MARI LOMPAT TERKINJA2 LEPAS TENGOK SONY NEX-C3

Ia lebih ringan daripada Sony Nex-3 yang pasti.. Aduhhhh
Terujaaaaaa Mommy
KAMERA terbaru Sony model NEX-C3 merupakan kamera digital boleh ubah lensa paling kecil dan ringan di dunia yang berada dalam kelasnya tersendiri.
Ditawarkan dalam pelbagai pilihan warna, kamera NEX-C3 tampil dengan rekaan bentuk badan yang lebih baru dan interaktif.
Ia juga menggabungkan sarung atas kamera dengan logam bersama reka bentuk cengkaman bergaris yang memudahkan penggunaan.
Dengan mengurangkan saiz litar utama, pengurangan berat kamera itu sehingga 225 gram iaitu hampir enam peratus lebih ringan daripada NEX-3.
Kualiti imej, fungsi dan keupayaan NEX-C3 turut mengatasi model NEX-3.
Resolusi sensor Exmor APS HD CMOS yang lebih besar melonjakkan lagi rakaman imej 16.2 kali lebih jelas dan efektif.
Rakaman imej statik dan video 720p HD dengan tahap kecerahan yang menakjubkan.
Sama ada anda merakamkan imej video HD atau foto walaupun anda tidak biasa dengan teknik fotografi seperti seorang pakar, kamera NEX-C3 meletakkan kawalan imej yang canggih dengan capaian yang mudah.
Intuitif antara muka foto kreatif yang baru menggantikan terma teknikal seperti bukaan cahaya, tahap pendedahan dan imbangan putih dengan lebih mesra.
Tidak perlu lagi untuk terjebak dalam menu pilihan yang mengelirukan atau tercari-cari kesan efek imej ke atas imej pilihan anda.
Dengan hanya menukarkan roda kawalan di belakang kamera dan dengan segera anda dapat melihat kesan tetapan yang ditayangkan di atas skrin.
Tanpa berasa bimbang bagi mengedit imej selepas ini, satu kesan tetapan gambar baru di dalam kamera ini memberi pengguna kesan yang lebih baik dalam merakamkan imej foto atau video HD.
Beberapa ‘kesan gambar’ termasuk kesan warna partial, foto retro, warna pop, high contrast monochrome, posterisation, high-key dan toy camera.
Selain itu terdapat juga tetapan gambar soft skin yang mampu mengubah kesan kedut dan kecacatan daripada imej potret.
Ciri-ciri Xtra Fine LCD berukuran 7.5 sentimeter dengan kesan kontras yang tinggi menggunakan skrin teknologi trublack untuk imej yang kaya dengan kontras.
Ia merupakan cara yang mudah untuk mengambil gambar dan menghakimi kesan daripada mengubah tetapan gambar walaupun anda memaparkan imej kawasan luar dalam cahaya matahari yang terang.
Paparan imej 3D Sweep Panorama merakamkan gambar-gambar yang lebih luas dalam bentuk 3D untuk kepuasan yang lebih baik pada TV 3D anda.
Dalam satu bingkai rakaman sistem automatik HDR mampu melakukan tiga rakaman imej dalam satu pendedahan bagi merakam imej berbayang yang keterlaluan dan perincian yang lebih jelas.
Selain itu, handheld twilight dan mod antikabur yang secara automatik menggabungkan enam pendedahan untuk mengambil imej yang lebih lembut dan jelas sekali gus, menghalang imej kabur apabila anda merakam dalam pencahayaan yang kurang.
Kamera NEX-C3 mampu berfungsi lebih lasak untuk merakam lebih banyak imej yang menakjubkan dan video HD ketika mengecas bateri.
Meningkatkan efisiensi tenaga menggalakkan stamina bateri ke satu jumlah rakaman sebanyak 400 rakaman setiap caj iaitu 20 peratus lebih daripada NEX-5/NEX-3
Ia dijual dari harga RM2,199 hingga RM2,699. [Mommy: oh no.. harga sama mcm Nex 3 jer..huhu]
mommy:
Dah usha GF2 Panasonic, namun Sony Nex3 lebih mengancam dgn double lensenya. Tapi, yang ini? Sony Nex C3.. Arghhhhh.. Lagi mengancam jiwa raga!
Nikon D60? Masih ada. Jarang dh guna sbb dok syok snap ngan Galaxy Ace jer. Hahaha..
Sian DSLR ku itu..

Leave a Reply

CommentLuv badge