ANAK-ANAK FLU, BATUK? ADA BAGUSNYA!

FLU, BATUK? | Semalam, 26102011, Mommy pergi ke Klinik Wangsa untuk berjumpa Dr Nadir Khan. Alhamdulillah. Sempat juga la jumpa this doc as this doc only available weekdays. Kebetulan semalam kan Deepavali.. ;p

Kalau semua dah pernah ikuti blog Mommy dan status Mommy kt FB yang selalu menyebut perihal kesihatan HD, pasti sudah maklum yang HD selalu sangat flu, batuk, demam, kahak, etc. Sampai boleh dikategorikan macam hidap asma. Tapi, asma tidak boleh dikenalpasti lagi selagi belum mencapai 3 tahun. Maka, gelaran atau jolokan untuk penyakit-penyakit tersebut ialah bronchitis & pneumonia telah diberikan.

Nak dijadikan cerita, Mommy call this clinic sebelum pergi sebab takut Doc cuti ke. Luckily, dorang inform doc ada smpai pukul 1 je. Nasib la call dulu. Heee

This is my first time jumpa Doc yang panggil sendiri patient kt luar walhal ada je cik mik molek nurse/pharmacist yg boleh panggilkan [as other clinic tu]. Wah..mesranya doc nih! Itu la yang tercatat dalam minda Mommy masa tu.

CONVERSATION
AMARAN : CONVERSATION mmg mix english bm.

So, bila tiba turn HD, Mommy dan Daddy pun masuk la.

Him : baby now age bape? lahir mn? normal atau czer? so sakit apa? berapa kali masuk hospital? n date masuk hosp? latest date masuk hospital. Hah kau.. berjabu nak menjawab. Hahahaha

Mommy pun relek je bagitau dan lihat response doc:

  • dari lahir dah masuk NICU sbb katanya ‘jangkitan kuman’ – Rensponse: Nonsense!
  • masa 2 bulan masuk hospital sbb B&P – Response: Ok..Ok..
  • tiap2 bulan kompem demam dan flu – Response: Ok.. Ok..
  • ada bulan yang masuk hospital pusrawi sbb B&P – Response: Ok.. Ok..
  • ada bulan yang masuk hospital tawakkal sbb demam, cirit birit dan rotavirus – Rensponse: Nonsense of that virus!
  • bulan puasa masuk hospital sentosa sbb demam campak dan B& P – Rensponse: Ok.. Ok..
Semua dia take note. Perasan x? Ada response nonsense?
For him, semua virus tu adalah nonsense.Mommy : Kenapa? [Muka Mommy berkerut]

Him: Virus tu takkan kena klu anak tu sakit batuk2, flu tu. Sebab, dorang keluarkan virus. Not putting the virus inside. In which it is good. Let it heal by itself and not by medicine. Why anak sakit? It’s because of UBAT! Not due batuk, etc.

Mommy: Habis tu? Takkan nak biarkan batuk berterusan, flu berterusan, bla2.. bebel2..Him: Saya taknak kasi ubat batuk untuk hentikan batuk. Saya taknak kasi ubat flu untuk hentikan flu. Why? Anak yang sakit because of ubat. Not because of that sakit. Faham x?

Mommy: Ok.. So?

Dia nampak x puas hati.. Heee.. Mommy macam cabar dia nak more explanation. Tp doc nih super sabar. Tq doc sbb finally u mmg bg i puas hati dgn ur explanation.

Him: I boleh bg u semua ubat untuk hentikan. But, do u think it will never ever happened again?

Mommy: errr..

Him: Ok.. Look. U told me yg ur HD nih ada phlegm [kahak]. Then, always flu, batuk, demam. Dari flu, membentuk kahak. Now, u want to STOP da flu in which u tak pasti samada ada hasil flu [kahak] tu keluar atau tidak.. So, lama2 dia akan berkumpul. I bleh bagi if u want to STOP that batuk. But, do U know what is the impact?

Tang nih, Mommy paling suka analogi dia:

“kahak/phlegm ni ibarat air gula dalam botol. lama2 ada yang kering dan melekat tepi botol. u ketuk x keluar, u goncang tak bunyi. u tuang, tak tumpah’. so, ur baby punya prob nih, kahak bila terlalu banyak kumpul [sbb asyik bagi ubat untuk stopkan batuk instead of keluarkan kahak], so, nanti dia akan buat ur baby tak sedap perut, sentiasa sakit all da time, tak slesa because of that kahak.”

Mommy: [silent]. [btul jugak! – dlm hati]

Him: What I always do is that, i will make sure that kahak gone 1st. So, biar dia batuk. To let that kahak keluar. So, untuk menggalakkan kahak tu keluar, biar ia cair first. Nebulizer, air berwap and suction is my way.

Mommy: Tp, bukan ke suction tu bahaya? Dan kahak tu boleh keluar via najis jugak kn?

Him: Doc smile & reply: Yes. Boleh. Tp, do u think semua keluar? Now u want it keluar or let that kahak kumpul dulu?

Mommy: Let’s start the procedure. Eheh..

**************

STEP 1
NEBULIZER (Sedut gas)

[Make Sure Anak Puasa 1/2 @ 1 Jam Sebelum Pegi Wat Nebulizer/ Atau Proses Wap/Steam Di Rumah]

HD buat nebulizer. Doc datang mencelah lagi masa nebulizer tu. Dia ambil pendekatan letak air agak banyak jadi masa lebih panjang untuk biarkan kahak keluar. Terbukti. HD sepanjang nebulizer tu asyik batuk dan finally kahak dia keluar BANYAK GILA!!Ya Allah. Patutla HD tak selesa je sebelum ni. Batuk mcm tak lepas je. Kesian sgt!!

STEP 2
SUCTION

Then, doc buat suction. Dia gunakan tiub getah suction yang SANGAT HALUS compare to other hospital yang Mommy pernah tgk. Dia gunakan untuk geli-gelikan hidung & tekak HD jer. Mmg ada hingus dan darah kua melalui tiub tersebut. But, it’s normal. Finally, HD muntah kahak gegiler!! Betul!!

Kalau tengok sekilo kahak yang keluar tu, maka sekilo lah yang ada kat dalam tu sebenarnya.

STEP 3 [LAST]
PERCUSSION (Tepuk untuk kuakan kahak)

TEPUK INI DIBUAT SELEPAS PROSEDUR NEBULIZER/WAP/STEAM SELESAI! (Selalunya kalau kat hospital, pakar fisioterapi yang akan buat percussion ni)

HD nangis2 sbb orang asing pegang dia. Tepuk2 smpai kua/leleh kahak lagi.

Punya la banyak ‘hasil’ hari nih! Hasilnya, HD senyum sepanjang hari. Selesa gamaknya. Hidung x berair lagi..

Now, Mommy fikir, ada bagusnya dia batuk n flu. Jgn galakkan dengan ubat sangat. Gunakan saja cara wap yang free of charge dan tepuk untuk kuakan kahak tu. I’Allah. Kahak tu xkan ganggu paru2 kita lagi lepas tu. Like org dewasa, dah pandai kuakan kahak. Ini baby, mana la dorg reti. Kitalah yang dewasa gunakan cara tersebut.

**************
UPDATE TERBARU: 30/10/2011Mommy pegi lagi sekali. Ramai sgt orang. Pergh. So far, kahak kua lg. Lps tu, HD tdo hampir 3 jam/lebih. Selesa gamaknya. Lega sgt.. Btw, Mommy imbas kembali sejak HD masuk ward dr dia umur 2 bln, wpon nebulizer dibuat, xpernah dorg ajar tepuk tu. Dorg cuma bgtau, nt dia batuk dan kahak akan keluar. Klu x melalui muntah, hnya melalui najis. But this time, br la Mommy tgk ada efek kahak tu btul2 kua. Caranya, air dlm nebulizer tu diletak banyak dr biasa. So, lg lama, lagi galak lah HD batuk. Then, baru muntah.

************
ALTERNATIF SELAIN NEBULIZER[STEP 1]

Selain nebulizer, doc suh gunakan procedure air berwap jugak. Sediakan air panas/suam. Tiarapkan baby atas peha kita [melintang]. Then tgn dia kena ltk bawah badannya so x gerak2. Then bia dia hidu wap air panas yang kita prepare [letak kt bawah, muka menghala ke wap tersebut untuk bolehkan dia hidu]. Make sure jangan bagi minum susu 2 jam before ye. Lapa sgt, kasi mnum air jap. hehehe

STEAM & PERCUSSION di rumah:

1. STEAM : Pastikan bayi dalam posisi meniarap atas peha kita [juga boleh letak atas bantal (di bawah perut), pastikan bantal itu tidak terlalu tebal]. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus. DIINGATKAN, INI ADALAH PROSES SEPERTI NEBULIZER jugak.. Cuma kadar yang x sekuat nebulizer ofkos! Steam smpai wap abeh -tamat. atau 10-20 mins. whichever earlier!

kasi dia hidu wap tersebut.

2. PERCUSSION : Setelah tamat wap tersebut [hingus leleh gilerrrr], STEP LAST pulak! TEPUK!!! Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di TEPI belakang bayi. JANGAN TEPUK TULANG BELAKANG ATAU TENGAH2 BELAKANG!

