TIPS MEMILIH BABY SITTER @ PENGASUH BAYI

1. Bersedia dari awal – Sebaiknya sebelum bersalin anda sudah pun membuat keputusan sama ada akan menghantar bayi anda kerumah pengasuh atau ke pusat jagaan kanak-kanak (taska). Jika anda mengambil keputusan untuk hantar bayi kerumah pengasuh, sebaiknya anda mula cari seawal usia kandungan mula mencecah 9 bulan. Kalau dah lepas bersalin dan tinggal lagi beberapa minggu anda nak mula bekerja baru nak cari, mungkin agak terlambat sikit dan sukar untuk anda mendapat pengasuh yang memenuhi ciri-ciri yang anda inginkan.
2. Tanya kepada jiran, saudara dan kawan-kawan – Jika ini adalah pertama kali bagi anda untuk bergelar ibu, sebaiknya anda bertanya kepada jiran disekitar rumah anda jika ada antara mereka yang bekerja sebagai pengasuh atau jika mereka tahu orang yang ingin mengasuh bayi.
3. Tanya pendapat jiran yang lain – Almaklumlah, bagi mereka yang pagi-pagi dah keluar rumah dan balik rumah pula di malam hari, memang susah nak tau perangai sebenar jiran atau bakal pengasuh anda. Sebaiknya anda cuba juga risik-risik dengan jiran-jiran anda yang lain. Manalah tau jika ada informasi yang mereka boleh beri kepada anda.
4. Lihat persekitaran dan kebersihan rumah – adakah rumahnya penuh dengan pokok bunga sampai nak tengak pagar rumah pun tak nampak? Bukan apa, di bandar ni banyak nyamuk Aedes yang merbahaya. Tak seperti dikampung yang nyamuknya besar-besar tapi tak ada pun yang kena demam denggi. Atau kucing dan binatang peliharaan berkeliaran didalam rumahnya. Seperti yang diketahui bulu kucing boleh menyebabkan bayi menghidap asma.
5. Perangai anak-anak dan suami bakal pengasuh – mungkin agak sukar jika rumah bakal pengasuh anda jauh sedikit dari rumah anda. Tapi sewaktu berkunjung kerumah bakal baby sitter anda, ada baiknya anda perhatikan juga sikap anak-anak dan suaminya. Jika anak-anaknya asyik menjerit dan bergaduh saja, mungkin anda patut fikir 10 kali juga. Takut nanti sikap yang sama akan diikut oleh anak anda nanti.
6. Ikut gerak hati anda – apa perasaan anda sewaktu pertama kali melihat wajah bakal pengasuh anda? Kalau rasa tak sedap hati, sebaiknya anda cuba lagi cari yang lain. Lagipun semestinya anda mahukan satu perhubungan yang baik dan mesra dengan pengasuh anda kerana mereka adalah orang yang akan membantu menjaga anak anda sewaktu anda keluar bekerja. Dan bukan itu saja, pengasuh juga sebenarnya adalah mereka yang akan mendidik dan membesarkan anak anda sewaktu ketiadaan anda sepanjang hari.
7. Tanya beberapa soalan – antaranya jika anda balik lambat, sanggup ke dia jaga bayi anda lebih masa? Ada caj tambahan atau tidak, baju dibasuh oleh pengasuh atau anda perlu bawa balik dan basuh sendiri setiap hari? Bagi yang akan menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya, anda perlu juga beritahu hal ini kepada bakal pengasuh anda. Teringat saya sewaktu pertama kali menghantar anak bersama susu ibu yang diperah kepada pengasuh. Saya sertakan sekali nota cara untuk menyimpan dan memanaskan susu sebagai rujukan untuk pengasuh bayi saya.
8. Kadar bayaran yang dikenakan – Lain tempat lain caj nya. Asalkan berpatutan dan mengikut kadar semasa, itu sudah memadai. Lagipun jika pengasuh anda menjaga bayi anda dengan baik, pasti sekali-sekala anda tidak ragu-ragu untuk memberikan mereka bonus.
Okey, diharap tips diatas membantu anda dan ibu muda yang baru pertama kali ingin mencari baby sitter atau pengasuh.

Leave a Reply

CommentLuv badge