MUSIM KHATAN! APA ITU PHIMOSIS @ BURUNG ANAK BUTA

BURUNG ANAK BUTA? | Hepp.. ini bukan lucah tau. Ini bab kesihatan. Tambah-tambah pula Mommy pun ada anak lelaki dan Mommy tak pernah ambil tahu bab ni walaupun ada abang dan adik lelaki. Haha. Nak ambil tahu buat apa kan. Ngee..

Sekarang, untuk anak, Mommy kena ambil perhatian kes ini. Manalah tahu kalau Mommy lalui masalah ni tanpa disedari. Jom baca apa yang dikongsikan oleh Doktor Abdul Rahim Nor di Facebook beliau.

******

“Malangnya nasib Si BURUNG BUTA / BEBIRD BUTA…….hi hi hi”

Cuti sekolah doc sibuk buat BERKAHATAN kanak-kanak. Tapi ramai kes doc dapati Bebird anak-anak tu BUTA!!…hi hi hi. Bebird tu tak biasa lihat dunia langsung!!…..Ini di panggil “PHIMOSIS”.

Info tambahan : Phimosis is defined as the inability to retract the skin (foreskin or prepuce) covering the head (glans) of the penis. Phimosis may appear as a tight ring or “rubber band” of foreskin around the tip of the penis, preventing full retraction.

A. Sebagai info doc nak bagi tau nasib Si BURUNG BUTA/Phimosis:

  1. Kesemua bayi dilahirkan normal dengan kulit kulup dalam bebird melekat pada kepala bebird sejak lahir hingga 4 tahun. Lekatan ini terpisah perlahan-lahan & kulut kulup dpt di tarik kebelakang untuk mendedahkan kesemua kepala bebird.
  2. Doc nasihatkan ibu-ibu bantu bersihkan bebird bayi anda di setiap waktu mandi dgn menarik kulit kulup ke belakang bagi mendedahkan kepala bebird atau bantu meluaskan lubang kulup serta cepatkan pemisahan lekatan kulup dgn kepala bebird. Yg doc geram Si BAPA ….”make Don’t know” atau ambil tak kisah tengok pun bebird anak lelaki sehingga anak2 yg doc nak sunat masih ada bebird buta ni (phimosis)
  3. Bila bebird buta…anak susah nak kencing & masa kencing terpaksa keluar melalui lubang yg kecil…maka hihihi.. MEMBELON le kepala bebird anak anda sebelum terpancut keluar air kencing tu.
  4. BURUNG ANAK BUTA. DAH MASUK MUSIM KHATAN ANAK NI HEALTHBebird buta boleh akibat anak kencing sakit sebab infeksi kencing atau kepala bebird infeksi atau jadi merah radang.
  5. Ada kes kencing berdarah.
  6. Bebird buta boleh akibatkan terkumpul smegma (kotoran hasil sekresi kelenjar kulup) di sekitar kepala bebird & membiak bakteria penyebab peradangan, dan akan menyebabkan CANCER bebird.

B. Penyebab bebird buta/phimosis

  1. Kegagalan kulup untuk melonggar selama proses pertumbuhan.
  2. Infeksi seperti balinitis/ kepala bebird.
  3. Cacat bebird disebabkan oleh trauma.
  4. Penyakit pada bebird.
  5. Infeksi pada bebird dan kulit kulup.

C. Bila burung anak buta

  1. Bagian depan bebird menggelembung.
  2. Anak menangis saat buang air kecil kerana rasa sakit.
  3. Urine keluar tidak lancar.
  4. Demam tinggi atau iritasi pd bebird.

D. Cara ubati Si burung anak buta bukan kita pergi CELIKkannya atau pakaikan Cermin mata tapi:

  1. Bersunat / khatan je.
  2. Sapu krim STEROID..untuk tingkat elastik kulup.
  3. Peregangan kulup setelah mandi gunakan air hangat suam selama 10 minit setiap hari. Peregangan kulit kulup dilakukan dengan hati-hati untk hindari luka.

Nasihat doc untuk semua ibu bapa:

Jangan saja pelihara burung yg bersuara merdu di sangkar je… bebird anak jangan lupa diperhatikan & dibersihkan selalu supaya…. jangan terima nanti alahai NASIB SI BURUNG BUTA nanti…hi hi hi.

Silap abah ke ? emak ke?

Ada soalan..insyallah doc jawapkan bila lapang.

Drp. Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181.

******

Translation : Sendiri faham ye istilah-istilah di atas. Tak faham, tanya suami. Heeee..

Faham ke faham? Jom ‘check’ anak.. jangan lupa CUCI kepala Bebird anak tu ye..

9 Replies to “MUSIM KHATAN! APA ITU PHIMOSIS @ BURUNG ANAK BUTA”

  1. Perghhh bagus entri ni. Teringat zaman kanak2. Kitorang memang cek bebird ni masa mandi sungai. Saper bibird buta mng kena bahan la
    Sohoque recently posted…Hari Jumaatku… Mungkin Tak Sama Dengan Jumaat Orang Lain…!My Profile

    1. hik.hik. nt jangan lupa kongsi pengalaman..

    2. eeee… cek ramai2… haahha

  2. Ohh ada istilah perubatan untuk benda ni rupanya. Akak memang sekali sekala akan cucikan bebird my sons mcm tu, tu pun sebab kadang kadang diorang ngadu sakit ke rasa pedih ke. Lepas cuci biasanya diorang tak sakit dah. Tak tahu plak benda ni penting.
    Mama Kembar 3 recently posted…Mencabar Kesabaran Betullah…My Profile

    1. asben dah remind bab ni. utk check Ariq. Tu yg terfikir mmg ptt share..

  3. Terima kasih di atas perkongsian info…
    Kena ambil tahu juga sebab saya ada 2 orang anak lelaki yang akan berkhatan tahun depan… In Shaa Allah..
    Anuar recently posted…5 Cara Simple Jana Pendapatan pasif melalui blogMy Profile

  4. hehe.. pengetahuan ni.. akak pun baru ni share jugak pasal teknik berkhatan kat blog.. jemputlah baca..
    rozita recently posted…Minyak Herba Asmak Penawar AsmaMy Profile

  5. anak ema dah selesai berkhatan… skrg dah sihat sikit..dah melompat sana sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.