ELAUN WAD DARI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (BULAN 7)

Sebelum nih, Mommy ada cte HD pernah demam sampai tahap 40 plus2 kan? Tragedi bulan 7 yang lalu sampai masuk Hosp Pantai & didiagnosis Pneumonia. Baca sini [klik]

Setelah sebulan sihat walafiat tanpa sebarang gangguan virus, tetiba pada 10.9 baru2 nih, beliau demam lagi. Baca sini [klik]. Dikenalpasti, puncanya memang musim demam. Berjangkit di nursery coz teacher HD bagitau, minggu sebelum tu memang ada budak demam. Ditambah pulak cuaca yang x elok. Ermm.. Nanti lain hari Mommy cte Tragedi Demam bulan September nih. Gambar belum masuk hard disk. Ehehe.. This time, doc diagnos as Bronchitis.

Berbalik kepada cerita Tragedi demam bulan 7 yang lalu, HD lepaking di hospital selama 5 hari.. Sian sangat sebab siang hari Daddy jaga while Mommy kena p keja.. The saddest part is, bila hari yang sepatutnya boleh discaj (hari ke3), tetiba beliau demam balik & Mommy plak dijadualkan ke Pangkor bsama Company Mommy. Hati ini, hanya Allah yang tahu. Serba salah Mommy. Daddy suh pegi jugak sebab bnda nih dah lama diatur.. Ermmm

Setelah genap 5 hari, discaj jugak akhirnya.. Degil tul kuman nih!!!

Bil2 perubatan HD ditanggung oleh panel Daddy. HD memang ada insuran sendiri bersama Pru BSN. Namun, medical card beliau mungkin hanya digunakan jika limit panel Daddy dah abeh ke. Hehehe.. So far, masih banyak lagi. Syukur Alhamdulillah.. Kalau bayar sndr, agaknya, x pegi kot Hosp Pantai nih. Bil utk warded bulan 7 nih, sudah menjangkau hampir RM5k! Ya… Hampir 5K!! Macam, sehari seribu. Fuhhhh!!

Selepas discaj, tugas Agen Insuran bermula!! Sebab tu pentingnya kita pilih agen yang berkaliber, bermutu tinggi tahap kerajinannya. Hehehe.. Discharge Summary (DS) diemel segera & beliau bertindak pantas mengatur strategi untuk ke Hosp Pantai utk mendapatkan full medical report [kes nih sebabnya lebih 3 hari. Kalau x, juz email DS n bil je, dan x perlu dtg ke Hosp pun].

Prosedur memang amek masa jugak la.. Tapi, since Mommy memang percaya kat agen nih, Mommy juz tunggu je la.. X caye cmne. Beliau ialah senior sekolah Mommy sendiri. Memang baik pun. Otak pn same2 gile. Hehehe.. Sowi akak!! Heheheh

Beliau ialah Makbed aka Liza Jalil . Blog beliau ni haa.. http://makbedsjournal.blogspot.com/

Hasilnya, baru2 nih Mommy dah dapat elaun wad. Syukur la jugak. Dok bayar tiap2 bulan, kira ber’guna’ jugak la ada insuran nih..

Kalau korang rasa sikit, Mommy plak rasa mcm banyak jer. Ye la.. Setimpal la dengan kadar bulanan yang Mommy bayar. X banyak sgt pn. I’Allah, kalau ada rezeki lebih, Mommy nak up kan lagi kadar saving beliau dalam Insuran nih.. I’Allah.. Doakan Mommy dimurahkan rezeki lebih ya.. Hehehhe..

Tunggu bulan 9 punya elaun wad pulak.. Form dah selamat di Prudential. Setel within this week selepas discaj Ahad lepas. Memang cepat bertindak btui kan agen Mommy nih? Tq kak!! Hehehehe

Since HD memang kerap masuk wad, kira mmg bguna sgt ada insuran. Kalau la dari dulu lagi Mommy amek kan? Bukannya berharap HD masuk wad selalu. Cuma, inilah gunanya ada insuran. Persediaan utk jangka masa yang panjang. Lebih baik ada dari xde pa pe langsung kan?
p/s: Mommy kena plan utk next baby. Biar ada dari xde. Namun, Mommy berharap, baby adik xkan masuk wad mcm kakak HD. Sian lah. X sanggup Mommy Daddy tau.. Sadisssssssssssssss

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

2 Replies to “ELAUN WAD DARI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL (BULAN 7)”

  1. hairunisa binti daman huri says: Reply

    salam…berapa minggu ya selepas discharge dapat elaun wad ni?

    1. tgk kpd dokumen. plg cpt, bulan tu jugak

Leave a Reply

CommentLuv badge