ADAKAH PERKEMBANGAN ANAK ANDA NORMAL?

Adakah Perkembangan Anak Anda Normal?
Pelajari pencapaian perkembangan yang anak anda perlukan semasa membesar.
Oleh Dr. Rajini Sarvananthan, Pakar Perkembangan Pediatrik
Lima tahun pertama kehidupan kanak-kanak adalah tempoh yang paling kritikal, di mana kemajuannya akan diukur berdasarkan pencapaian fizikal dan perkembangannya. Walaupun kanak-kanak secara amnya akan berkembang dan membesar pada kadar mereka sendiri, namun ibu bapa masih perlu perhatikan sebarang kelewatan perkembangan dalam tempoh ini. Ibu bapa perlu memantau kemahiran kognitif, motor, sosial dan bahasa kanak-kanak yang akan menyediakan mereka untuk peringkat zaman kanak-kanak seterusnya. Pemantauan yang teliti boleh membantu ibu bapa mengesan sebarang masalah yang mungkin memerlukan bantuan perubatan.
Apakah itu pencapaian perkembangan?

Pencapaian perkembangan menerangkan proses yang dilalui kanak-kanak di dalam perkembangan kemahiran pada usia-usia tertentu. Meniarap, merangkak, berjalan dan bertutur merupakan pencapaian penting yang kanak-kanak perlu capai pada usia tertentu. Pendengaran, penglihatan, ketangkasan manual, tingkah laku sosial dan bermain turut merupakan kemahiran yang perlu dicapai sebagai sebahagian daripada proses membesar.
Kelewatan perkembangan berlaku apabila kanak-kanak gagal mencapai pencapaian tertentu pada masa yang sepatutnya. Sebagai contoh, anggaran masa untuk belajar berjalan adalah antara 9 hingga 15 bulan, jadi seorang kanak-kanak berusia 22 bulan yang masih belum boleh berjalan boleh dianggap mengalami kelewatan perkembangan.
Mengikuti kemajuan
Pencapaian zaman kanak-kanak akan melalui lima bidang perkembangan utama:
perkembangan fizikal (kemahiran motor halus dan kasar), kemahiran sosial, bahasa/komunikasi, kemahiran penjagaan diri, kemahiran kognitif. 
Berikut adalah beberapa contoh kemahiran perkembangan yang biasa dicapai di dalam tempoh masa yang diramalkan:
[klik gambar utk lg clear]
Mengatasi kelewatan perkembangan
Ada kanak-kanak yang mencapai sesetengah pencapaian lebih lambat daripada yang lain. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana sesetengah kanak-kanak akan mengambil masa mereka sendiri untuk membesar. Namun demikian, dapatkan nasihat pakar pediatrik atau pakar terlatih anda jika kelewatannya melebihi beberapa bulan daripada jangka masa yang dianggarkan. Ini bagi mengetahui sama ada anak anda mempunyai sebarang masalah perubatan atau perkembangan. Ambillah langkah-langkah yang perlu untuk membantu anak anda memasuki peringkat zaman kanak-kanak seterusnya.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.