TUTORIAL: CARA NAK BUAT HANDMADE PARTY HAT

Ada yang nak tau camne Mommy buat handmade party hat masa 2nd Birthday Party Hannah Damia “Madagascar Style” baru2 nih.. Moh nak ajor sket2.. Mommy pn redah ajer actually. Turned to be nice la jugak.. Pada mata kasar Mommy lah.. Hehehehe

Bahan2nya adalah (cam nak masak..heee)

Perasan x ada 2 jenis gam? Mommy nasihat, better beli yang jenis penutup merah tu. Kertas x kembang masa kita gam. Kalau jenis biasa (penutup kuning tu), kertas jadi kembang2 ms kita lekatkan. X syiok!!

Mula2, Mommy lakar dulu di atas kertas yang keras. Gunalah apa jenis kertas yang menyenangkan anda. So, nanti bila nak lakar real hat atas manila kad, xde la susah payah sangat kan?

X tu utk kalian tebuk (tempat nak ikat riben/getah)


Hasil lakaran

Jangan lupa tandakan X di tempat yang kita nak tebuk utk ikat riben/getah

Kendian, potong & terus tebuk. Jarak utk tebuk dari bawah topi sepatutnya 1cm. Supaya lubangnya x cepat koyak in case tali riben/getah ditarik kuat.

Test dulu lipat, ok x? Bawah dah sama rata ke tidak kalau letak atas meja. So, trim lah kat ctu..

Mommy dah print out gambar2 karakter yang available dari internet mengikut tema birthday HD i.e Madagascar Theme
So, bolehlah lekatkan di luar topi tersebut..

Hiasan Luaran
Untuk bahagian hiasan luar, Mommy gunakan kertas bunga jenis lembut.
My advise, sgt x sesuai sebab bila potong, rasa cm potong kain. X mengembang sangat bahagian bawahnya. Cer tengok gambar bawah nih..

Nak potong, kena lipat cenggini untuk jimat masa

Sangat liat tau masa nak potong. Hishhhhh!! Xpa.. Try & Error.. Sebab nih la Mommy tunjuk error Mommy. hehehe..

Hasilnya..kurang mengembang..

Mommy gunakan riben utk ikat kt muka kita nanti.. ;p

Meja harus la semak.. Baru nampak cam buat kerja. Kihkih

Tu baru satu party hat yang dah siap. Mommy setelkan lakaran & tampal dulu, then baru pk bab hiasan luaran.

Since Mommy xpuas hati, Mommy terus cari kertas bunga jenis lain.. Camnih.. Pernah tengok kan? Selalunya dijual di kedai2 yang jual barang2 nak buat hantaran pe sume tu, so, leh la borong riben sume skali kan???

Memotong adalah lebih senang.
Kendian, lekatkan gam di bawah party hat & terus tampal.

Tadaaaaaaaaaaa!!!!

Bahagian atas tu, Mommy buat cmnih..

-gunakan kertas bunga yang sama (yang kita potong utk letak keliling party hat tersebut), ikat tengah2 & buka macam kita nak kembangkan bunga (leh imagine kan?? Sori lupa snap..). Ikat tengah2 tu, leh guna benang yang panjang.
-kendian, masukkan benang tu dari atas party hat (yang berlubang atasnya), dan tampalkan benang menggunakan selefone tape di ‘dinding’ party hat tersebut.
cmnih..

-tarik tegang2 sebelum lekatkan tape. so, nt akan jadilah cm gmbr kat atas..

Hasilnya.. agak berpuas hati jugak la..

Riben pengikat muka.. ;p

Ketika majlis.. ;p

HD as model

Close Up party hat

Wajiblah pakai.. ;p

Puas hati sebab handmade..

Ada apa2 yang kalian nak tanya? Yes..kebanyakannya ialah handmade..

Food pulak, homemade. Kecuali KEK sebab kena tempah..

Baca blog Mommy’s Diary of Life dengan kadar superlaju di NuffnangX

(Visited 933 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!