KESIAN ANAK2 INI..KONGSI SUSU YANG SAMA WALHAL BERLAINAN UMUR.. TAMBAHAN PULA, SUSU FORMULA CAMPUR SUSU CAIR YANG MANIS TU? ISKKKK!!

POST DI FB [PERTAMA]:
Ya Allah! Ssungguhnya diriku tersentak bila daku tau yg ada lg berat dugaannya.. Anak 4 dhantar ke nursery. Arahan si ibu, campurkan hanya 2 sudu susu fm, 2 sudu susu cair tin tu bersama air 240ml tu. Botol pnjg? Ya Allah. Sadisnya..

POST DI FB [KEDUA]:
Masih ingatkah anda tentang kisah ibu & anak 6 orang [ada kembar], yg bg susu dumex + susu cair yg pernah saya cerita dlu? Alhamdulillah. dah ada yang pos kpd saya. anak2 itu sama nursery dgn anak saya.. sok dpt, sy akan bg kt nanny.. ;p

POST DI FB [KETIGA]:
Alhmdlh.. Besar bungkusan susu nih.. Tima kasih kpd Nafizah Nasruddin.. Saya akan smpaikan sumbangan anda kpd nursery sy tu. Moga Allah limpahkan ganjaran kerana sudi menolong anak2 itu..

*********
Itu antara permulaan cerita sedih yang Mommy dengar satu hari kt Nursery si HD stay tu.. Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang sudi hulur. Kisahnya, anaknya 6 orang, paling besar dah darjah 1, kemudian tadika. Yang di nursery pula, 4 orang. Berumur 4 tahun, 2 tahun & kembar 1 tahun lebih. Bila Puan Ain(cikgu  nursery tu) cerita pasal nih (POST DI FB [PERTAMA]) kt Mommy (sbb kembar nih sgt manja dgn Mommy), rs mcm “Ya Allah!! Aku igt aku sorg je susah!!” [btw, ada yg tnya. kos sorg di nursery ialah RM240]
Mommy sebenar2nya, mmg xtahu condition parent tersebut. Dengarnya, ibunya seorang cikgu sek rendah & bapa pula contractor. Mommy macam.. “eh..keje mcm ok dah?”. Yes.. But, sape tahu keperitan & kesempitan hidup dorg? Xkan la nak sengaja tambah2 susu manis gtu klu mereka mmg punya duit yang lebih? xkan seorang cikgu x mampu fikir??
Tapi, cepat2 Mommy pk positif. “Sedangkan aku anak sorang & gaji boleh tahan pn sentiasa rasa x ckup, apatah lagi mereka ini?” Hanya Allah yang tahu. Mommy tekadkan keikhlasan dlm hati ingin tolong juga mereka. Mommy mmg syg sgt ngan budak2 di Nursery tu. Apatah lagi bila semuanya memanggil Mommy, “Mommy” setiap kali Mommy jengah di situ. Dari jauh, kalau nampak je kete Fair Lady [perasannya] Mommy tu, msti terjerit2..”Mommy..Mommy..Mommy Hannah”. Especially si kembar tu, kalau nampak Mommy, meraung2 nak panjat dok atas riba. Amboi.. Ngalahkan si HD. Mmg manja sgt. Anak2 tu mmg comel. I’Allah Mommy akan letakkan gambar dorg nt [update kt cni lps snap nt]
Ramai yang bertanyakan kisah ini once Mommy post di status FB Mommy, di group2 FB, siap ada yang sudi hulurkan bantuan. Terharunya. Mommy xde niat nk suh orang bantu pon. Mommy cuma rasa terkilan sebab ada orang ssh mcm nih! [sebak].. Bila ada yang sudi nak menolong, xkan Mommy nak menolak kan? Mommy ada bg alamat Mommy kpd mereka yang sudi post. Terima kasih sgt2.
Oh ya. Untuk pengetahuan semua, Mommy nak inform awal2. Mommy xnak khabarkan benda nih kepada parent anak2 itu. Sebab apa? Mommy takut dia fikir bukan2. Like.. “who r u trying to mess with my life? i know what i’m doing to my child!!” [Allah.. takutnya kalau dia pk gtu]. Maka, Mommy juz mntk tlg Puan Ain info kat maknya, boleh ke x anak dia mnum susu lain selain Dumex Choc [sbb ada yang sudi kasi susu, tp lain dari yang biasa minum]. Mana la tau anak dia xle accept tkt alergik ke hape.. Puan Ain setuju.
Terima kasih x terhingga sekali lagi buat Puan Nafizah Nasruddin yang merupakan ibu pertama yang sudi pos susu ini kepada Mommy. I’Allah, petang nanti Mommy akan pass kpd Nursery tsebut masa nak amek anak Mommy si HD. Hanya Allah yang mampu membalas jasa Puan.
Biarlah apa jua di fikiran orang, namun Mommy harap, yang ingin membantu biar niatnya ikhlas. Mommy xkan berfikir 2x untuk menolong mereka ini w’pun Mommy xtahu keadaan mereka samada berduit namun kedekut atau apa pon. Sebab, Mommy yakin, mmg mustahil bg ibu bapa x pk demi kebaikan anak masing2 bukan?
Last but not least, TQ VERY VERY MUCH!!

UPDATE [25/11/2011]
Hari ni, Mommy terima satu lagi parcel daripada Puan Suhana Nor Ramli. Susu yang diberikan ialah Susu Dumex Dugro [1-3y] perisa MADU. Again, Mommy akan mnta Puan Ain di Nursery tanya tkt anak2 ini alergik ke apa sebab mereka mnum Susu Dumex Choc. Anyway.. Tqvm
UPDATE [16/12/2011]
Hari ni, Mommy terima satu lagi parcel daripada Puan Nis Hada Ahmad Radhi [group Resipi Bayi Homemade]. Susu yang diberikan ialah Susu Dumex Dugro [1-3y] perisa COKLAT. SUBHANALLAH.. 4 BUNGKUS?? BAIKNYA HATI PUAN!! Terima kasih banyak. Akan saya sampaikan kepada nanny nursery tersebut. Lega hati kalau tengok anak2 itu terima minuman berkhasiat nanti. Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Moga rezeki kalian bertambah kerana menolong anak2 ini. Serius. Saya sangat terharu melihat keikhlasan puan2.

#SAYAJUAL #ROSETYARA

SERENDAH RM30 SETIAP BULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.