APA SEBENARNYA MINYAK KELAPA DARA?

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran. 
Antara Manfaat Minyak Kelapa Dara.
1) Untuk Masalah Resdung – Minyak kelapa dara adalah pembasmi kuman semulajadi. penyelidikan oleh seorang professor farmakologi di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting Minyak Kelapa Dara. lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. sifat pembasmi kuman ini telah Minyak Kelapa Dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan
oleh kuman seperti resdung.
2) Untuk Masalah Tiroid – Minyak Kelapa Dara dapat meransang fungsi tiroid dan pelbagai sifat antiseptik dan juga berkemampuan untuk meransang metabolisma.tidak kira samada ia pengidap hipertiroidsme atau hipotiroidisme.
3) Untuk Penjagaan Rambut – Minyak Kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat. Urutan kepala dengan Minyak Kelapa Dara memastikan bahawa kulit kepala bebas dari kelemumur, kutu dan telur kutu bahkan jika kulit kepala anda kering. ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut yang rosak. juga berkhasiat dan menyediakan protein penting yang diperlukan untuk rambut rosak.
4) Untuk Mengurangkan Tekanan – Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengurangkan tekanan dan juga membantu menghilangkan stress. Minyak Kelapa Dara diletakkan di kepala diikuti dengan urutan lembut dapat membantu menghilangkan keletihan mental.
5) Untuk Penjagaan Kulit & Melewatkan Proses Penuaan – Minyak Kelapa Dara amat baik untuk digunakan sebagai minyak urut dan pelembab kulit. Bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. manfaat Minyak Kelapa Dara pada kulit adalah standing dengan krim pelembab malah jauh lebih baik dari krim pelembab kerana ia meresap ke dalam kulit. Minyak Kelapa Dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak Kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis (kulit bersisik), dermatitis (eczema), eksim dan lain-lain jangkitan kulit.
6) Untuk Penyakit Jantung – ramai yang tersalah faham bahawa Minyak Kelapa tidak baik untuk jantung kerana ia mengandungi sejumlah besar lemak tepu. sebenarnya Minyak Kelapa Dara memberi kebaikan untuk jantung. ia mengandungi asid laurik 50% hingga 70%, yang boleh membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasu kadar kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. ia dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.
7) Untuk Berat Badan – Minyak Kelapa Dara dapat membantu mengurangkan berat badan. mengandungi asid lemak rantai sederhana yang membantu mengawal berat badan yang berlebihan. Minyak Kelapa Dara lebih mudah dicerna dan membantu masalah tiroid dan sistem enzim atau penghadaman. seterusnya, meningkatkan metabolisma tubuh dengan menghilangkan tekanan pada pancreases, membantu pembakaran lemak untuk menghasilkan lebih banyak tenaga dan membantu mengurangkan berat badan.
8) Untuk Pencernaan – membantu dalam proses system pencernaan dan membantu mengelakkan masalah di dalam system pencernaan seperti sindrom kerengsaan usus besar. lemak tepu dalam Minyak Kelapa Dara memiliki sifat anti mikrob dan membantu dalam menangani pelbagai bakteria, kulat, parasit dan lain-lain yang menyebabkan gangguan di dalam sistem pencernaan. Minyak Kelapa Dara dapat membantu penyerapan zat-zat lain seperti mineral, vitamin dan asid amino.
9) Untuk Kekebalan Tubuh – membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh kerana ia mengandungi lipid antimicrobial, asid laurik, asid kaprat dan asid kaprilat yang antikulat, memiliki sifat anti bakteria dan antivirus yang kuat. tubuh manusia mengubah asid laurik menjadi monolaurin yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu dalam menghadapi virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan bahkan HIV. ia membantu memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter dan protozoa berbahay seperti giardia lamblia.
10) Untuk Penyembuhan Secara Semulajadi – membentuk lapisan kimia yang melindungi tubuh daripada jangkitan yang disebabkan oleh debu, kulat, bakteria dan virus yang tidak diperlukan oleh tubuh. Minyak Kelapa Dara paling berkesan pada luka kerana mempercepatkan proses penyembuhan dengan memperbaiki rangkaian yang rosak.
11) Minyak Kelapa Dara Untuk Jangkitan – Minyak Kelapa sangat efektif melawan pelbagai jangkitan kerana sifatnya antikulat, antivirus dan antibakteria. Kajian menunjukkan Minyak Kelapa membunuh virus yang menyebabkan influenza, campak, hepatitis, herpes, SARS, dll juga boleh membunuh bakteria yang menyebabkan sakit telinga, infeksi kerongkong, jangkitan saluran kencing, pneumonia dan gonore. Minyak Kelapa Dara juga berkesan dalam mencegah kulat dan ragi yang menyebabkan candida, jangkitan kulat kronik, ruam lampin.
12) Untuk Hati – kehadiran trigliserida rantaian sederhana dan asid lemak membantu dalam mencegah penyakit hati kerana zat yang mudah diubah menjadi tenaga apabila ia sampai ke hati sehingga dapat mengurangkan bebanan pada hati dan juga mencegah penyimpanan lemak.
13) Untuk Buah Pinggang – Minyak Kelapa membantu dalam mencegah penyakit buah pinggang dan penyakit hempedu. dapat membantu dalam memecah batu karang pada buah pinggang.
14) Untuk Diabetes – Minyak Kelapa membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan meningkatkan penghasilan insulin. ini dapat membantu dalam penggunaan glukos didalam darah dengan lebih berkesan sehingga mencegah dan mengubati masalah kencing manis atau diabetes.
15) Untuk Tulang – Minyak Kelapa meningkatkan kemampuan tubuh kita untuk menyerap mineral penting. ini termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk menguatkan tulang. dengan itu Minyak Kelapa Dara membantu wanita yang terdedah kepada osteoporosis semasa mengalami proses monopos.
16) Untuk Penjagaan Gigi – kalsium adalah unsur terpenting dalam gigi. Minyak Kelapa Dara dapat membantu memudahkan penyerapan kalsium oleh tubuh, membantu mendapatkan gigi yang kuat.
17) Untuk HIV dan Kanser – dipercayai bahawa minyak kelapa memainkan peranan penting dalam merencatkan pembiakan virus HIV dan kanser penyakit.
Wait no more!! Get VCO now.

Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge