10 CARA UNTUK HAPPY

Kecewa bukan bermaksud kita tak boleh Happy. Pernah dengar lagu Happy? Ala.. Jomblo Happy! Ok takde kaitan.

10 cara untuk happy (2)

Mommy runsing sangat-sangat sepanjang bulan 1 ni. Banyak benda kena fikir, bab nak masuk rumah baru la, bab Ariq ni la. Memang pening sangat.

Ada banyak cara untuk buat kita happy. Jom Mommy kongsi 10 cara untuk Happy!

CARA UNTUK HAPPY!

1. Jalan sambil hayunkan tangan tinggi-tinggi

Menurut kajian, jalan sambil hayunkan tangan tinggi-tinggi ni akan buatkan diri rasa positif. Walaupun perasaan tak happy tu masih ada, semangat positif itu akan membantu juga untuk rasa happy akhirnya.

2. Senyumlah

Dengan senyuman, sedikit sebanyak ia akan menaikkan semangat untuk rasa happy! Cuba naikkan sedikit hujung bibir korang tu, haaaa.. kan dah senyum!

3. Cari kawan baru

Habiskan masa dengan orang yang ambil berat pasal kita pun, merupakan satu cara yang bagus untuk buat kita happy. Rasa bertuah tau ada kawan yang ambil berat, faham perasaan kita kalau ada masalah, cuba bagi kita gelak walaupun dalam hati menangis. Carilah kawan baru, tak kira sama ada di gym ke, mall ke, mana-mana sahaja. Macam Mommy, kadang-kadang ada blogger meet up tu, itu dah cukup membahagiakan Mommy. Boleh tambah kenalan baru.

4. Volunteer

Ada sesetengah orang, menjadi volunteer dalam apa-apa program memang membantu hati untuk jadi lebih happy. Cari jalan untuk libatkan diri dalam apa-apa program komuniti, atau membantu rakan yang memerlukan pertolongan. Ia mungkin membantu diri kita juga untuk lebih happy.

5. Bersyukur

Bersyukurlah. Tulis setiap kebaikan yang kita dapat untuk naikkan lagi semangat kita.

6. Forgive & Forget

Masih menyimpan dendam? Yaaaaaaaaaaaa. Kan? Nak happy, senang je. Cuma let it go! Melepaskan rasa dendam sedikit sebanyak akan hilangkan rasa negatif dalam diri dan akan beri kita ruang ketenangan.

7. Muzik

Muzik boleh beri kesan mendalam ke atas emosi kita. Pilih lagu kegemaran korang dan korang boleh rasa good vibe dari situ. Cubalah..

8. Cukup tidur

Cukup tidur akan buat kita kekal dalam mood yang baik. Jadi, dapatkan tidur yang cukup sebelum anda meroyan dek mengantuk. Hehe.

9. Cari ‘positive’ people

Dikelilingi kawan-kawan yang positif sedikit sebanyak membantu menaikkan semangat diri. Macam Mommy.. sokongan kata semangat positif dari suami paling penting. Down je, cari dia. Mesti dia bagi kata-kata positif yang pada mulanya Mommy langsung tak fikir. Tq Daddy.

10. Percutian singkat

Masa otak tengah stress, elok sangat kalau kita rancang percutian singkat. Macam Mommy baru-baru ini, buat kali ke 2 Mommy pergi mandi manda di Bangi Wonderland. Best woo. Sebab tu repeat! Hilang stress!

10 cara untuk happy (2)

Memang release sangat otak masa tu. Jadi, nak happy, aturkan percutian walaupun dekat. Takpe kalau tak pergi Korea pun (motif?? hihi). Dalam Malaysia pun ok.

Jom happy-happy selalu..

Kemain menari.. Jom relax otak!! #ariqemir #kbba9 #shehanzstudiodotcom

A video posted by YB Shehan (@myapilot) on

#pujukhati

3 Replies to “10 CARA UNTUK HAPPY”

  1. Assalamualaikum. Banyakkan memberi pun akan buatkan kita happy
    .
    Tak kiralah beri masa ke, senyuman ke, perhatian ke.
    Mazni Azmi recently posted…7 Khasiat Tembikai Merah Untuk Ibu Mengandung & Seisi KeluargaMy Profile

  2. Ada lagi satu cara nak happy. Makan. Hee
    Chef Bulat recently posted…Resepi Ayam Madu BBQMy Profile

    1. ARGHHHHHHHH.. BETUL SANGAT! HAHAHA

Leave a Reply

CommentLuv badge