PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT [HFMD]

  • Penyakit tangan, kaki dan mulut disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menjangkiti kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.
  • Jangkitan ini berlaku disebabkan tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak.
  • Penyakit ini dijangkiti melalui kontak secara langsung dengan pesakit serta melalui najis, air liur dan lelehan dari hidung pesakit.
  • Kebanyakan kes penyakit ini tidak serius.
  • Namun begitu terdapat juga kes-kes teruk yang melibatkan sistem saraf dan jantung.
  • Setiap ahli keluarga dinasihatkan mengamalkan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.
Tanda dan Gejala Penyakit
  • Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Langkah-langkah Pencegahan

  • Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelummenyediakan makanan, selepas ke tandas, selepas menukar lampin anak dan selepas mencuci najis anak.
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila bersin atau batuk.
  • Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gigi, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu.
  • Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil.
  • Cuci alat mainan, permukaan meja, kerusi dan lantai yang dicemari air liur anak.
  • Elakkan membawa anak kecil ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang, pasar dan stesen bas.
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit tangan, kaki dan mulut:
  • Bawa segera ke hospital atau klinik berhampiran.
  • Jangan hantar ke tadika, rumah pengasuh atau sekolah.
  • Lap lelehan dari mulut dan hidung menggunakan tisu

INFO MYHEALTH

    #SAYAJUAL #ROSETYARA

    SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

    Be the first to comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.


    *


    CommentLuv badge

    This blog is kept spam free by WP-SpamFree.