banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

KELAHIRAN INDUCED

Kebanyakkan dari wanita akan melahirkan secara semula jadi, tetapi segelintir daripanya mungkin memerlukan sedikit pertolongan. Mungkin disebabkan oleh lebih jangka lahir atau mengalami masalah perubatan yang memerlukan mereka melahirkan awal dari yang dijangka. Walau apapun sebabnya, sekiranya anda perlu menjalani ‘induced’ soalan yang kerap ditanya ialah, adakah ia menyakitkan? Apakah yang membezakannya dari kelahiran normal? Apa yang akan digunakan untuk ‘induced labour’ ini?


Kenapa perlu Induced?

Ia dilakukan sekiranya doktor mendapati bayi akan lebih selamat berada diluar rahim daripada didalam rahim.
Sebab yang paling utama untuk induce ialah apabila kelahiran sudah melebihi dari jangkaan.
Sebab lain pula termasuk darah tinggi, bayi yang terbantut tumbesaran, pendarahan faraj yang tidak diketahui punca, kencing manis dan pecah air ketuban.


Bagaimana untuk memulakan kontraksi?

Hormon yang menyebabkan rahim mengecut semasa kelahiran dipanggil oxytocin. Ia dihasilkan didalam kelenjar pada bahagian otak dan dikeluarkan kedalam darah melalui kelenjar pituitari. Bagaimana badan memulakan kontraksi rahim masih menjadi tanda-tanya walaupun setelah penyelidikan selama bertahun- tahun. Kita tahu yang banyak hormon yang terlibat dalam proses bersalin tetapi penyebab yang memulakan pengecutan rahim masih menjadi misteri.

Ubat oxytocin sudahpun dapat dihasilkan dimakmal dan tetapi ia hanya dapat diberikan secara intravena. Kepekatan oxytocin dengan mudah dapat dikawal dengan mengunakan alat kawalan atau pam intravena.


SUMBER: SINI

Mommy:
Baby Hannah Damia dilahirkan melalui cara induce. Memang menyakitkan. Tidak dinafikan. Sebab, kita sakit bukan secara semulajadi, tp secara paksaan. Faham kan? Mengikut doktor in duty waktu proses ‘pengorekan a.k.a gali lubang berlaku’, ubat yang digunakan ialah Prostin Gel. [soklan ini ditanya Mommy demi menahan kesakitan ketika itu – mcm nk larikan fikiran sakit waktu itu – salah satu perkara positif utk anda cuba]. Tapi, x smua org cepat bersalin lepas diinduce. Masa Mommy, agak cepat gak la. Petang dh sakit. Ada sorg wanita waktu tu, dia kena induce 3x, masih x tbuka jalan.. Rezeki masing2. Banyak2kan berdoa. Banyak2kan berjalan..

(Visited 58 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

error: Content is protected !!