TUMPANG GEMBIRA. MEREKA MAKIN HEBAT

pertandingan blog seo mham

Makin hebat rakan-rakan KBBA umumnya dan rakan seguru SEO khasnya, apabila berjaya buat kali kedua dalam contest blog SEO. 2 kali juga Mommy menyertai tapi nasib tidak menyebelahi Mommy. Tiada rezeki.

Tahniah buat Shiqeen Sattar & Saidila yang menang berturut-turut dalam contest blog SEO anjuran MHAM.

1. Shiqeen Sattar

contest blog seo

Kegigihan seorang wanita yang bernama SS ni, takde sape boleh sangkal. Ni manusia paling gigih Mommy pernah jumpa. Dia punya level yakin dan positifnya tu, buat Mommy kadang2 emosi juga, tapi terus join positif sekali. Selalu juga la jadi macam tu. Haha.

Kali pertama join contest blog SEO, dah berjaya merangkul tempat ke 3. Kali kedua join, juara terus. Apa rahsia dia? Haaa.. kena join kelas SEO cikgu hafiz & cikgu Sohoque la. Kak SS ni dulunya concern juga perihal Unique Visitorsnya. Tapi, Mommy yakin, dengan kegigihan update setiap hari, plus seo yang makin mantap, tak payah risau sangat la pasal UV. Sure naik. Haaa tengok sekarang.. Memang naik. Betul cakap saya kan??

Selalu gaduh jugak dengan kakak sorang ni. Kena marah pun selalu. Tapi Mommy anggap dia memang macam kakak yang marah adik je. Tapi, kalau dia anggap Mommy macam OKT, siap kau! Eh dalam ni pun nak gaduh. Haha.. Tak lokek nak membantu walau banyak soal siasat. Haih.. kalau dah nama polis kan?

Dalam terlajak sibuk dengan kerja dan komitmen-komitmen lain, dia yang seorang manusia gigih tu, masih mampu libatkan diri sebagai Agen Prudential. Tetiba kan.. jenuh la lepas ni asyik dengar dia bebel pasal insuran. Macam hari tu.. baru tanya khabar, dah cite bab insuran dah. Hahahaaaha.. Larikkkkk. Apa pun.. moga terus berjaya kak SS.

2. Saidila.com

contest blog seo

Ok. Ini kaklong kawasan. Kau salah, siap dia terajang kau. Alaaaa.. cakap je. Buat nye tak. Kakak ni sopan je. Mana ada gangster sangat pun. Kan? Kan?

Dia punya down tu.. ya rabbi. Tak larat marah!! Dulunya concern sangat bab UV rendah, pastu suka sangat rendahkan diri yang tak rendah tu. Mommy tahu.. dia nak kata2 semangat je. Dan nah.. dia berjaya buktikan yang dia mampu capai UV tinggi dalam masa setahun ni, dan kadang2 mengalahkan Mommy. Kagum! Mommy kagum sangat! Tak sia2 Mommy marah. Hahaha. 2 kali plak tu menang contest blog SEO. Saguhati dan baru-baru ni naib Juara. Mana cikgu2 tak bangga kan?

Kelebihan kaklong ni, dia punya segala cerita dalam blognya tu, memang sedap dan layan. Tambah-tambah kisah lamanya sebagai anak yatim dan pernah sakit dulu. Sedih wooo. Bengkak mata.

Kaklong ni pun seorang manusia yang gigih juga. Macam2 perniagaan yang dia buat. Memang tak reti duduk diam. Demi kelansungan hidup. Alasan penat tu duniawi sahaja katanya.. Dia juga salah seorang owner Dilaila Food yang pasarkan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai tu. Nak beli, whatsapp Mommy ye. Klik je >> www.wasap.my/60123498262. Gitu..

Moga maju jaya kakak-kakakku. Banyak sangat yang saya belajar dari kalian berdua. Dah anggap macam kakak betul dah. Maafkan saya andai ada salah dan silap. Teruskan usaha gigih kalian.. Mommy maintain belakang tabir je.. Hehe..

