KEBAIKAN SET BERSALIN NR & MINYAK BERUBAT HERBA NR

Selepas Mommy dah decide nak beli Set Bersalin NR & Mommy dah beli pun dengan harga superbes (baca sini), Mommy nak share sikit kebaikan set bersalin & minyak berubat herba tersebut.

Ini Mommy cuma browse dari internet la. Nak testimonial, kena la tunggu sampai Mommy dah guna nanti.. Hehehehe.. Due Mommy, i’Allah bulan 12 nanti. X lama dah.. Hari nih genap 32 minggu i.e 8 bulan dah!!! Cepat kan????

Ok.. Jom baca apa kebaikannya..


Set Bersalin NR (Nona Roguy) : RM275
(Mommy beli kat Kak Ice)
Terdiri daripada

  • Phytonatal 90 biji – dalam bentuk tablet untuk di makan
  • Akar herbanika 10 paket – dalam bentuk uncang, rebus untuk diminum
  • Minyak herbanika 100ml – minyak sapuan badan dan urut
  • Krim Herbanika Barut 60 g – Sapuan pada perut dan pinggang
  • Uncang Cuci Herbanika 10 paket – untuk jagaan kebersihan dan kesegaran alat sulit wanita
  • Herbanika Lulur – untuk menyental kulit

Kebaikannya

  • Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
    • Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.
    • Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.
  • Mudah di pakai sewaktu berpantang
    • Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.
  • Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
    • Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.
  • Selamat di makan.
    • Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.
  • Set Bersalin yang lengkap.
    • Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.
  • Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
    • Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening.

Minyak Berubat Herba (Nona Roguy) : RM27

Untuk Baby
  • Untuk sapuan keseluruh tubuh bayi. Membantu menanggalkan sel kulit mati bayi, melicinkan dan menghaluskan kulit bayi
  • Menanggalkan kerak pada kepala bayi
  • Menghindarkan bayi terkena angin pasang (bayi lelaki) dan pra-awal keputihan (bayi perempuan)
  • Mengelakkan bayi dari terkena kembung angin
  • Boleh dijadikan minyak celak
  • Membantu mempercepatkan proses penanggalan tali pusat bayi (3-5 hari) dan mengurangkan kesakitan bayi sepanjang proses itu.

Untuk Ibu Berpantang & Wanita

  • Penggunaan Minyak Berubat Herba ke atas tuala wanita sepanjang kedatangan darah haid akan membantu menyegar dan memperlancarkan aliran darah haid
  • Membantu melegakan iritasi bahagian sulit kesan lelehan sulit semasa hamil
  • Memelihara kesihatan sulit wanita selepas bersama, semasa dan selepas haid dan juga semasa kehamilan
Untuk Penggunaan Keseluruhan
  • Minyak sapuan harian serbaguna untuk kegunaan seisi keluarga
  • Berkesan sebagai sapuan penjagaan kesihatan harian dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki yang boleh digunakan bagi mereka yang sihat atau berpenyakit
  • Mengatasi masalah kembung dan sakit perut
  • Membantu melegakan batuk berterusan, sinusitis sederhana, sakit kepala, sakit telinga, sakit gigi dan gusi, rasa kebas, pembengkakan ringan tulang penyambung, sakit otot, kekejangan perut, kabur penglihatan, terseliuh, melecur, luka dan lebam
  • Mengurangkan masalah kelemumur, penguguran rambut dan memperbaiki keadaan yang lebih sihat untuk pertumbuhan rambut

Untuk Penggunaan Lelaki

  • Bagi kaum lelaki pula, amalan pengunaannya sebagai minyak sapuan dan urutan harian berupaya membantu mengembalikan kekuatan tenaga kelakian

Huyyyoooo!! Banyaknya kegunaan. Ramai bagi feedback Minyak nih memang bes.

HD pakai Amway punya in which bagi Mommy, memang superbes jugak!! So, nak cuba yang nih pulak camne nanti. Heheheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge