta, yang merupakan kekasih, sahabat, teman sehidup di dunia & mudah2an semati & di syurga nanti, tq sbb sayanglah cikgu yang paling dekat di mata & hati.
Selepas ibu bapa & suami, dah tentulah adik beradik kita. Siblings. Kakak2, abang & adik Mommy yang tersayang. Tq sebab sentiasa rapat walau apa jua yang berlaku.
Kemudian, saudara mara. Orang sekeliling, jiran2 dan seantero kawasan kediaman kita.
Tak terkecuali semestinya SAHABAT2 di sekeliling.

Erm..

Kiranya pengalaman memang banyak la jadi CIKGU kita kan????
Dah umur 6 tahun, masuk pulak sekolah tadika. Ha.. Cikgu2 tadika la plak memang beri jasa. Paling bes masa tadika dulu ialah makan sandwich. Kiranya, sandwich adalah makanan yang paling sedap la masa tu kat tadika Kemas Kg Pulau Timbul. Tahun 1990. Hehehehe..
Masuk pulak darjah 1-6, Sek Keb Hakim Teh. Sekolah nih sekolah kampung Mommy. Memang jalan kaki je nak ke sekolah. Macam2 la kenangan kat sekolah nih. Jadi pengawas, jadi kaki buli, etc. Hehehe.. Tapi sangat bersyukur sebab cikgu2 yang didik Mommy waktu tu sentiasa bagi Mommy berjaya dapat no 1 dalam kelas. WITHOUT MISS!! Tiap2 tahun dapat no 1 masa peperiksaan akhir. Hehehehe.. Alhamdulillah.. Masa UPSR pulak, Mommy sorang yang diumumkan dapat 4A. Hehehe. Tahun 1996, UPSR tu adalah tahun terakhir 4 subjek. Selepas Mommy dah masuk tingkatan 1, UPSR dah start 5 subjek dah. Paling memberi jasa sampai Mommy dapat 4A ialah Cikgu Hazar Kamali. Cikgu2 lain pun bagi jasa jugak, nak sebut ramai sangat. Hehehehe
Kemudian, masa darjah 6 tu, Mommy berterimakasih kepada MIMPI sebab Mommy berjaya tunggang motor dgn sendirinya hanya melalui ajaran dalam mimpi. Kihkih.. Lawak tapi betul tau. Tq MIMPI. Hahaha
Cikgu tusyen masa sek rendah pun Mommy nak berterima kasih jugak. Ilmu kalian pun membantu Mommy dalam UPSR tu jugak. Hihihihi.
Masuk sekolah menengah, Mommy saje pilih sek yang jauh dari rumah. Kononnya leh berjauhan ar dari mak abah. Kononnya xkan rindu ar. Tapi, mak bagitau, asal hujung minggu je, call mak suh datang. Bawak nasi berlauk la, bihun la, mee la. Heehee.. Ye ke mak?? Ngeeee
Seronok pk masa sek men nih. Macam2 ilmu dapat. Bukan setakat ilmu di sekolah, ilmu kejahatan seperti mengelat utk ke prep waktu petang pn ada. Otak lemau la nak p studi waktu petang. Orang nak tido. So, masa tu la mai macam2 ‘penyakit’. Hehehe.. Masuk dalam loker, dok diam2 smpai bajet ustazah dah x lalu. Atau buat2 pening n period pain ka. Hahaha.. Teruk sungguh. Memang kalau pk balik, gila sanggup dok dlm lokar tu. Bukan sorang, beramai2 k. hahahahaha
Cikgu2 masa sek men plak memang macam2 la trademark depa. Tapi, Mommy dah lupa dah nama2 dorg. Sorg dua je yang Mommy igt sbb ada kes. Kihkih. Antaranya sorg ustaz yg wt kes ngan Mommy depan mak abah. Hahaha.. Hal lama. Usah dikenang ah. Kendian, ustazah yang pantang sungguh tgk org pkai tudung pendek dari biasa. Ya la. Nama pn sek agama. Hikhik..
Teringat plak kes Mommy ‘lompat pagar’ ngan kawan semata2 nak ke pekan Alor Setar time prep. Hoi.. Sanggup redah lubang pagar sekolah kt bangunan belakang & bila ada cikgu sedar, lari pecut mengalahkan Usain Bolt ok. Haha.. Nasib baik x kantoi.
Masa form 4 ke 5 ntah, we ols ada program amali penyembelihan ayam. Berkampung kt air terjun er.. biasalah. Lupa la nih. Haihh.. So, program nih Ustaz Yi merupakan ustaz subjek Syariah weols. So, semua orang lelaki berpeluang untuk sembelih ayam.
Punyala excited, ada sorg tu smpai putus kepala dia pnya sembelih.. kahkahkah.
