KERJA KERAJAAN.. SPA BERUBAH!

Kaedah pengambilan yang dijalankan SPA telah berubah. Dahulu, calon yang layak akan terus dipanggil temuduga. Kini dah berubah secara beransur-ansur….

Proses saringan dilakukan oleh SPA seperti di bawah:

1. Tapisan Awal
– calon yang mendaftar online ditapis samada penuhi syarat atau tidak.

2. Peperiksaan
– calon dinilai pengetahuan am, pengetahuan bidang, kemahiran bahasa dll. Ujian SAHSIAH
dan MINAT juga diadakan.

3. Penilaian Kompetensi
– Sesi ini bertujuan mengukur kompetensi calon dari aspek Attitude-Skill-Knowledge (ASK) dengan tugas dan jawatan yang dipohon.

4. Temuduga
Uji kesesuaian dan perwatakan calon.

Ini bermula dengan pengambilan jawatan pengurusan dan professional – Gred 41. Mereka akan lalui 4 peringkat penilaian ini. Ianya dilakukan secara berperingkat bagi semua jawatan Gred 41.

Dan bermula 2012, ianya akan digunapakai dalam pengambilan jawatan sokongan iaitu gred 29 ke bawah.


CREDIT: KERJA-KERAJAAN.COM

Leave a Reply

CommentLuv badge