MENYUSUKAN SI MANJA SEMASA MENGANDUNG

MENYUSUKAN SI MANJA SEMASA MENGANDUNG
Penyusuan semasa mengandung adalah selamat
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik & Penasihat Penyusuan
Penyusuan adalah satu pengalaman yang indah di antara anda dan si manja, namun anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan jika anda hamil lagi? Walaupun penyusuan dijadikan sebagai pencegah kehamilan, ianya boleh berlaku jika:
  • bayi anda berumur 6 bulan ke bawah,
  • belum kedatangan haid semula dan
  • anda menyusu si manja atas permintaan, enam hingga sepuluh kali sehari.
Keberkesanan ini dalam pencegahan kehamilan dianggarkan 98-99%. Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, anda dinasihatkan untuk menggunakan pencegahan kehamilan alternatif yang lain, memandangkan agak susah untuk mematuhi jadual penyusuan.
Penyusuan dianggap selamat untuk wanita mengandung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan, keguguran, mengalami kesakitan uterus atau pendarahan semasa kehamilan sekarang, pakar penjagaan kesihatan anda mungkin menasihatkan anda supaya menceraikan susu.
Berikut adalah isu umum yang seringkali dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak semasa mengandung:
  • Puting tegang dan payu dara sakit – Hampir 75% ibu mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada puting mereka disebabkan perubahan hormon, yang boleh menjadikannya tidak selesa untuk menyusukan si manja. Anda boleh cuba menyesuaikan kedudukan badan anda dengan berbaring semasa menyusukan bayi, atau mengalih perhatian anda daripada kesakitan dengan menonton TV atau mendengar muzik.
  • Kurang bekalan susu – Anda mungkin mendapati pengeluaran susu anda berkurang apabila kandungan anda semakin membesar. Ini boleh menyebabkan si manja anda cerai susu secara semulajadi. Sebaiknya, cuba menyusu untuk seberapa lama yang boleh kerana ia membekalkan nutrisi yang baik serta faedah immunologi kepada si manja anda. Kekerapan penyusuan dan pengosongan susu daripada payu dara merendahkan peluang anda untuk mendapat radang payu dara, iaitu mastitis.
  • Ibu letih – Jika anda bimbang penyusuan boleh menambah keletihan, kebimbangan anda adalah tidak berasas, kerana penyusuan tidak menyebabkan keletihan dari segi fizikal. Malah, ia merupakan peluang yang baik untuk anda berehat.
  • Pengecutan uterus – Penyusuan boleh meransangkan sedikit pengecutan uterus (rahim), tetapi ini tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan jika anda tidak mengalami komplikasi kehamilan. Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormone oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusukan si manja, tetapi selalunya jumlah keluaran tidak cukup untuk menyebabkan pembukaan servik (pangkal rahim) sebelum masanya. Jadi, dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menyebabkan keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.
  • Perubahan rasa susu – Hormon kehamilan menyebabkan pengurangan jumlah laktosa dalam susu yang dikeluarkan, manakala kandungan natrium meningkat; ini menjadikan rasa susu anda lebih masin, Si manja yang menyusu mungkin tidak suka rasa susu anda dan si manja anda akan bercerai susu secara semulajadi, tetapi ada kanakkanak kecil tidak menghiraukan perubahan rasa ini.
  • Cerai susu – Si manja anda mungkin berhenti menyusu sebelum adiknya lahir oleh sebab-sebab di atas, atau disebabkan oleh perut anda semakin membesar dan pangkuan anda yang semakin sempit menjadikan kedudukannya semasa menyusu menjadi kurang selesa.
Penyusuan bersama
  • Apabila bayi lahir, anda digalakkan untuk meneruskan penyusuan kedua-dua anak anda. Hal ini membolehkan kedua-duanya mendapat khasiat kebaikan daripada susu ibu. Anda boleh memilih sama ada untuk menyusu keduadua anak secara serentak atau berasingan pada waktu yang berlainan.
  • Secara umum, ia adalah selamat untuk menyusukan si manja semasa anda mengandung, tetapi anda perlu makan secara sihat dan minum air dengan secukupnya. Hal ini penting kerana anda perlu memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.