ULSER MULUT BAYI

Ulser Yang Menyakitkan Dalam Mulut

Oleh Dr Mary Marret, Pakar Runding Pediatrik
Apabila anak anda menjerit kesakitan ketika minum jus, mungkin terdapat ulser di dalam mulutnya. Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk melegakan kesakitannya?

APA ITU ULSER?

  • Ulser mulut adalah kudis kecil berbentuk bulat atau bujur dalam mulut yang menyakitkan.
  • Ulser boleh muncul pada sebelah dalam pipi atau bibir, hujung lidah, atau pada pangkal gusi.
  • Ulser mulut secara amnya tidak berbahaya, tetapi boleh mengganggu keselesaan kanak-kanak, lebih-lebih lagi apabila ia menyebabkan kesukaran untuk makan, minum, bercakap dan juga tidur.
  • Bagi sesetengah kanak-kanak, ia sungguh menyakitkan sehingga mereka enggan makan, minum atau menggosok gigi. Sesetengah kanak-kanak lebih kerap mengalami ulser mulut berbanding kanak-kanak lain.

ULSER MULUT BAYI & CARA MERAWATNYA

Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Ulser Mulut

  • Ada kanak-kanak lebih mudah mendapat ulser mulut yang berulang-ulang. Masalah ini ada kalanya diwarisi dalam keluarga.
  • Ulser mulut selalunya kecil (kurang daripada 1 sm) berwarna kelabu atau kuning, dengan garisan tepi yang kemerah-merahan.
  • Ia mungkin disebabkan oleh trauma seperti luka atau lelas akibat tergigit lidah secara tidak sengaja, menggosok gigi terlalu kuat, hujung gigi yang kasar atau pengambilan makanan atau minuman yang sangat panas.
  • Ia juga boleh berpunca daripada tekanan, contohnya semasa peperiksaan sekolah.
  • Kekurangan vitamin dan mineral seperti zat besi, folat dan beberapa jenis vitamin B mungkin juga menjadi punca pertumbuhan ulser.
  • Anak anda mungkin mengadu mulutnya rasa berdenyut-denyut atau pedih satu atau dua hari sebelum ulser kelihatan.
  • Kadangkala ulser mulut disebabkan oleh jangkitan virus seperti penyakit tangan, kaki dan mulut, atau cacar air. Ulser jenis ini mungkin mempunyai kaitan dengan demam dan juga ruam pada bahagian tubuh yang lain.

Apa yang Boleh Anda Lakukan Untuk Merawat Ulser?

Ulser mulut cepat sembuh, biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu tanpa sebarang rawatan. Namun, jika anak anda amat terganggu dengan kesakitannya yang pedih, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan anak anda dan mempercepat penyembuhan.

Pilihan makanan

  • Elakkan daripada memberi anak anda makanan yang keras, besar potongannya, makanan atau minuman yang sangat panas, makanan masin atau pedas, atau yang berasid (seperti jus oren).
  • Beri makanan yang lembut (seperti yogurt, kastard) yang tidak menambah kesakitan.
  • Pastikan si manja anda minum banyak air.

Melegakan kesakitan

  • Biarkan dia menghisap ais.
  • Sapu gel mulut untuk melegakan kesakitan pada bahagian yang berulser.

Untuk mencepatkan penyembuhan

  • Pujuk si manja supaya berkumur dengan air garam
  • Galakkan dia tidur lebih.
  • Galakkan anak anda makan seperti biasa.

Bila Anda Perlu Bawa Anak Berjumpa Doktor

Kadangkala ulser yang banyak bilangannya atau ulser yang tidak sembuh mungkin menunjukkan petanda masalah tersembunyi, seperti jangkitan virus. Bawa anak anda berjumpa doktor jika terdapat tanda berikut:
  • Apabila ulser mulut bertambah besar atau dalam.
  • Apabila terdapat banyak ulser; ini mungkin petanda penyakit tangan, kaki dan mulut atau jangkitan virus herpes (virus lepuh sejuk).
  • Apabila ulser tidak sembuh selepas 2 minggu.
  • Apabila terdapat pendarahan yang banyak.
  • Apabila ulser disertakan dengan demam atau cirit-birit.
  • Apabila anak anda terlalu sukar makan atau minum.

UPDATE : ALOCLAIR SPRAY (KANAK-KANAK & DEWASA)

Ubat paling berkesan, bukan BONJELLA tau, tapi ALOCLAIR. Bagus sangat spray nih.. X pedih, tolong kebaskan kawasan ulser (tapi tidak terasa kebas) dan cepat hilangkan ulser.

cara rawat ulser bayi

Boleh didapati di farmasi. Sesuai untuk bayi, kanak2 & dewasa. Kalau HFMD yang ada ulser penuh mulut tu, memang elok sangat beli ni. Harga RM20++

22 Comments

  1. kt mna nk cari produk ini…aloclair spray tu…kbykkn farmasi tnya xde…huhuhu..cian kt ank..dh 3hari jd ulser pnuh mulut…pls tlg sape tau kat mna ada..

  2. SAYA DAH BELI N CUBA..ALHAMDULILLAH…ULSER ANAK DAH OK..MULUT DIA BERBAU BUSUK HANYIR SEBELUM NI..DAH KEMBALI NORMAL…SUSAH JUGAK NAK SPRAY KE DALAM MULUT DIA..TAPI AMBIL KESEMPATAN SEMASA ANAK TNGAH MAIN N GELAK SAMBIL NGANGA MULUTNYA…RASANYA MANI N TIDAK MEMEDIHKAN..

  3. SAYA DAH BELI N CUBA..ALHAMDULILLAH…ULSER ANAK DAH OK..MULUT DIA BERBAU BUSUK HANYIR SEBELUM NI..DAH KEMBALI NORMAL…SUSAH JUGAK NAK SPRAY KE DALAM MULUT DIA..TAPI AMBIL KESEMPATAN SEMASA ANAK TNGAH MAIN N GELAK SAMBIL NGANGA MULUTNYA…RASANYA MANIs N TIDAK MEMEDIHKAN..

    • Anak sy dlm 1 hari dah baik dah ulcer. Masa tu ulcer dalam tekak, sbb kurang air. Doktor bagi ni, esok tu dah boleh makan and telan mcm biasa. Doktor check pun dah takde ulcer tu

      • salam kalau anak ulser byk sangat dlm mulut smpi dlm lidah tu boleh baik tak. ada pengalaman tak mommy kat sini. anak sy teruk kena ulser. bibir bengkak. td dah pergi klinik pakar kanak2. doc ckp boleh baik dlm masa 4-5hari. doc bg ubt spray yg sama. anak boleh tdur tak mcm brapa mlm tu nangis smpi teriak2. sy bimbang sgt anak kena ulser. sblm ni tak oernag mcm ni

      • spray ni bg kebas. so bleh la mkn minum.. utk sembuh cepat mmg amek masa.. ada satu lg gel yg cpt kecut iaitu oral aid. cuma bhgn ke dlm mlut ni better spray ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge