KOMPLIKASI SEMASA BERSALIN : ADAKAH ANDA BERISIKO TINGGI?

Tidak kiralah anda mengandung anak pertama, kedua ataupun ketiga, semua ibu akan merasa cemas apabila menghampiri waktu bersalin. Kehamilan memang perkara lazim kepada wanita, tetapi setiap wanita mempunyai reaksi berbeza semasa bersalin. Walaupun kebanyakan wanita tidak mengalami banyak masalah apabila bersalin; namun ada juga yang akan mengalami komplikasi semasa bersalin.
Kesusahan janin
Kesusahan janin bermakna bayi sedang mengalami kesusahan di dalam rahim. Kontraksi semasa sakit bersalin akan mengurangkan aliran darah (dan juga oksigen) kepada bayi buat seketika, dan aliran darah akan meningkat semula apabila rahim berehat antara kontraksi.
Kontraksi biasanya tidak akan mendatangkan masalah kepada kebanyakan bayi; tetapi ia boleh menjejaskan sesetengah bayi. Risikonya lebih tinggi jika:
***Bayi anda lebih kecil daripada biasa;
***Bayi anda melebihi tempoh bersalin;
***Kontraksi yang terlalu cepat, contohnya, terlalu rapat.
Keadaan kesihatan ibu, seperti diabetes atau penyakit buah pinggang boleh mengakibatkan kesusahan janin. Bayi yang tidak sihat, seperti yang menghidap penyakit diwarisi, ketidaknormalan, jangkitan, atau menunjukkan tindak balas yang tidak baik terhadap ubat tertentu yang diberi kepada ibu, boleh turut menjejaskan janin.
Posisi bayi yang tidak normal
Posisi yang paling lazim dan ideal adalah apabila bayi menghadap belakang ibu, dengan muka dan tubuhnya mengiring, leher ke hadapan dan kepala di bawah. Ada juga posisi-posisi lain yang tidak normal dan boleh menyebabkan kelahiran dan bersalin lebih sukar.
***Posisi songsang: Ini adalah apabila punggung bayi berada di bawah. Kepala bayi boleh melekat di dalam jika punggung keluar dahulu, mengakibatkan komplikasi seperti kerosakan saraf. Tambahan lagi, tali pusat akan terapit antara kepala dan saluran kelahiran dan menyebabkan bayi kekurangan oksigen. Ini boleh mengakibatkan kerosakan otak.
***Posisi-posisi lain: Kadang-kadang, leher bayi akan membengkok menyebabkan muka atau dahinya menghadap saluran kelahiran. Baring melintang adalah posisi di mana bayi baring merentasi saluran kelahiran dengan bahunya menghadap saluran kelahiran. Distosia bahu pula berlaku apabila bahu dihalang tulang kemaluan ibu setelah kepala bayi keluar.
Di dalam kehamilan di mana bayi dalam posisi songsang, doktor akan berusaha memusingkan bayi di dalam minggu ke 37 dan 38, supaya kepalanya akan turun ke bawah. Doktor biasanya akan mengesyorkan kelahiran caesarean jika posisi songsang berlaku semasa sakit kelahiran bermula. Kelahiran normal apabila bayi dalam posisi songsang boleh mengakibatkan kecederaan atau di dalam sesetengah kes, kematian bayi.
Bagi bayi dengan masalah distosia bahu pula, doktor akan cuba membebaskan lengan yang berkenaan. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf atau patah lengan atau tulang selangka. Suatu potongan untuk membesarkan pembukaan faraj (episiotomi) boleh dibuat untuk membantu kelahiran.
Dalam kes kesusahan janin atau sakit kelahiran yang terlalu lama, doktor boleh membantu kelahiran dengan menggunakan alat vakum, forceps atau pembedahan caesarean kecemasan jika perlu.
Apakah punca komplikasi-komplikasi ini?
Komplikasi-komplikasi ini boleh berpunca daripada masalah kesihatan ibu, seperti diabetes. Walaupun menghidap diabetes semasa hamil bukan lagi sesuatu yang luar biasa; namun anda masih perlu mengawal paras glukosa darah anda. Kawalan glukosa darah yang tidak baik boleh mengakibatkan bayi yang lebih besar dan mendatangkan masalah semasa kelahiran. Bayi yang lebih besar berisiko tinggi untuk songsang dan mengalami kecederaan semasa kelahiran.
Pemakanan yang tidak baik pula boleh mengakibatkan bayi yang lebih kecil dan meningkatkan risiko kekurangan isipadu cecair (cecair aminiotik yang kurang), kesusahan janin atau posisi tidak normal.
Distosia bahu biasanya lebih lazim di dalam bayi yang lebih besar. Ia juga lebih lazim di dalam wanita obes, penghidap diabetes atau pernah melahirkan bayi dengan distosia bahu.
Jangan ambil risiko
Kehamilan yang tidak bermasalah masih boleh mengalami komplikasi semasa sakit bersalin. Berusahalah untuk mengurangkan risiko komplikasi semasa bersalin. Jaga kesihatan anda, amalkan gaya hidup sihat yang melibatkan diet dan senaman, dan pantau sebarang masalah kesihatan seperti diabetes.
Jangan ambil risiko apabila ia melibatkan kesihatan dan perkembangan si manja anda!

Oleh Dr Tan Ay Eeng, Perunding Obstetrik dan Ginekologi

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.