Naracards Korea-Seoul Set

FIDYAH & PENGIRAANNYA

Pengertian Fidyah 
  • Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya.
  • Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah.
  • Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah 
  • 1 hari dendanya 1 cupak beras
  • 1 cupak = 1 mud
  • bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4 [RM…………./4 = RM………….]
Fidyah Tanpa Gandaan
  • Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut.
  • Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.
Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan 
  • Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya : 
    • 15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 140.63 [gambar bawah]
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)
Fidyah Dengan Gandaan 
  • Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah. Contohnya : 
    • Orang meninggalkan puasa kerana uzur syar’ie ataupun dengan sengaja. 
    • Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut akan kesihatan dirinya dan janinnya. 
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan 
  • Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya : 
    • 15 (Jumlah puasa ditinggalkan) x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 421.90 [gambar bawah]
Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)

Jadual Kiraan Gandaan Fidyah Puasa

(Visited 51 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!