INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM : TRAVEL PACK COSMODERM

CHECKLIST KE KOREA KETIKA MUSIM SEJUK

Setiap kali travel, antara item penting yang wajib masuk dalam senarai ialah set penjagaan diri seperti losyen, pelembap, ubatan seperti minyak angin. Dan Mommy selalu hadapi masalah memikir nak beli brand apa, jenis mana dan setiap kali nak travel, mesti kena fikir semua tu semula. Susah betul. Haha..

TRAVEL PACK COSMODERM

Dan terbaru, Mommy nak travel ke tempat sejuk. Betul-betul sejuk tau sebab sekarang memang tengah winter, iaitu ke Korea. Jadi, Mommy memang perlukan item seperti pelembap (vitamin E), losyen dan ubatan seperti minyak angin yang bagus untuk elak Mommy suffer sakit otot dan kesejukan yang amat. Kiranya, kalau Mommy nak guna, semua ni dah lengkap dalam 1 set lah.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM : SET UMRAH HAJI COSMODERM

Dan sekali lagi, Cosmoderm berjaya pikat hati Mommy, ia mudahkan kita sebagai pengguna untuk tak fikir panjang dengan menyediakan set lengkap, comel, harga best dan yang paling penting natural, halal dan selamat. Mommy pilih set Travel Pack ini untuk perjalanan Mommy kali ni.

Apa yang ada dalam set ni ya?

travel-pack-cosmoderm-set-umrah-haji-cosmoderm
Lokasi: Del Pino Hotel & Resort, Mt Soerak

1. VITAMIN E CREAM 3,000 I.U

  • Penyelamat kulit daripada kering, diperkaya dengan minyak Vitamin E, Minyak Rosehip dan Minyak Zaitun
  • Melindungi kulit dan menghalang kekeringan melampau yang boleh menyebabkan kulit mengelupas
  • Membantu mengurangkan garis halus, kedutan, parut dan kulit kusam

Pengalaman Mommy : Mommy amalkan setiap pagi dan malam sepanjang 5 hari Mommy di Korea untuk selamatkan kulit Mommy dari kering. Bawah hidung Mommy hampir luka sebab hari-hari Mommy kesejukan dengan cuaca sejuk di bumi Korea tu. Maunya tak, suhu negatif, memang leleh memanjang. Memandangkan Mommy sentiasa carry bersama dalam backpack Mommy. Sapu je kalau rasa kulit Mommy dah mula kering. Easy!

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM TRAVEL PACK COSMODERM

2. TEA TREE OIL MAGIC BODY LOTION

  • Meredakan iritasi atau kegatalan kulit secara efektif, mempunyai kandungan Minyak Tea Tree, Chamomile dan Lidah Buaya
  • Membantu meredakan iritasi dan selar matahari pada kulit, serta mengelakkan kulit melecet
  • Penghalau nyamuk, serangga dan pepijat katil

Pengalaman Mommy : Mommy suffer kegatalan sebab legging Uniqlo Mommy tu. Mungkin kurang sesuai dengan kulit sensitif Mommy. Setiap pagi, Mommy akan sapu seluruh badan dan kaki terutamanya dengan TTO Magic Body Lotion ni. Alhamdulillah serasi.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM TRAVEL PACK COSMODERM

3. ADVANCE MOISTURE THERAPY CREAM

  • Penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering, diperkaya dengan Minyak Zaitun, Lidah Buaya dan Vitamin E
  • Membantu memulihkan tumit merekah dengan efektif dan mengurangkan kesakitan akibat kulit merekah
  • Mudah diserap, melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras tanpa meninggalkan kesan berminyak

Pengalaman Mommy : Percutian adalah masa yang sangat bagus untuk kita rasa lebih sihat. Kenapa? Sebab banyak berjalan kaki. Memang sihat betul tau. Percutian Mommy di Korea memang memaksa diri Mommy berjalan lebih banyak dari biasa, siap perlu panjat naik bukit lagi tau.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM TRAVEL PACK COSMODERM
Lokasi : Namsan Seoul Tower

Selain lenguh, tapak kaki pun boleh jadi merekah kalau terlalu banyak berjalan. Untuk mengelak semua tu berlaku, sebelum tidur Mommy amalkan sapu Advance Moisture Therapy Cream di tumit kaki Mommy. Tak melekit ataupun berminyak. Best!

4. DEEP HEAT LOTION

  • Kombinasi Minyak Tradisional untuk Pemulihan Dalam Bentuk Losyen
  • Rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot-otot yang lenguh
  • Losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan – tidak berminyak atau melekit.
  • Membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat

Pengalaman Mommy : Deep Heat Lotion diberi percuma jika kalian dapatkan Travel Pack Cosmoderm ni. Percayalah, Deep Heat Lotion ini sangat berguna dan setiap rumah patut ada sekurang-kurangnya 1. Memandangkan Mommy banyak berjalan, panjat sana sini, bila malam menjelang, baru terasa sedikit sengal-sengal lenguh di kaki. Jadi, sebelum tidur Mommy sapu Deep Heat Lotion ini. Macam magis, terus hilang rasa lenguh tu. Esoknya dah takde rasa lebam-lebam sengal di kaki. Fuh. Membantu betul.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM TRAVEL PACK COSMODERM
Lokasi : Everland Theme Park, Seoul

KELEBIHAN TRAVEL PACK COSMODERM

Mommy sarankan kalian dapatkan travel pack Cosmoderm ini jika nak bercuti. Set ini juga sesuai untuk jemaah Umrah & Haji tau. Antara kelebihan travel pack ini:

  • Disahkan Halal
  • Bebas haruman
  • Bebas Paraben
  • Ringan dan senang dibawa
  • Boleh digunakan ketika dalam Ihram
  • Efektif dan pelbagai fungsi

HARGA

1 set Travel Pack ialah RM57.13 (termasuk GST), yang boleh beli secara online ataupun di farmasi-farmasi terdekat.

INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM!

Selamat bercuti.

12 Replies to “INGAT TRAVEL, INGAT COSMODERM : TRAVEL PACK COSMODERM”

  1. cosmoderm mmg terbaik
    shiqeen sattar recently posted…Adegan Merempit di FIM Asia Supermoto Championship 2016My Profile

    1. Alhamdulillah serasi..

  2. Akak pun bila selsema cepat cepat sapu Vitamin E tu, elak kulit mengelupas. Yang Deep Heat Lotion tu pun besttt sangat!
    Mama Kembar 3 recently posted…Minyak Wangi Murah di Kenanga Wholesale CityMy Profile

    1. Btul sgt kak. Hidung sy mengelupas tp cpt hilang sbb sapu vit e tu..

  3. semua produk cosmoderm memang bagus. nanti kalau travel nak belilah travel pack ni, senang nak bwk!

    1. Yup. Senangkan kita masa travel

  4. Berkenan tgk travel pack tu, comey je. Harga pun mampu milik 🙂

    1. Kan. Mmg mampu milik

  5. Tunggu travel bila jenis mcm ni..hehehe

    1. X travel jauh2 pn ok tau.. biar ada kt rumah.

  6. wah kena dapatkan jugak ni.. terima kasih shehan..
    yanieyusuf recently posted…FIM Asia Supermoto Championship 2016 Akhir Di MalaysiaMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.