banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

MEAL FOR HD: BUBUR NASI+SUP BENING DAGING+CARROT+SAWI

Sedutan lalu, Mommy pernah masak sup bening ayam sebagai santapan puteri Mommy, si HD yang berumur 1 tahun 25 hari.
Kali ini, Mommy buat sup bening daging pula. Harap licin lagi la hr nih.. Hehehehe.
Senang sangat nak buat. Lepas dah master skill memasak sup bening hasil tunjuk ajar kak Farah Rahim [admin group Homemade Solid Food For Your Baby], maka terhasillah sup bening daging ini. Tunjuk sket..
Nyum..Nyum..
Apa yang anda perlu ada ialah:
Air
Sepotong daging
Halia
[Rebus dahulu untuk empuk & senang potong]
Sementara menunggu air rebusan daging [stok daging] & daging itu empuk, kita boleh prepare bahan2 lain:
Bawang besar setengah biji
Bawang putih seulas
Carrot potong dadu
Kentang potong dadu
Sawi dipotong halus
Cara memasak:
Daging empuk tadi diangkat & dipotong halus2 untuk memudahkan si manja anda makan. Stok daging tadi jgn dibuang.
Masukkan semula daging yang siap dipotong td ke dalam stok bersama bawang besar n bawang putih [klu nak potong daging awal2 pon boleh, cuma Mommy nak lagi empuk, itu yang Mommy rebus dahulu]. Xyah la over bawang sebab Baby x makan pun. Cuma nak ada rasa jer.
Lepas mendidih, boleh la masukkan carrot n kentang. Rasa macam empuk sket, baru masukkan sawi.
Agak2 la masak ke belum kan? Heee.. Didih jer membuak2, tutup api.
Siap.

Tadaaaa..

Boleh dihidangkan bersama2 bubur nasi.

Lenyek2kan kentang, carrot tadi bersama nasi & daging semasa hendak menyuap baby anda.
Boleh hirup jugak!!

Mommy ada buat puree buah untuk breakfast HD hari ini. Meal ini pula untuk Lunch & Dinner.

Nantikan post pasal puree buah pula..

Nyum2..

Teaser sket…

Amacam?
Terliur? Hehehehe


Jom tengok macam mane buat puree buah nih..

(Visited 69 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!