WEEKEND KAMI..

warning: entry bergambar
Jumaat lalu (15.03.2013), lepas balik keje, Daddy ajak makan kepsi kt Aeon Keramat. Xtau la nak cakap. Aeon Keramat nih adalah Aeon kedua terbest selepas Aeon Wangsa Maju. Hihihi. Suka lah! Hehhe
Daddy shopping ‘sesuatu’ kt area barang basah. Pelik. Ada sayur2 je sume. Apahal nih? Nak buat apa. Tapi Mommy x tanya sebab tgh majuk. Hihihii.. Biasalah. Lepas tu, kt kepsi dah kena pujuk dah. Baru tau, rupanya nak wt Kimchi. Ahai.. Korean food la plak laki aku nih.. Baiklah, laki mak mmg suka masak!! Itu sesuatu yang perlu sgt Mommy puji sbb dikala Mommy sibuk dgn anak, beliau tanpa cakap banyak, akan masuk dapo. Heheheh.. Selalu gtu. Siap lengkap. Tunggu nak makan. Kadang, lepas makan pn, beliau basuh siap. Hehehe.. Ohsem x?
Maka, malamnya, berbekalkan resipi yang diambil dari internet, beliau mulakan proses pertama. Iaitu perap dgn garam. Ermm.. Sayur terlibat ialah kobis, lobak putih (optional) dan seterusnya leh gugel. Hehehe..
Ok. dah perap dah. tdo lepas tu. hehehe
Esoknya (16.03.2013), nak wt pes cili. Mommy igtkan, beliau lupa pasal sarapan. Rupanya dah siap goreng sosej bagai. Hehehe.. Baru nak p tolong masak pa pe kan?? (alasan).. Hehehe
Nah.. Dah setel, beliau gaul sayur yang diperap malam td tu dgn pes cili yang dibuat. Dah ada warning, suh guna sarung tgn. Lupa nak beli sarung tangan, so ikat plastik je la. Sila gunakan plastik bersih & yg belum pernah digunakan utk menjamin kehygienannya. Heheheh
Siap. Leh simpan dalam peti for 4 days. Hehehe.
Mengikut cadangan yang Mommy tgk dlm gugel, org Korea suka makan dalam maggi. Huhu. Tapi, Mommy xtau lagi nak makan dgn apa. Nasi ja kot. Hehehehe.. Belum diskas lg dgn encik laki. Hehehe
Petang b4 kua, Daddy tanya nak sesuatu x?
Ehem. jangan pk bebukan.
Daddy nak wt sesuatu dgn kurma. Kurma blended. hehehe
Sedappp nyaaaaa.. hehehe.. nih salah satu milkbooster kata orang.
Daddy gigih cari kt Kelantan masa pegi outstation baru nih. Cari KL xdak, Klantan gak ada. Hahaha..
Encik Ariq Emir memakai CD Rumparooz ke 4 hari nih. hehehe
yes. de bes sgt Mom’s Milk kan? AE pn dah hampir 5kg dalam masa 3 bulan. Pk balik masa lahir cuma 2.05kg. Not even 2.1kg ponnn.. huhuhuu

Petangnya, seperti yang dirancang berminggu2 yang lalu, we finally berjaya bawak HD main evo beliau. Sian. Dapat masa 2nd birthday dulu, baru 2,3kali je naik. Sedihkan dok rumah tinggi nih.. APTB~~

We lepaking at Taman Tasik Titiwangsa. Daddy nak berlari hari nih. Maka, Mommy sendat dgn multitask schedule. Pegang remote evo HD, tolak stroller, dukung AE dalam Boba. Nasib baik laaa AE tdo jer..

Berhenti! Ada orang melintas. Hehehe
Nak turun la plak sbb igt Mommy xnak control dah. Bukan la sayang. Nih kan jalan menjunam. Mommy takut kalau terlajak masuk tasik. So, Mommy kena tolak manually. Huhu.
Daddy berlari sekeliling tasik & we ols bertemu di sini.
Sempat lagi.. Tengok AE. Tidooooo jer.. ;p
HD berjaya merampas remote control. Dengan bergayanya beliau menekan. Hampir nak masuk tasik. Nasib baik sempat tarik. heheheheh
Beliau nak rampas balik remote lepas Daddy dah ambil. Tengok gaya tuh. Haih la macam2. hehehe
Jom ah balik. Nak hujan! Dah gelap!
Muka redha sebab kena balik. Huhuhuhu
ohsem girl lalu. semua orang pandang. hehehe
Power of the hand. M’sian people kan guna tangan je nak lintas depan kereta yg tgh bergerak. heheheh
Evo dahaga sudahhhh..
Daddy yg gonjeng. Hehehe
X sempat nak ke kereta, hujan dh turun. Berteduh di surau sebentar while Daddy amek kereta.
x puas main, weols bwk HD ke Aeon Wangsa Maju. Kan Mommy bilang, ini tempat feveret. ehehehe..
While HD & Daddy pegi arcade main game, Mommy jenjalan kt GF sbb ada MPH sale. AE yang masih tido mmg mmudahkan kerja Mommy.
Hasilnya, abeh RM60 beli buku2 nih. Harap HD suka.. Hehehehe
Hari Ahad (17.03.2013), mulanya ingat nak rest jer. Tapi, biasalah. Bohsan. hehehe..
Daddy kan nak outstation lagi. So, kena bawak kami jalan as denda. Boleh gtu? Hehehe
Pepagi, bibik Yati dah datang utk kemas rumah. I really need someone utk sental toilet, cuci kipas, kemas rumah, etc setelah sekian lama x sempat nak cuci. Daddy pn makin bz sekarang. Sian gak nak suruh beliau.
Setel suma benda dalam masa 4 jam. Mommy sedekahkan jugak tudung2 lama Mommy yang x dipakai utk bibik.
Sambil biarkan bibik wt keja, weols lepaking dalam bilik.
 Suh AE meniarap jap. Tapi, nih Mommy yang tolak. Dari mula2 ajar beliau meniarap i.e. masa umur 1 bulan, kepala tu memang gigih dok angkat. xde maknanya beliau nak landing. Asik nak angkat jer. Hmm
AE nak layan tab gak. Tapi, kakak HD wt derk je kt adik. So, adik layan kamera Mommy je lah yer.. 
Weols decide nak naik LRT Ampang Line lepas rasa mcm xde parking kt PWTC. So, ini adalah 1st time utk AE & bertime2 utk kakak HD. Cuma HD kali nih without stroller. Hehehe
Tiket masuk MATTA 2013 ialah RM4.
Wajib posing sebab tau dah satgi kamera kt tgn Mommy ja. Huuuuu
Penatnya nak jalan dengan berBOBA gini. Adik AE tido jer. Huhuu.. Selesa sangat ke dik???
Kakak lak wt perangai. Xnak jalan. Jenuh la Daddy. 
Hotel Harris la kan? hehehe
Penat sangat dgn amukan HD yang xnak jalan. Weols decide utk berhenti sejenak. Daddy wt susu la sbb igtkan nak susu. Rupanya, beliau x selesa sbb pampers penuh. Oh no. Mommy Daddy leh terlupa lak hal nih. Hukhuk. Plus, we lupa nak bawak any snack for her. Siannnn beliau..
Dalam kepala masa tengah berjalan tu, teringin nak usha harga ke Grand Lexis, Redang atau Lang Tengah. Oversea plak mcm Krabi pe sume tu. Tapi, xtertengok sgt sbb ‘penat’ dgn karenah HD due to our negligence gak la kan? Hehehe
Ajak balik. Letih sangat. hehehe.. Akhirnya AE jaga kt luar LRT. Finally. Lama tul tido.
So, adik.. This is your 1st day naik LRT tau. Adik enjoy so much. Tengok kiri kanan. Apa pn x cakap. hehehe
Muka AE yang sangat ohsem! Mommy suka!!!
Seronok ye dik?
Tq sudi baca. Regards, Mommy Hannah Damia & Ariq Emir

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.