BELI BARANG ONLINE. ADA SUKA. ADA DUKA.

Salam.
Pekaba? Nak bagitau. Surat nih panjang. Jangan baca kalau malas. Hikhik.
Eh..surat ke? Heeee..
Hari nih nak bebel je. Bebel tanpa gambar.
Kalau ada gambar, nanti orang saman Mommy.
Bila kena saman, Mommy xde duit nak bayar lawyer.
Kalau Mommy guna kawan2 Mommy yang masih practice as lawyer, x boleh. Nanti conflict of interest.
Bila xle bayar kawan2 yang jadi lawyer, Mommy kena cari lawyer yang x kenal. Mesti mahal.
Bila mahal, mana Mommy nak cari duit?
Eh bebel..
Bebel pertama : Online barang mekap
Ini adalah pertama kali Mommy beli barang mekap secara online. Terpengaruh sangat dengan iklan, tutorial ‘mereka’ di youtube & HD yang asik buka vdeo youtube tersebut sampai Mommy dah hafal ayat ‘mereka’ tu.  Sebelum nih beli je kt kedai2.
Pembelian berjalan lancar. Mommy beli sebab puas hati dengan harga yang ditawarkan. Bukannya x le beli kt kedai, bukannya xde kenderaan atau Mommy tersekat kt umah sampai x boleh beli kt kedai. Tapi, kadang2 offer online adalah MUCH2 CHEAPER dari kat kedai. Maka, Mommy pon beli laaaaa..
Tunggu punya tunggu, dapat la akhirnya. Agak berduka lara sebab ada 2 item yang Mommy x puas hati.
Satu, loose powder. Ok. Yang nih salah Mommy. Sebab Mommy x tengok betul2 colour yang dia jual. Ada deep beige. Huwaa. Hitam la muka Mommy kalau pakai.. Iskkk.. Xpe la.. Nasib la x mahal. Hew hew hew..
Kedua, eyebrow liner. Mommy pilih hitam. Tu xde masalah. (Tapi, lepas studi, baru tau yang better pilih kaler cerah like Brown. Alooorrr.. dah beli.. acaner??) Tapi, yang masalahnya ialah penghantaran salah. Diberinya eyeliner. Nak kening punya la.. Bukan mata punya.. So, gigih la Mommy snap, email. Bagi evidence dgn gambar item, gambar parcel, gambar invoice, printscreen history order (oh yeah.. dah biasa gitu. Keje lawyer kankena lengkap suma benda. hik hik). Nah, amek ko! Ko salah! Heheheh.. So, xpe. Dorang call and bagitau akan hantar item tu but a bit lewat coz kena restock blablabla airliurleleh. It’s ok for me. Bukan nak p masuk peraduan pon. Hew hew hew.
Namun, masalah lagi sekali, bila dah hantar (dah la agak lama jugak nak hantar pon. 2 minggu gak la), item yang dihantar adalah SALAH LAGI SEKALI. ITEM YANG SAMA JUGAK DIHANTAR. EYELINER. Aisehmennnn.
So, Mommy tanpa buang masa, kumpul evidence, x buka pn item salah tu, snap & email.
Tau apa respon???
  • Mereka:Berlaku salah coding. Xde hitam. Ada brown bla2. xphm pekebenda…Last2 tnya masih berminat ke dgn item yang disorder ie Eyebrow liner tu. Kalau masih berminat, kena exchange yang salah dgn yang baru.
  • Mommy: Ok. Masih nak. So, cane nk tuka? (saje tnya soklan bodo)
  • Mereka: Ok. Kami akan hantar. Tapi, puan kena return barang salah tu.
  • Mommy: so, saya kena pos & tanggung kos pos SEKALI LAGI? (ye la..masa beli hari tu kan dah caj kos pos)
  • Mereka: Ikutkan macam tu la. Tp, kalau puan free, kita leh hantar kt puan sndr. Lps keje pn boleh.
  • Mommy: (fedap dah). Xpe la mcm tu. Anggap halal je la. Beli online, sbb kes nih la. Xtau bila free (alasan sbb malas ar buang masa jumpa orang semata2 nak ambil benda tu). But, this is so unprofessional! (Mommy ubah ayat sket sbb klu ikut ayat Mommy, mmg marah dalam redha). I x sepatutnya tanggung kos pos sbb I dah byr at the 1st place. Item salah, bukannya berpunca dari I. (emossss). Camtu xpe la. Susah sangat, I anggap halal je la.
  • Mereka: Kami akan hantar item tersebut. Item salah, kami berbesar hati memberinya kepada Puan.
  • Mommy: (malas respon dah)
Cer imagine kalau masih ada orang yang lagi fussy & marah2 x hengat & report to orang atasan? How? Nih kira Mommy bagus la x report kt atasan dorang. Yang ajak jumpa nak bagi item tu, xtau la memang keje kot belakang or what. Hmmmm
Dapat, rezeki. Xdapat, Mommy dah ada 2 item free (item salah tu).
Bebel kedua : Online barang baby
Online barang baby nih, memang menggembirakan hati. Di samping membayangkan ‘mesti comey dia pakai’ (korang pun pk yang sama kan? Kan? Hehe), ia juga menjimatkan masa & tenaga ketika berjalan2 dalam mall sambil stress tengok harga & fesyen. Nah.. Katalog segera dah ada depan mata (FB ler). Mommy sendiri dok stress selalu tengok harga barang baby yang certain ada less gegiler, certain mahal gedabak. Maka, Mommy create group shopping barang baby yang ada PROMO jer. Mommy sendiri admin. Sorang-sorang. Selain membantu pembeli, Mommy juga dikira bantu peniaga nak promosikan barang PROMO mereka. Syarat mudah, kena ada LESS, mention harga kat situ, xle harga standard, kalau boleh yang pos percuma. Sape xnak yang murah kan???
Nak join? Sini –> https://www.facebook.com/groups/416052141768502/
Bebel Mommy nih sebab kdg2 Mommy dah berkenan, beli. Bila sampai, saiz kecik. Bukan nak salahkan peniaga pn, standard ar ukuran x sama kan? Tapi Mommy bebel sebab Mommy kena pos sekali lagi utk tukar saiz. Nih Mommy salahkan Mommy sendiri. Ngeee.. Tetapi, ada jugak kadang2 peniaga x mention. Hmmmmm…
Kekadang, online barang baby nih mmg untung. Sebab? Lain yang diminta, lain yang dapat. Macam baru nih Mommy beli ‘washable breast pad’, tapi dapat ‘poncho’. Harga sepatutnya dah byr rm15, dapat brg bernilai rm50. Salah Mommy ke?????
Bebel ketiga : Online baju
Nih sangat kena hati2. Sebab, baru nih, kakak Mommy sendiri hampir ditipu. Dah kena tipu dah sebenarnya. Tapi, kakak Mommy nih bijak. Agaknya ada orang report & kecoh2 psl page tu, owner tu tau (sblm tu dah block kakak dah), dia kontek balik ngan kakak. Guna page lain plak. Bijak sungguh. Bijak menipu! Xtau la apa ayat yang kakak guna, akhirnya orang tu return balik duit. RM170. Bukan murahhh wooooo..
Erm.. oklah. Abeh dah bebel. Sakit anak tekak nih. Adaulser. Haishh.. Xde tempat lain ke nak jadi? Huk huk
Okbai.

Leave a Reply

CommentLuv badge