Naracards Korea-Seoul Set

DIDAKWA TERAP AJARAN KRISTIAN

KUALA LUMPUR 17 Ogos – Sepasukan pegawai dari Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur dipercayai mengunjungi sebuah sekolah di Jalan Kuchai Lama di sini, hari ini, untuk mengambil keterangan seorang murid tahun satu berhubung dakwaan murid itu cuba dipengaruhi dengan ajaran Kristian.
Pasukan dari Bahagian Sektor Pendidikan Islam itu difahamkan hadir pukul 8.30 pagi sebelum dilihat keluar dari sekolah tersebut kira-kira empat jam selepas itu.
Menurut sumber, pegawai berkenaan telah menemu bual seorang murid yang turut dihadiri ibu nya serta seorang guru sekolah itu.
Sementara itu, guru besar sekolah tersebut ketika ditemui hari ini mengesahkan pertemuan antara murid dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Kuala Lumpur itu, namun enggan mengulas lanjut.
Ruangan Cuit di dalam Utusan Malaysia oleh Zaini Hassan hari ini mendedahkan dakwaan seorang guru sekolah berbangsa India yang memberitahu, terdapat murid tahun satu dan enam sekolahnya mampu menyanyikan dengan bersemangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.
Lagu dinyanyikan adalah ‘Yes, I know Jesus loves me’ dan lagu ‘Hari Ini Ku Rasa Bahagia’ yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib, selain boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib.
Difahamkan, para murid diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar di kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu.

SUMBER: UTUSAN
Mommy: haiyoo.. jgn bz bodi dgn agama org lain boleh x?

Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!