Menu
Menu
banner KBBA9

Naracards Seoul Set

ANAK PELAKON SAFURA MENINGGAL KERANA DEMAM?

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Berat dugaanmu wahai ibu. Buat Puan Safura, tabahlah. Allah menyayangi anakmu. Punca kematian anak pelakon Safura, berumur 3 tahun kerana demam berpanjangan [3 hari]. Suhu x turun. Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Mommy takut sangat. Sebab tu Mommy x pernah leka kalau HD demam. Ya Allah! Berdebar Mommy. Sebab pagi ni mmg HD tengah demam. Kerap bukan? Tp, Mommy nampak mcm gigi bawahnya nak tumbuh lagi. Mungkin sbb itu kot.
Menurut paper Metro hr ini
KENANGAN…Safura bersama suami, Sharonizam Noor serta anak-anak, Allahyarham Nur Aisyah Mariam (dua kiri) dan Yusoff Firdaus menjayakan satu program televisyen sempena Aidilfitri Ogos lalu. Foto: Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.
Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.
“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.
“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.
“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.
“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.
Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.
Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.
Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.
MOMMY: Ya Allah. Mommy sgt2 takut. Lindungilah anakku Hannah Damia, Ya Allah. Buat ibu2 sekalian, kalau anak2 anda demam, terasa suhunya tinggi, pertama sekali, anda perlu jeramkan kepalanya. Asal kering jer, jeram lg. Better guna air asam jawa. [Memang Mommy x tdo mlm klu suhu HD tinggi]. Letak kain lembap bawah kedua2 ketiak. Banyakkan minum air suam. Masih demam, hari ke 3, PERLU ke hospital utk amek darah. Nak check Denggi atau yang lain. Masih demam, masukkan ubat bontot [Voren]. Masih demam, sila wardedkan anak anda. Takut dia dehydrate. Please take care of ur child. I also love ur child like i love my only HD.

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!