MC.. DOUBLE NGOKS!!

Susulan ADMITTED to Hosp Ampang nih, Mommy nak cerita kejadian selanjutnya. Hihihi..

Since 131112 ialah Hari Deepavali, maka, semua orang boleh naik ke ward 4D di Hosp Ampang nih dari kul 1230 smpai la kul 7 malam. Kalau ikut waktu melawat biasa ialah 1230-2ptg, then 4-7ptg. Mak, abah, kakak & family, kaktih & family beserta adik Zahim datang jugak melawat Mommy since dorg masih ada di KL.. Petangnya dah nak balik Kedah dah.. Sob sob..

Mak wt nasi lemak untuk Mommy.. Tskk.. Tskk.. Lamanya x makan..

Kendian, Daddy & HD pn sampai. Patutnya, hari nih plan nak ke LCCT. Anta Ayeh ke Bintulu. Beliau baru je balik dari Qatar petang 12hb. Malamnya, teman ktorg dtg spital check Mommy. Tingat masa preg HD dulu. Masa tu, rasa macam ada turun tanda (air), so pegi Hosp Sg Petani. Time tu, Ayeh, Fana & Udin teman Mommy & Daddy.. Huuu.. Dejavu!!

Lepas semua orang dah balik, Mommy kesunyian semula. Mana x nya, kena stay lagi sehari since hari nih Deepavali. Doc mata xdak. Hmmmm..
Sadis..

Sok paginya (141112), doc datang & bgtau ada check up mata kul 3 ptg. Haih la.. Bosan woooo!! Lain la tunggu masa nak bersalin. Lain la cte kan? hmmm.. kan bes klu dok private time nih. Leh Daddy & HD lepaking skali. Ermmmm..

Kul 3 ptg, nurse datang & bawak Mommy turun bawah..
Kendian, sebelum check mata dgn pakar, ada ujian mata dibuat. Ala.. yang baca huruf tu. Bezanya, baca melalui cermin. Hehehe.. Kiranya, tulisan tu terbalik & hanya boleh dibaca melalui cermin. Mommy bukannya rabun, so lancar je la. Hehehe

Kendian, dorang dilate mata Mommy. 3 jenis ubat dorg titis ke mata Mommy. Side effect ialah RABUN!! Rabun weh!! Haram x nmpk pe.. Kembang cam air je stiap tulisan.. Waktu tu, jam 345. Sengsara giler… Sies waktu tu rasa bersyukur sangat Allah bagi penglihatan buat Mommy. X perlu spek kerana ia memang menyusahkan.. T_T. Insaf!!

Admit ke ward utk observation & doc treat sbg kes PE (Pre-Eclampsia). Namun, semua perkara tersebut telah disangkal sebab Mommy bukannya ada darah tinggi pn..

For almost 2 hours, Mommy jadi rabun. Both eyes! Alhamdulillah.. Selepas check mata, Doc benarkan aku discaj hari nih.

Result:
1. Blurry vision yg diikuti dgn headache ialah dsebabkan migrain.
2. Xde pape yang pelik di mata. Apatah lagi penyakit pelik spt glaucoma.
3. X efek kandungan sbb BP normal, HB normal, smua test normal..
4. Bukan kes PE (Pre-Eclampsia)
5. Sihat dan tunggu sakit nak beranak plak.

Hari Khamis (151112) bersamaan Awal Muharram, kandungan Mommy masuk 36 minggu, bersamaan 9 Bulan. Masih awal utk bersalin, namun jika takdir bersalin awal, Mommy redha.

Semoga Mommy & Baby Adik selamat.

Doakan untuk kami ya..

P/s: HD demam pada malam 141112 tu. Sejurus selepas Mommy sampai kat umah. Demam rindu la kot. Sian beliau. Asik nak pelukkkkkk jer.. Xpe la syg. Marilah berpelukan puas2..

Beliau demam ketika Mommy mencecah 36 minggu kandungan. Hmm.. Padahal dah lama giler kot x demam.. Last rasanya bulan 9 last demam. Namun, pagi esoknya dah x demam dah!! Syukur!!

Cte kelakar yang mewakili tajuk post hari nih ialah..

Ya.. Mommy datang ofis 161112. Bengong laaaaaaaaa!!! Walhal ada MC!!!

Masuk jumpa bos dgn harapan bos suh balik. Namun…

BOS: So, u boleh ke keje hari nih?
MOMMY: Boleh

Double bengong & super bongoks!!

Uwaaaaaaaa

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.