SOAL JAWAB TENTANG PARLIMEN MALAYSIA

Kepada yang x tahu, leh baca sikit ya..
  1. Di manakah letaknya Parlimen Malaysia di dalam pentadbiran negara dan apakah komponen utama yang membentuk Parlimen Malaysia?
    Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan. Sistem Demokrasi Berparlimen kita mempunyai tiga cabang utama :

    – Perundangan
    – Eksekutif
    – Kehakiman

    Parlimen adalah badan perundangan tertinggi di negara ini. Ia terdiri dari Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


  2. Terangkan dengan lebih lanjut tentang komponen utama yang membentuk Parlimen Malaysia iaitu Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

    YANG DI-PERTUAN AGONG

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang unggul. Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh lima tahun oleh Majlis Raja-Raja. Baginda bagaimanapun tidak mempengerusikan Dewan Negara dan Dewan Rakyat, tetapi menyampaikan titah ucapan di kedua-dua Dewan apabila perlu dan ini hanya dilakukan pada permulaan setiap sesi Parlimen yang bermula pada awal tahun.

    DEWAN NEGARA

    Dewan Negara mengandungi 70 orang ahli iaitu 2 orang ahli dipilih dari setiap 13 Dewan Undangan Negeri dan 44 orang lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada pengalaman dan kebijaksanaan mereka, atau mewakili kaum minoriti, golongan professional, golongan korporat dan golongan-golongan lain. Tempoh jawatan seseorang Senator (Ahli Dewan Negara) ialah tiga tahun dan boleh dilanjutkan kepada dua penggal. Dewan Negara tidak terjejas dengan pembubaran Parlimen.

    DEWAN RAKYAT

    Dewan Rakyat mempunyai 222 orang ahli, setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Pemilihan ahli-ahli dijalankan lima tahun sekali. Jumlah ahli daripada parti-parti komponen Barisan Nasional ialah 137 orang. Parti pembangkang pula mempunyai 78 orang dan Bebas 7 orang.
     


  3. Apakah fungsi – fungsi Parlimen Malaysia?
    FUNGSI-FUNGSI PARLIMEN

    – Meluluskan undang-undang
    – Membuat pindaan kepada undang-undang yang sedia ada
    – Meluluskan cukai-cukai baru
    – Menyemak dasar-dasar Kerajaan
    – Meluluskan perbelanjaan Kerajaan


  4. Bagaimanakah rang undang – undang menjadi undang – undang?
    Sebelum sesuatu rang undang-undang diluluskan menjadi undang-undang, ia mesti melalui proses di bawah:

    Proses yang serupa berlaku di kedua-dua Dewan (Dewan Negara dan Dewan Rakyat). Bagaimanapun, di Dewan Negara, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tahunan tidak akan melalui peringkat Jawatankuasa dan akan terus kepada Bacaan Kali Ketiga


  5. Terangkan cara – cara dan prosedur untuk melawat Parlimen Malaysia?
    Semua pelawat samada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Parlimen Malaysia.
    Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja dan tidak dibenarkan waktu cuti umum.
    Pelawat yang ingin membuat permohonan melawat perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut:-
    i) Segala urusan lawatan dikendalikan oleh Unit Perhubungan Korporat, Parlimen Malaysia.  Surat permohonan lawatan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut untuk kelulusan:

    Ketua Pentadbir
    Parlimen Malaysia
    Pejabat Ketua Pentadbir
    Tingkat 16, Bangunan Menara
    50680 Kuala Lumpur.
    Tel :  (603) 2072 1955 ext 7329 / 7328
    Faks :  (603) 2072 7436
    Email : 
    info @ parlimen.gov.my
      
    nasaruddin @ parlimen.gov.my

    ii) Surat permohonan hendaklah mencatatkan nombor telefon & faks pemohon.
    iii) Semua pelawat perlu mematuhi tatacara berpakaian semasa berada di Bangunan Parlimen iaitu;

    Pelawat dikehendaki menunjukkan surat kebenaran lawatan di pintu masuk bangunan Parlimen.
    Ketua rombongan dikehendaki membawa senarai lengkap pelawat yang mengandungi nama penuh, nombor kad pengenalan serta alamat terkini;
    Catatan :  Hanya mereka yang disenaraikan sahaja dibenarkan masuk mengikuti persidangan.
    Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui.
    Pelawat akan memasuki bangunan Parlimen selepas mereka melalui pemeriksaan keselamatan rapi dan melalui mesin pengimbas bagi tujuan keselamatan di pintu No. 7
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa mengenali Parlimen Malaysia. Ehehehe

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.