Mommy? Oh yeah. Mommy adalah wanita satu2nya yang NAKKK SANGAT belajar sembelih. Hehe. Sebenarnya, abah lah yang dok ajar masa dok kampung dulu. Antara Mommy adik beradik, Mommy lah yg paling jantans sket. Berani pegang pe sume. Sebab tu everytime nak sembelih ayam, abah akan panggil Mommy la. Cuma, this time, Mommy nk belajar sembelih. Sembelih n pegang FOR SURE lain. Hee. So masa tu, ada sorg laki yang bernama Adai tolong pegang ayam tu. Erm. Hang control macho ka apa Adai oiii.. Si ayam tu, x puas hati sebab Mommy sembelih dia, dia meronta sampai si Adai nih tlepas salah satu sayap ayam tu & terbidas kat tangan Mommy. Dan pisau yang tengah sembelih & not even sampai kat urat mari’h, TERANGKAT. Maka, ustaz mengumumkan ayam tu ialah HARAM DIMAKAN!!! wuwuwuw.. sedeynya.. ini semua salah Anwar. Eh.. Adai!!!!!
Lepas kejadian tu, Mommy bab2 masak memang x minat, so Mommy cari peluang utk wt keje lain. Membasuh ke, pasang unggun api ke, ape ke, x kesah..
Oh ya uolss. Mommy & Daddy satu sekolah tau. Form 4 & 5 kelas sekali. But never talk & not even pandang pn kt Daddy nih. Daddy cte, dia je asik pandang Mommy. Hikhikhik.. Tapi, time tu dia tgh ngorat orang lain. I ols x kesah langsung pn. Hikhik..
So, Daddy among yang minat bab2 masak nih, dia la yang dok p tlg org2 yang sekelian tgh masak, tu. Mommy cm otai cuma x merokok je, siap p melepak ngan org2 lain. Hihihi. Jantanss kan? Hehehe
Eh..lari topik. Hahaha
Mommy nak berterima kasih kat cikgu sekolah memandu sebab ajar Mommy utk dapat lesen motor masa form 4. Yeah. Mommy ulang alik dari rumah kt tunjang & sekolah dgn motor tau. Uols tau berapa jauh? Bayangkan la kalau naik motor tu setengah jam. Pakai jaket 2 lapis sebab Mommy x tahan sejuk. Siap dgn sarung tangan lagi. hehehe.. Jauh gak la. Siap smpai xcdent langgar budak sekolah lagi. Tetttttt!!
Juga JASA YANG PALING BESAR ialah cikgu tusyen Mommy yang memberi jasa dengan ilmu2nya yang buat Mommy nih BODO MATH & SAINS smpai Mommy leh dapat A uolss. Sebabkan A tu la Mommy leh masuk UIA. Huhu. Tq Cikgu Syam. Ros xkan lupa jasa cikgu!! Oh ya. Cikgu nih suka panggil i Ros. Mai mana ntah Ros tu. Hahaha
Kendian, masuk plak matrikulasi UIA. Pengalaman pertama la berjauhan dari mak abah. Ini baru btul2 jauh. Nasib baik la xde istilah homesick. So far Mommy suka. Belajar dalam stress sebab ada arab lagi dlm matrik nih. Haih. Nasib baik x lama. Pastu masuk kelas plak, stok sejam lebih plak tu kelas2 dia. Ayo.. Ngantuk xyah cakap la. But, serius!! Dalam keadaan nih la baru Mommy bleh belajar English dgn betul. Belajar cakap, tulis, etc. N dictionary in hand ok!! Masa tu, masih lagi dgn Nokia 3310 tau. Topup pun mahal gila k. Celcom RM50. aduhh.. mahal!! Nasib baik dok matrik dpat elaun. Hihi..
Lepas setahun setengah kt matrik tu, baru la masuk Kampus UIA yang betul2 besar gedabak & cantik tahap gaban. Hehehe.. Pahit manis semua ada. Time nih baru Mommy bawak motor mai KL. Sebab? Mommy x suka jalan kaki ke kelas. Jauh! Malasnya!! So, time2 nih memang ramai mat rempit yang Mommy kenal, siap berhoi2 kalau jumpat & merempit sekali. Kihkih.. Motor Mommy tu Mommy panggil Cikaiser. Sbb cikai jer. hahahaha. Modenas Kriss merah uols. Berkilat2 giler sbb dulu sgt rajin jaga. X pernah percaya kedai so xpernah suh kedai basuh. So, imagine r basuh sendir. Sanggup angkut air kt kolej tau. hehehe.. Sekarang? Hmm.. malas even nak singgah ke kedai utk suh basuh kete Fair Lady-X Mommy tu. hehehe.
Mommy belajar law kt UIA nih selama 4 tahun. Kelas agak macam2 la join. Yang paling bes ialah masa 2nd last year kt UIA tu. We ols wajib amek skill subject. Opkos Mommy amek photography. Sebenarnya kan, time nih rasa cm nk tukar kos tau. Nak amek IT. Hmm..
Bila dah tamat UIA tu, dah grad pe sume, Mommy masuk arena chambering before leh praktis jadi lawyer sebenar. Hehe. Tq to Ainul Azam & Co sebab sudi beri tunjuk ajar & peluang & yang terutamanya my mentor Ms Brenda. Scary bila ingat balik masa pegi Johor buat Due Diligence, bos Mommy nih memang x tido ke apa. Bangun lak awal gila. Memang tpksa bersengkang mata la dgn ketekunan beliau buat kerja. Hukhuk. Tapi, disebabkan dia, Mommy tau tahap cerewet utk wat kerja. Xsuka simple2. Email pn leh tegur kalau x proper k. Hahaha.. Tq jugak utk staff2 ctu, selain LA yang lain tmasuk la mat despatch sbb jadi cikgu Mommy utk ke LHDN wt filing ke, apa ke. 
