KLMFW 2016 : TERUJA PERTAMA KALI ATTEND FASHION SHOW

Sabtu lepas, Mommy berpeluang menghadiri Kuala Lumpur Modest Fashion Week (KLMFW 2016) di PICC, Putrajaya di mana Cosmoderm merupakan salah satu Silver Sponsor untuk majlis ini.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
Boleh cast jadi model tak? Hehe

Mommy tiba di sana jam 1245 tengahari dan sempat berjalan-jalan sekitar PICC memandangkan Fashion Parade Session A1 hanya akan bermula jam 130 petang. Lebih baik datang awal untuk elak sebarang perkara tak diingini kan?

Pusing-pusing PICC tu, memang banyak sangat booth hari tu sempena PIIACUF & KLMFW 2016. Booth yang paling Mommy teringin terjah semestinya Cosmoderm. Sempat la Mommy memborong sakan di sini.

Nah Mommy jadi model Cosmoderm jap masa ni.. Tq photographer Mommy, Shiqeen Sattar. Haha

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
Terima kasih untuk pihak Cosmoderm yang tolong ‘candid’ gambar cantik ni juga. Mommy suka.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
Sempat juga kami berMANNEQUIN CHALLENGE di booth Cosmoderm. Sporting sangat staff Cosmoderm dan juga jurukameranya yang sudi rakam video ini.

KLMFW 2016

SESI 1 FASHION PARADE

Berpeluang duduk di barisan hadapan, melayakkan Mommy menonton fashion show lebih dekat. Terima kasih KLMFW 2016 kerana menyediakan goodies buat kami sebagai penonton hari ni.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
awal sampai nampak? hihi

Sesi 1 yang bermula jam 2 petang menampilkan 3 pereka utama dari Jepun, Arab Saudi dan Malaysia. Mommy kagum sangat dengan fesyen yang ditonjolkan. Serius. Rasa macam nak beli masa tu juga.

Pereka fesyen 1 : Ryoko Katayama (Japan)

Ada beberapa rekaan fesyen yang Mommy tengok tak berkelip mata. Memang minat betul. Sangat stylo.

Pereka fesyen 2 : Ghadi (Saudi Arabia)

Rekaan dari Ghadi juga tidak kurang hebatnya dan jujur Mommy memang kagum dengan jubah-jubahnya. Selalu tengok jubah hitam macam biasa je kan? Ini bagi Mommy memang luar biasa.

Dan kami berpeluang bergambar bersama Ghadi di luar dewan.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm

Pereka fesyen 3 : Wajie Ibrahim (Malaysia)

Bangga Mommy sebagai anak Malaysia bila lihat pereka fesyen hebat seperti Wajie Ibrahim ini. Masuk-masuk je semua penonton dah cakap ‘wow’ sebab seriously wow rekaan fesyennya. Mommy jatuh cinta design yang digayakan model pertama. I need that so bad!!

Sesi ke 2 bakal bermula jam 330 petang, maka kami bertiga pergi menjamu selera terlebih dahulu.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
with Shiqeen Sattar & Azni, KBBA9, Malaysian Blogger. Thanks Cosmoderm for this invitation.

SESI 2 FASHION PARADE

Untuk sesi ke 2 yang bermula jam 4 petang menampilkan 3 pereka fesyen juga iaitu 2 daripadanya dari Malaysia dan 1 dari Indonesia. Kali ni Mommy tak dapat duduk di hadapan demi memberi laluan kepada jemputan vip, iaitu Blogger Antarabangsa. Sekali pandang, alahai cantiknya bloggers ni. Terus rasa nak upgrade diri cepat2. Nak juga setanding gitu. Manalah tahu boleh jadi fashion blogger lepas ni. Heee..

Pereka fesyen 1 : Tamma Boutique

Dari rekaan beliau, apa yang Mommy suka ialah tudung yang diperagakan. Sangat cantik. Tapi Mommy tak dapat nak snap dekat kali ni memandangkan Mommy berada di barisan ketiga. Huhu..

Pereka fesyen 2 : Beta Zee (Busana Az-zahra)

Jatuh cinta pandang pertama melihat rekaan anak Kedah ni yang bertemakan Pelikat. Pelikat bukan sebarang pelikat, pelikat boleh jadi pakaian yang mempunyai kelas tersendiri. Tahniah. Cek bangga dengan hangpa. Hebat.

Mommy sempat juga selfie dengan pereka utamanya, siap sembang dalam slang Kedah lagi. Haha

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
Tahniah noh..

Pereka fesyen 3 : Si.Se.Sa

Siapa cakap yang bertudung labuh dan menutup aurat sepenuhnya tidak boleh bergaya? Korang akan kagum seperti Mommy selepas tonton fesyen yang direka oleh 3 adik beradik iaitu Siriz, Senaz dan Sansa ini. Fesyen rekaan mereka turut dijual di luar dewan dengan lingkungan harga RM1400 ke atas.

Itu sahaja yang sempat Mommy tonton di KLMFW 2016 ini.

TAHNIAH COSMODERM

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm

Tahniah Mommy ucapkan buat Cosmoderm yang menjadi salah satu Silver Sponsor untuk KLMFW 2016. Cosmoderm merupakan jenama yang dipercayai yang komited untuk menyediakan rangkaian produk-produk penjagaan diri Halal untuk kulit. Antara produk utamanya ialah Vitamin E Series, Tea Tree Oil Series, Q10 Gentle Series, Body Care dan Hygiene Wash. Jadi sesuailah Cosmoderm yang menyediakan rangkaian berkonsepkan Halal menaja KLMFW 2016 yang mengetengahkan fesyen-fesyen muslimah pada hari ini.

Terima Kasih Puan Mawarni, Puan Nur Yasmin, Puan Adila dan Encik Ahmad Shahir dan seluruh team Cosmoderm yang sudi menjemput kami, bloggers ke majlis yang sangat hebat ini.

klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm
Puan Adila menerangkan info mengenai produk Cosmoderm kepada kami

Mommy juga tidak ketinggalan mengamalkan beberapa produk Cosmoderm dan mengambil kesempatan untuk menambah stok pada hari tersebut. 🙂
klmfw 2016 silver sponsor cosmoderm

Dapat  juga Mommy beli Deep Heat Lotion by Cosmoderm tu. Nak bawa ke Korea. Hihi..

17 Comment

  1. lepas ni kita lak jadi modellnya hik hik hik… ss pun borong byk gak cosmoderm.. suka dia
    shiqeen sattar recently posted…Terbuka Biji Mata Di Kuala Lumpur Modest Fashion Week 2016 @ PICCMy Profile

    1. haha. harap dia nak jadikan kita modelnya. hahaha

  2. Semangat akak follow IG korang bertiga tau hari tu, terkilan gak tak dpt pergi. Design Beta Zee tu lawa lah
    Mama Kembar 3 recently posted…Tukar Kad Debit Maybank di Kiosk JeMy Profile

    1. haha. tq tau kak. mmg best sgt dat day. xpe kak.. moga ada lagi peluang lain

  3. lisa says: Reply

    trend dekat indonesia memang macam tu . labuh pastu fashionist ,,, best kan…. lawaaa
    lisa recently posted…Cara Disable Komen Dalam InstagramMy Profile

    1. aah. kan? lawa2. mmg terletak cantik sgt bhgn mukanya

  4. bestnya kalau blh join..:)
    cik nor recently posted…Tukar Kad Debit Maybank di Kiosk JeMy Profile

    1. inshaa Allah next time kalau ada rezeki lagi. hehe

  5. Bestnya rugi x dapat pergi sana.lepas ni uols boleh jadi model.
    umminani recently posted…Best Tau Mandi Manda Di Bangi Wonderland Water Theme ParkMy Profile

    1. Heheh. Start jd model produk dlu..

  6. Satu pengalaman baru yang menarik kan sis

    Mesti banyak kenalan baru hadiri majlis macam ni
    Mazni Azmi recently posted…7 Makanan untuk tambah selera anak usia 1 & 2 tahun ke atasMy Profile

    1. Yup. Mmg pengalaman baru. Seronok..

  7. seronoknya, next year kalau ada rezeki mesti pergi..
    mas saari recently posted…Gegar Vaganza 3 : Konsert AkhirMy Profile

    1. Yup. Kena pegi kak. Hehehe. Best..

  8. Hebat Cosmoderm. Jadi sponsor big event gitu 😉

    1. kan.. moga Cosmoderm makin terus maju..

  9. suka sangat tengok fashion show..nad pun baru firstime pergi tengok fashion show haritu dekat parkroyal..boleh baca blog nad..hehee
    nadia johari recently posted…GLAMOROUS DEVOTION : KOLEKSI TERKINI ZACHEELA PENUH GAYAMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.