Sat. May 14th, 2022
Views: 17
Read Time:3 Minute, 57 Second
Ketahui jika anak anda benar-benar boleh sembuh daripada asma.

Oleh Dr Norzila Mohamed Zainudin, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik
Seperti kebanyakan penyakit lain, asma diselubungi pelbagai kepercayaan karut dan tidak berasas. Ada orang berkata asma “akan hilang dengan sendiri” apabila anak-anak kita membesar, manakala ada pula yang percaya bahawa asma boleh berjangkit atau pengambilan makanan tertentu boleh menyebabkan asma bertambah buruk atau mungkin juga sebaliknya. Hanya kerana anak anda menghidap asma, tidak bermakna anda terpaksa mengenakan banyak pantang larang dan menghadkan aktivitinya. Pengurusan yang betul dan memahami keadaan boleh membantu anak anda merasa gembira dan hidup bahagia.
Mitos 1

Asma tidak serius dan kematian akibat asma jarang berlaku.

Sesungguhnya asma boleh membawa maut. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian akibat asma di seluruh dunia setiap tahun dianggarkan mencecah angka 250,000. Satu pertiga daripada kanak-kanak yang mati akibat asma disahkan tidak teruk. Satu daripada cara untuk mengenal pasti risiko kematian adalah lebih tinggi ialah apabila pesakit asma kerap menggunakan ubat sedut peleganya setiap hari, hingga memerlukan dua atau lebih ubat pelega sebulan.

Mitos 2

Kanak-kanak asma akan sembuh dengan sendiri.

Kira-kira 50% kanak-kanak yang menghidap asma menunjukkan gejala yang bertambah baik, termasuk kurang mengalami sesak dada, sesak nafas, batuk dan nafas berdehit, apabila mereka bertambah besar. Di kalangan sesetengah kanak-kanak, gejala ini mungkin hilang sama sekali meskipun kanak-kanak lain yang mengalami serangan lebih teruk selalunya akan terus menghidapi gejala asma sehingga dewasa. Namun, walaupun gejalanya hilang sama sekali, asma mungkin datang kembali apabila mereka dewasa, terutama sekali jika mereka merokok, mendapat jangkitan, atau di kalangan sesetengah orang, apabila mereka bersenam.

Mitos 3

Asma boleh disembuhkan.
Ramai ibu bapa di seluruh dunia bertukar kepada rawatan alternatif atau sokongan seperti homeopati, yoga, ayurveda, herba dan juga akupunktur sebagai percubaan untuk merawat asma. Rawatan ini hanya memberikan kelegaan jangka pendek dan tiada penyelidikan atau bukti yang menunjukkan keberkesanannya. Ubat yang terbaik adalah tetap rawatan sedutan pencegah, yang membolehkan kawalan sepenuhnya ke atas asma anda atau anak anda. Sungguhpun anda mungkin tidak mengalami banyak gejala asma, ini tidak bermakna anda sudah bebas daripada asma. Sekali anda mendapat asma, selamanya anda akan menghidap asma.

Mitos 4

Pantang makan gandum dan susu boleh melegakan asma.
Pengambilan makanan tertentu tidak menyebabkan asma, walaupun penghidap asma boleh mendapat alahan makanan di satu peringkat dalam hidup mereka. Pantang mengambil makanan seperti gandum, susu dan telur hanya membantu jika anak anda mengalami alahan apabila mengambil makanan ini. Ada kalanya pesakit asma berdehit setelah minum minuman sejuk, seperti susu sejuk, kerana mereka menyedut udara sejuk dan kering semasa minum. Udara sejuk dan kering boleh merengsa paru-paru yang hipersensitif, menyebabkan otot keliling tiub bronkus mengecut, menjadikan tiub lebih sempit dan mengakibatkan nafas berdehit, batuk atau kesukaran untuk bernafas.

Mitos 5

Anda tidak boleh bersukan atau bersenam jika menghidap asma.
Selagi anak anda mengambil ubatnya dengan tetap, tidak ada sebab dia tidak boleh bersukan dan bermain di luar. Bagaimanapun, bermain dalam persekitaran kering dan sejuk boleh memburukkan asma di kalangan sesetengah kanak-kanak, menyebabkan mereka berdehit atau sukar bernafas. Sesetengah aktiviti sukan didapati baik untuk asma, seperti berenang dan lari pecut. Larian pecut tidak memerlukan larian berterusan, dan ini membolehkan anak anda berehat antara larian.

Mitos 6

Pendedahan kepada binatang dan habuk akan menyahpekakan anda kepadanya.
Terdapat banyak faktor yang boleh mencetuskan serangan asma, antaranya debu binatang dan habuk. Pendedahan berterusan menyebabkan gejala seperti nafas berdehit, batuk dan pendek nafas, menjadi lebih teruk, bukan menyahpekakan anak anda kepadanya. Mencegah kemasukan binatang peliharaan kesayangan daripada memasuki bilik tidur dan ruang lain dalam rumah, kerap memandikannya dan juga kerap memvakum permaidani dan membersihkan perabot boleh membantu melegakan gejala ini.

Bantu si manja anda mengawal asmanya
Menghidap asma tidak bermakna si manja anda tidak boleh mengecap nikmat hidup seperti kanak-kanak normal. Dengan pengurusan dan kawalan yang betul, anak anda masih boleh melakukan perkara yang digemarinya, seperti bermain bola sepak atau badminton.
  • Ambil ubat mengawal asma secara tetap, sungguhpun anak anda tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit dan si manja merasa sihat. Pastikan ubat pelega sentiasa mudah dicapai.
  • Kenal pasti apa yang boleh mencetuskan serangan asma si manja dan elakkan pendedahan kepadanya.
  • Jaga kebersihan – basuh cadar, sarung bantal dan selimut dengan kerap, dan selalu bersihkan perabot dan permaidani.
  • Ikut jadual rawatan si manja anda untuk mengelakkan serangan asma, ia boleh menyelamatkan nyawa.
Kebanyakan kematian akibat asma boleh dielakkan dan boleh dicegah dengan kawalan yang betul. Asma adalah penyakit kronik sepanjang hayat yang tidak boleh diabaikan walaupun tiada gejala atau si manja anda rasa sihat. Fahami asma dan gejalanya, ketahui apa yang boleh mencetuskan serangan asma si manja anda dan dapatkan nasihat doktor sebelum menukar pelan rawatan.
Harap HD bukan kategori asma. Most of da time, bila dia batuk, bcoz of kahak. Harap HD xde pa pe & selamat dari segala perkara buruk. Amin
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Leave a Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!