Masa chambering jugak ada buat litigation. Masa tu, tolong handle kes orang yg xde lawyer. So, skrip sama jer. Ubah sket2 n wt muka konfiden. Hehehe. Hakim pn cm tau ja, nih budak chambering ar nih. Ayat sama je. Mintak reduce sbb ada mak pak nak jaga, etc. hahahaha..
Paling xle lupa budak 14 tahun dituduh mencuri. Sampai Mommy x tahan & menangis dowh!! Kesian gila. Anak yatim. Dok dgn makcik. Adik ada. So dok jaga adik ja. Xde sumber. etc. Haih.. Time tu dh decide, ok. xmo buat litigation. Mommy cepat kesian & percaya. Hmmmm
So, Mommy buat conveyancing & corporate je. Liti memang tolak. Hehehe.. Kendian, selepas long call & dah jadi Legal Assistant kat AA tu, Mommy bertukar tempat kerja plak. Biasala, dok KL kena pandai cari duit. So, Mommy start keje kt Subang lak. Time nih, Mommy dah kapel dgn Daddy dah 2 tahun kot. Hehehe. dari 2006. Sejurus selepas Mommy break dgn mamat bencana nih. Haih. Benci. 
Tahun 2009 tu Mommy tuka ke KL plak. Hehehe. Tapi, rezeki kat cni x lama. Xde rezeki. Lepas je nikah, terus kena benti keja. Huu. Sampai ada kes la. Opss. Xpa. Kisah lama. Mommy dah setelkan dah. Siap dapat pampasan dah pun. Heee.. Dah preggy sebulan, punya la susah nak carik kerja. Sedey tau. pegi mintak keja, bila bgtau i dah preg, trus kena reject. Sape suh dorg tnya kan? Huwaaa..
Tapi, bila Allah dah buat ‘jalan’ untuk kita, usaha la cmna pn, mesti akan sampai jugak jalan tu..
Time tu, Mommy dah preg 4 bulan kot. Rezeki Mommy sebab Daddy suh apply keje kat CLJ. Dia ada tgk kt Mudah.com. Tanpa segan silu, Mommy call & bgtau nak mintak keja. So, pegi interview. Dek kurus, mana nampak Mommy preg kan? Tapi, dorg leh predict la Mommy akan preg ke sbb dorg dh tau Mommy dah kawen. Cumanya, dorg xnak accept masa tu sbb high qualification. X setimpal dgn keja yg Mommy mohon. Mommy merayu suh ketepikan qualification Mommy tu. So, dorg suh bagi resume sampai SPM je. So, ok je lah.
Secara x langsung, kawan2 kat CLJ nih adalah ‘cikgu2’ Mommy masa xtau apa tu Data Entry sedangkan Mommy masa belajar memang bergelumang dgn website cljlaw nih. Budak law kalau xtau website nih memang kena cepuk k!! Selain MLJ, CLJ pn salah satu website yang jadi rujukan budak law. Apa yang Mommy suka, sekarang adalah masa utk Mommy belajar di belakang tabir. Hehehe. Gaji biasa ja, cuma syukur jugak la dari x dapat apa2 kan.
Dah nama pn rezeki kan? Masa tu, my boss sekarang nih tengah cari editor utk tlg dia wt catchwording. Alhamdulillah. My supervisor time tu recommend nama Mommy. Syukur sgt. Gaji dah macam LA dh time tu. Syukur amat!!
Erm. Rasanya.. dah semua cikgu dah sebut nih.
Giliran Hannah Damia, tq buat cikgu2 di Nursery selain Mommy rasa Hannah Damia pn mesti nak berterima kasih kat Mommy kan? Xpa. Hari tu Hannah Damia dah wish selamat hari ibu kat Mommy kan?? Hehehe
Hannah Damia pernah bertaska di Taska Gemilang bersama Cikgu/Kak Ain dari lepas pantang smpai setahun lebih. Kemudian, bertukar ke Taska Sinar Kasih bersama Cikgu Zie & Sha smpai la Mommy nak bersalin bln 12 tu. Lepas abeh pantang, nak hntr ke nursery sama dah x boleh sebab Cikgu Zie dah xde n dorg x accept new baby born dah. So struggle utk cari nursery lain plak n now dah bersama Taska Taktih. Syukur la walaupun mula2 susah gak dia nak biasakan diri. Asik nangis je kalau pegi. Sekarang, siap x sabar lagi. Hehehe
Hannah hadiahkan cikgu di Taska Taktih nih dengan sekeping gambar size 4R. Mommy x sempat nak kua & prepare hadiah pa pe utk cikgu. Sob Sob. X pe lah..
Cukup la kan?
#banyak sangat nak sebut, maaf kalau x tersebut.

Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge