PELUANG REBUT SEJUTA KERJA KOSONG!

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.“Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin),” katanya dalam kenyataan di sini semalam. [kosmo]

Mommy: Leh try nasib ler..

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.