3. Caranya, tiarap kan baby, tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.

4. Kemudian, tepuk sebelah atas pula. Baringkan baby & tepuk kiri kanan atas. JANGAN TEPUK TENGAH2 DADA.

opss. HD nak pegi kt Daddy dia. tu pasal cmnih. klu x nmpk muka Daddy, ok jer

5. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

VIDEO UNTUK LAST STEP : PERCUSSION / TEPUK FLU, BATUK

**************
ALAMAT KLINIK

  • Kalau nak ke KLINIK WANGSA, ini alamatnya..
  • No. 23, Jalan 2A/27A, Seksyen 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur [bdekatan Jusco Wangsa Maju – belakang LHDN tu] Call dulu untuk tanya doc Nadir Khan ada ke tak. Tel: 03-4142 1614
  • [REMEMBER: BETTER CALL FIRST UNTUK PASTIKAN DOKTOR BERTUGAS HARI TU]

**************
ALTERNATIF SELAIN GUNA BEKAS AIR / BALDI

  • Buka heater dlm bilik air, pasang air panas, biar bilik berwap, masuk kan dia dalam tuh dalam 10 minit, nanti terus hilang hingus [sumbangan idea dari puan Nick Andika]. kemudian, teknik tepuk macam biasa ye Mommy suma!!
  • [cara guna water heater kt umah – masuk toilet, buka kuat2 & paling panas, biar je mengalir dlm bilik air & then anda kua. pstu agak2 wap dh gegiler bnyk. anda masuk toilet smula, ttup paip. pstu anda kua balik, anda amek baby, bia dia dlm kelemasan wap tu selama 10-15 mnt [kita mandi wap sekali la]. bwk towel kecik untuk lap idung dia.sbb flu kompem kua.dia nangis xpe..sbb wap tu akan masuk dlm rongga trus. pstu anda kua dr toilet, peluk dia secara dia berdiri [atau cm prosedur kt atas], then mula tepuk sisi badan dia kot2 kahak kua. [percussion] -Mommy-

**************
PRODUCT UNTUK FLU, BATUK

1. NASAL ASPIRATOR BRAND PIGEON

Untuk sedut hingus di rumah

2. JERSLIN OIL

Baca cara guna di sini [KLIK]

**************
UPDATE TERBARU: 21/11/2013

STERILIZER
2 hari lepas, Mommy terbaca status kak Noorharizah mengenai steaming menggunakan sterilizer. Laaaaaaa.. Mommy kan ada Sterilizer Little Bean. Beli dari zaman Hannah Damia lahir lagi untuk steril semua botol2 dia.. Oh ya.. Lagi satu, steamer & blender Little Bean untuk steam makanan2 AE pun boleh. Miahahahaha

Jom steam!! Buang segala leleh n kahak n gatal2 tekak adik tu.. cian dia.. batuk cam tak puas je. Baru 2 hari gini. Disertakan sekali demam..

Nih rupa Little Bean Sterilizer & Little Bean Steamer yang Mommy ada. (punya la x terpk. dok pakai baldi ja.. haish) FLU, BATUK

Little Bean Sterilizer/Tukang Steril Botol2

**************
UPDATE TERBARU: 19/08/2014 Selain Jerslin Oil, Mommy cuba PATI BATOOK ORI pula. Boleh baca details di sini (klik) FLU, BATUK

Jika anda rasa info nih berguna, SHARE lah..AND PLEASE CREDIT to this blog.. ;p

0 Replies to “ANAK-ANAK FLU, BATUK? ADA BAGUSNYA!”

  1. juz nk share….huhu…sye ad baby umur 3 bln….skrng bf+annum….baby dpt batuk da dkt seminggu….refer hospital n klinik ckp okey…xdk masalah….kalau batuk smpai biru muke…mmg sngt takut bile jd cm tu…mlm xtdo sbb takut…nk mntk pandangan,adakah ianya sbb susu annum tu?susu bley wt kn baby batuk berkahak yg teruk ea?

  2. X mustahil susu tu pnyebab. Boleh guns kaedah di atas utk merawat. Sy pnh tls psl susu di sini.. http://www.shehanzstudio.com/2011/12/product-for-baby-susu-puting-alasan.html?m=1

  3. Bb sya pn minum anmum n kerap btuk berkahak…2x msuk wad psal btuk ni…skrg cuba ssu kmbing n ubt homeopathy…sya ada jgk buat teknik wap n fisio tp xberkesan untuk bb sya…mgkin teknik x btl..

Leave a Reply

CommentLuv badge