2ND APPOINTMENT WITH DOC REGARDING RAISED ALP

Salam,
Ariq Emir memang jaundis sangat lama. Dari hari ke 3, sampai la baru2 nih 2 bulan. Last checkup ngan Hosp Ampang ialah semalam (13.1.2013 – 78 days). Kuning dah xde, cumanya kadar ALP beliau naik lagi. Adoiiii..
Kalau berkenaan isu ALP nih, ujian fungsi hati telah dibuat pd 11.12.2012 (usia 14 hari) di hosp lama Sg Petani, disebabkan kuning/jaundis beliau x turun (cucuk amek darah lerrr) (asik naik turun smpai latest reading is 228.5 time tu). Pastu result kua pada 31.12.2012 (usia 34 hari) di Hosp Sultan Abdul Halim (hosp baru), kadar ALP naik lagi. So, kena cucuk & amek darah n urine plak this time. Haduyai..
Follow up kt HSAH pd 8.1.2013, Mommy request utk sambung rawatan di Hosp Ampang.
Ketika usia 57 hari (23.1.2013) baru Mommy sempat ke Hosp Ampang untuk dapatkan tarikh appointment. Daddy bz. Maafkan Mommy Daddy ye sayang.
So, 1st appointment with doc at Hosp Ampang ialah pada 30.1.2013 (usia 64 hari). Apa lagi.. Cucuk n collect urine lah nak test. Sadisss tau.. (cerita & gambar klik sini). Tapi, hepi time nih sebab Ariq Emir dah 4.12kg uolss! Meriah uoolss! (sure lah hepi sebab bersalin dulu cuma 2.05kg. dalam masa 2 bulan, dah naik 2kg. hehehe)
Dorang pasang siap2 Urine Collector cam gambar bawah nih, kendian baru cucuk tangan untuk amek darah. Surelah terkencing dgn mudahnya sebab sakit kan??? 
Plus, doc kasi appeton utk infant utk tambahkan Vit D dalam badan. Ermm..
Result kua 2 minggu kemudian iaitu semalam, 13.2.2013 (78 hari). Berat dah 4.5kg. Wihuu.. Berkat susu ibu sepenuhnya. Uolss kena yakin even si kurus cm Mommy pn mampu menyusu. Hehehe.
Berbalik cerita appointment semalam, Mommy & Daddy siap sedia & sampai kul 745pagi even appointment kul 9.
 sempat lagi. sejuk nak mati. huhu
Ariq Emir baru terjaga dari tido. Mandi pon belum. hehe
Lepas jumpa doc, beliau nyatakan ALP Ariq naik lagi.. Dari 899 kt HSAH SP, ke 964 di Hosp Ampang 2 mggu lepas. Tskkk..
Mommy cari info
UJIAN FUNGSI HATI / LIVER FUNCTION TEST
  • Protein (Albumin & Globulin)
Albumin & globulin merupakan protein utama dalam darah. Albumin dibentuk di hati dan 50-60% secara bandingan daripada keseluruhan protein dalam serum. Kedua-dua albumin dan globulin berguna untuk mengukur status pemakanan seseorang individu. Kedua-duanya juga berguna untuk mendiagnos penyakit hati, gastrointestinal dan buah pinggang; ketaknormalan protein; kanser dan kegagalan sel darah.Peningkatan paras globulin boleh disebabkan inflamasi dan infeksi yang kronik.
  • Bilirubin
Bilirubin merupakan pigmen kekuningan dalam hempedu. Ianya dibentuk hasil daripada pemecahan haemoglobin dalam sel darah merah dan diubah secara kimia oleh hati seterusnya dirembes sebagai hempedu. Peningkatan paras bilirubin boleh diakibatkan oleh hati, pundi hempedu atau kegagalan SDM dan secara klinikal mengakibatkan jaundice.
  • SGOT/AST/Aspartate Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang boleh ditemui terutamanya pada hati, jantung dan otot rangka. Enzim ini terhasil apabila sel-sel tercedera dan meningkat mengikut tahap kerosakkan.
  • SGPT/ALT/Alanine Aminotransferase
Ia merupakan enzim yang dijumpai terutamanya pada sel hati dan dalam kuantiti yang sedikit dalam buah pinggang, jantung dan otot rangka. Ia selalunya digunakan bersama-sama SGOT bagi mengukur fungsi hati dan mengdiagnos penyakit yang berkaitan dengan hati.
  • SAP/Alkaline Phosphatase (ALP)

Alkaline phosphatase merupakan enzim yang terdapat dalam hati, salur hempedu dan tulang. Paras ALP yang tinggi ditemui pada kanak-kanak, penyakit hati, penyumbatan hempedu dan kegagalan tulang.

Erghhh.. Risonye la… Mommy cari lagi info tentang ALP (Alkaline Phosphatase)

So, haruslah cucuk lagi today. Amek darah jer. Sampai lebam!
Balik rumah, Mommy AL today. Benti kt nurseri utk pick up HD. Yes. Mommy tinggalkan dia pg td. Cam biasa. Nanisss giler.. Hmmm
Ariq Emir lak, lepas menyusu, sempat nak berborak. Boring katanya..
 Senyum2..
Pastu buat muka..
Rupanyaaaa..
Nah….. 
Penuh belakang woiii.. Ceri beri ke hape nih?? Hadoiii (terpaksa cover takut uols x lalu makan nasi). Hehehhe
Petangnya, Ariq Emir, HD & Mommy terlena secara berjemaah selama 2 jam. Hohohoho
Namun, malam td, Ariq asik wt perangai jer. X sedap perut kot? Ke, sakit dalaman ke apa, xtau la.
Minta dijauhkan.
Amin..

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.