TERUJA! DAH DAPAT SNOWDROP

PENGALAMAN MOMMY
1st trial :
Mommy beli MamaPatch.
Review MamaPatch : 
  • Suka! Terasa kering & tidak melekit atau sewaktu dengannya.
  • Senang basuh.
  • Senang guna. Leh pakai both side untuk Cloth Panty Liner (CPL) tu.
  • Yang paling penting, x rasa gatal beb!! 
  • Buktinya, sejurus tamat penggunaan 5 keping CPL tu, Mommy ttiba perlu admit ke ward baru2 nih. Maka, stok CPL x sempat dijemur (sempat basuh, rendam & finally Daddy yang tolong bilas & jemur while Mommy di hospital), so, Mommy terpaksa pakai dispo panty liner. Ayoo.. Terasa lain macam, gatal, melekit, basah even keputihan tu x banyak sangat pun!! Can FEEL the difference I tell U!! X caya, korang cuba la jugak!!
  • Harga murah. Satu set CPL tu cuma RM43.
  • Kekurangan : Jenis cotton (flannel) nih cm cepat berbulu plak. Harus cari material yang lebih baik
2nd trial : 
Baru dapat hari nih. Mommy beli Snowdrop plak.
Mommy beli Minky Light Kit yang terdiri daripada
3 x Dry Flux Liner
4 x Light Mist Pad
CLOTH PAD
LIGHT MIST
berbulu cenggini namanya Minky
CLOTH PANTY LINER
DRY FLUX
KENAPA MOMMY TETIBA MEMILIH CLOTH PAD/LINER
Zaman dulu2, mak2 kita pakai kain batik je. Tak pun, tisu. Zaman sekarang, nak senang, orang reka disposable pad pulak. Tapi, dek pentingkan kesihatan & semangat GO GREEN, marilah memilih mcm zaman dulu2 kala. Cuma, dimodenkan sikit la rupa bentuknya kan???
FAKTA YANG PERLU KORANG TAU JUGAK!!
SOURCE OF PIC
Untuk pengetahuan, tuala wanita pakai-buang sebenarnya BUKAN diperbuat dari kapas. Sebaliknya diperbuat dari kertas dan plastik yang dikitar semula. Bahan-bahan tersebut dilunturkan (bleach) supaya berwarna putih dan kelihatan seperti kapas sebenar.
SOURCE OF PIC
gulp!!
Kebersihan yang boleh dipersoalkan kerana bahan tersebut juga tidak disteril. Ini mengakibatkan pengguna mengalami simptom seperti kegatalan, ruam, kejang (period cramps) dan jangkitan vagina.
Sejenis toksin iaitu DIOKSIN terhasil dalam produk yang dilunturkan itu. Apabila ia bertindakbalas dengan haid, dan masuk ke dalam tubuh, ia akan mengakibatkan penyakit seperti ovarian cyst, ketidaksuburan, fibroid dan mungkin juga kanser dalam suatu jangka masa tertentu.
MOMMY JOIN GROUP DALAM FB

Lepas join, korang tau la nak pilih jenis apa, nak beli kat mana.
Details group & nak beli kat mana?
Klik sini
SAIZ SNOWDROP YANG TERLIBAT
SOURCE OF PIC
JENIS MATERIAL
Cotton (flannel) adalah kain tenunan yang lembut dan gebu. Ia diperbuat daripada 100% kapas asli. Sesetengah wanita yang mempunyai kulit sensitif mungkin lebih suka menggunakan ‘cotton’ kerana ia lebih sejuk pada kulit. Walaubagaimanapun, ia memerlukan penjagaan yang lebih terutamanya semasa mencuci kerana anda perlu menggunakan net pakaian sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh untuk jangka hayat yang lebih panjang, ini adalah kerana kain ‘cotton flannel’ mudah rosak. ‘Cotton’ lebih senang meninggalkan kesan degil dan ia perlu untuk direndam semalaman dengan sedikit detergen (membiarkan pad yang tidak dibilas / dibasuh untuk tempoh masa yang panjang lebih senang untuk meninggalkan kesan degil). Tetapi kelebihannya adalah apabila direndam, pad akan benar-benar bersih secara keseluruhannya (di antara lapisan-lapisan dalam) kerana ia memberikan lebih banyak masa untuk darah cair dan keluar dengan sendiri. Permukaan pad ‘cotton’ mungkin akan terasa lembap sedikit apabila penuh, jadi jika anda mahu rasa lebih selesa dan kering pada waktu datang bulan, ‘cotton’ mungkin kurang sesuai untuk anda. ’Cotton’ kering agak lambat terutamanya pada hari hujan, jadi anda perlu ada simpanan pad yang lebih.
Minky diperbuat daripada 100% poliester. Poliester dibuat secara tiruan dan ia digunakan secara meluas dalam pelbagai jenis kain termasuk minky. Minky mempunyai tekstur asli seperti bulu haiwan, sangat lembut dan gebu. Oleh itu, ia lebih selesa daripada ‘cotton flannel’. Membasuh pula, ia lebih mudah untuk dijaga, untuk penjagaan tambahan, anda boleh menggunakan net pakaian ataupun sebaliknya. Minky tidak meninggalkan kesan degil, jadi darah dengan mudah akan tanggal semasa dibilas. Menurut pengalaman kami, sesetengah pelanggan memikirkan bahawa pad tersebut sudah bersih apabila tiada lagi darah di atas pad, jadi mereka tidak mencuci dengan sebersihnya. Walaubagaimanapun, darah masih ada di antara lapisan dalam ‘organic bamboo’, untuk memastikan pad bersih. Untuk memastikan pad bersih secara keseluruhan, ia perlu diperah berulang kali semasa membilas sehingga air jernih keluar. Permukaan minky terasa kering jadi anda perlu tahu/agak bila anda perlu menukarkan pad yang baru kerana anda mungkin tidak merasa basah walaupun ia penuh. Jika anda mencari pad yang selesa untuk dipakai semasa darah haid yang banyak, anda perlu mencuba minky. Minky juga kering lebih cepat daripada ‘cotton flannel’.
Pada asasnya, lebih banyak kelebihan yang ada pada ‘Minky’ berbanding ‘Cotton’ tetapi Minky lebih mahal. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada bajet dan pilihan utama seseorang. Sesetengah orang mungkin lebih suka ‘Cotton’ dari ‘Minky atau sebaliknya. –source
Kalau ada masa, Mommy akan buat review utk SNOWDROP nih..
tq baca..

Leave a Reply

CommentLuv badge