Idea spontan pepagi je ni. Bye.

16 Replies to “TUMPANG GEMBIRA. MEREKA MAKIN HEBAT”

  1. Hahaha… 2 orang yang punya sifat berbeza tapi berkongsi satu sifat yang sama iaitu gigih
    sohoque recently posted…kecoh blog wordpress kena hacked hari ni…!!!My Profile

    1. hahaha kan? kegigihan yang kita cuba folo jgk. Inshaa Allah.

  2. Memang terbaiklah. Naik respest saya 100% pada dua orang sahabat blogger saya yang jadi guru mereka. Semua yang menang adalah mereka yang pernah menang kontest SEO sebelum ni.
    Hasrul Hassan recently posted…5 Halangan Menjadi Blogger DikenaliMy Profile

    1. hehe.. berbangga sekali sbb sy pn anak murid guru2 tu. heee. alhamdulillah

  3. Tahniah sekali lg buat mereka.

    Bergurukan org hebat pasti jadi hebat. Apatahlagi, dikelilingi org2 hebat. 🙂
    Elih Japahar recently posted…Kerja Dari Rumah Dengan iLanceeMy Profile

    1. Alhmdlh. Inshaa Allah..

  4. Tumpang bangga! Sapa tak bangga weyy…
    Depa ni hebat..!!
    Tempias hebat depa pun sipi² laaa kena kat kita gak.. dapat lah saguhati. Jadi laa
    TQ to shehan gak.. (assistant cikgu yg banyak bagi tunjuk ajar. )
    Nina Mirza recently posted…Pengat Pisang simple vs celoteh dari lubuk hati paling dalamMy Profile

    1. Hahaha.. small matter kak.. tlg pe yg ptt je.

  5. Tahniah diucapkan kepada Shiqeen Sattar dan Saidila.com..
    Memang hebat kalian dalam SEO.. Boleh menang tempat pertama tu..
    Cuma saya tak jelas keyword yang dipertandingkan dalam Contest SEO ni..
    Anuar recently posted…Kos FBAds RM3.00 Per Engagement? Ini Penyelesaiannya.My Profile

    1. penyakit kulit ekzema
      ekzema pada bayi
      cara merawat ekzema dan psoriasis

      3 keyword utama

  6. Syok baca entri Shehan ni. Mmg respek depa dua. Sorang tough sbb dia kak long yg dah lalui mcm mcm kisah masa kecik,, lg sorang polis tough. Dua dua wanita besi ni!
    Mama Kembar Tiga recently posted…Cuba Bawal Shawl Plak…My Profile

  7. Wahhh terharunya SS ada org tulis pasal SS. Alhamdullillah Shehan pun byk bantu SS dan bg tips. Salah seorang yang SS kagum dlm dunia blog… Shehan pun hebat! Maklumlah guru yg sama…

    1. Hehehe.. guru kita power. Mmg ramai usha depa la ni..

  8. Terharu pulak ada orang tulis pasal kita , maklumlah kann sapalah kita ( ehh termerendah diri pulak )

    Yb ni betul-betul buat kaji selidik sebelum tulis . Selain belajar dengan 2 cikgu SEO yg hebat , akak juga banyak belajar jugak dari YB sebenarnya . Banyak dapat bantuan teknikal pasal blog pun dari YB . Nak bagi faham sesuatu makna betul2 pun YB yg banyak guide .

    Sekalipun bukan rezeki YB dalam contest , sebenarnya ada sumbangan lain yang lebih besar YB ada buat dalam tak sedar . Dan itu biar Allah sahaja yang membalasnya .

    terima kasih YB…..semenyih

    ehehehe
    saidila recently posted…Kenapa Aku Pilih TYZARA ?My Profile

    1. hahahahahha.. tajuk entri ke tu. Ala. small matter kak. mana yg saya tahu, saya tolong

  9. smuanya hebat2 belaka…mostly yg mng wp…sbab wp mdh diindeks di google…but ayat mereka dpt menarik hati google…tahniah yg mng!

Leave a Reply

CommentLuv badge