PROMO SYOK GILER BANGI WONDERLAND!

BANGI WONDERLAND ADA PROMO SYOK GILER | Dah rancang nak ke mana cuti sekolah ni? Hari tu Mommy ada kongsi 5 tempat menarik untuk ibu bapa bawa anak-anak bercuti sepanjang cuti sekolah ni. Dan kali ni Mommy nak ajak ibu bapa bawa anak-anak ke satu tempat yang memang menarik. Dekat je. Bangi Wonderland!!

bangi wonderland bangi theme park

Tadaaaaaa. Terletak di Bangi Avenue, mudah je nak ke sini. Kalau korang ikut lebuhraya KL-Seremban tu, sejurus selepas keluar Tol Bukit Mahkota tu, terusssss je. Tak payah belok-belok. Terus nampak bangunan ni. Cantik! Serius!

Boleh parking kat basement, sebab rasanya bahagian atas tak boleh parking. Itu yang Mommy perasan la. Harga sekali masuk RM6 sahaja.

MAKANAN LUAR TIDAK BOLEH BAWA MASUK

Ini yang Mommy lalui hari tu. Selit bukan main bawah dalam beg tu. Staff korek sehingga bawah beg. Haha. Jadi, peringatan untuk anda, tak perlulah bawa apa-apa makanan luar sekalipun. Makanan ada tersedia di cafe bawah.

Andai korang bawa juga makanan, jangan risau. Ada rak untuk simpan makanan korang. Staff akan letakkan sticker di atas makanan/minuman korang tu. Cuma bagitau nama je.

bangi wonderland bangi theme park

APA YANG ADA DI BANGI WONDERLAND

Macam-macam ada beb! Mommy sebenarnya datang ke sini bukan dengan keluarga Mommy je tau. Yang turut ada di sini ahad lepas (27/11/2016) ialah keluarga Ummi Nani & Shiqeen Sattar. Hujung minggu kami terisi dengan aktiviti yang sangat menarik sampaikan Hannah asyik sebut je nak ke Bangi Wonderland lagi.

Ada 16 tarikan utama di sini iaitu Pirate Spa, Water Cannon, Surf Rider, Kid Adventure, Body Slide, Spiralax, The Fall, Anaconda Trail, Insane Racer, Wonderloop, Green Pearl, Pirates Bay, Boomeriang, Magic Funnel dan banyak lagi.

Family Waterpark

Merupakan tempat yang sangat sesuai untuk santai bersama keluarga, karnival dan kawan-kawan di sini.

bangi wonderland bangi theme park

Malah ada juga syarikat yang mengadakan acara korporat di sini.

bangi wonderland bangi theme park

Insane Racer

Sebelum tu nak belanja 1 video hot kat Instagram Mommy ni. Dasyat view. Daddy naik Insane Racer ni. Kepala didahulukan. Huuu. Seram Mommy.

Best wooo. Mommy nak naik ni, tapi kurang keberanian.

Antara tempat lain yang Mommy cuba ialah Magic Funnel ni. Fuh. Rasanya memang jantung Mommy tercabut.

bangi wonderland bangi theme park

Kanak-kanak memang tak boleh naik. Jadi, mak2 je naik. Lagi sorang ialah anak kak ss.

bangi wonderland bangi theme park

Syaratnya, memang tak boleh bawa kamera naik. Mau melayang. Mommy pun simpan je dalam poket. Korang wajib pegang kuat. Sies, Mommy rasa darah Mommy dah tinggal secamca. Perghh. Cuak gila sampai terdiam beb.

Bayangkan terhoyong hayang macam ni..

bangi wonderland bangi theme park

Kemudian, daddy cuba Water Cannon ni. Ha terbang!!

Fuh.. Wonder Loop pun Daddy cuba. Yang warna hijau tu. Itu, korang kena berdiri kat situ, kemudian pintu ditutup, then lantai dibuka selepas tamat kira 1,2,3 beb. Dushhhhhh korang terus jatuh ke bawah selaju-lajunya. Jantung memang tertinggal kat atas la. Hahaha.

bangi wonderland bangi theme park
Credit pic Kak SS

Kids Adventure

Taman Tema Air semestinya akan menggembirakan anak-anak. Tengok sahajalah Hannah & Ariq yang memang tak henti-henti main tu. Ada 6 slide utama di kawasan ini. Bukan anak-anak je yang asyik ulang-ulang naik, Mommy pun tumpang sekaki. Tak serik beb. Hahaha. Ini kurang seram la dari yang Daddy main tu.

bangi wonderland bangi theme park
Nampak tak slide belakang Mommy tu? Best wooo. Tq Hannah yang terer snap gambar ni. Bijak anak Mommy

cuti-sekolah-jom-ke-bangi-wonderland-bangi-themepark-resort-3

Ini tempat yang Hannah & Ariq takut. Sebab takut kena simbah air tu ha..

bangi wonderland bangi theme park

bangi wonderland bangi theme park

Sambil anak-anak main, Mommy lepak di sini. Memerhati dari jauh..

bangi wonderland bangi theme park

Enjoy kan?

Rupanya, ada juga surf rider di sini..

bangi wonderland bangi theme park
Daddy, Nani & SS tak ketinggalan untuk cuba

Anak-anak, paling enjoy di Pirate Bay di mana ombak besar akan ada sejam sekali selama 15 minit di sini. Tengok Ariq..

Rupanya, ada lagi tempat bermain yang Mommy tak sempat main. Boleh tengok di website Bangi Wonderland ye.

KEMUDAHAN LAIN

Penat-penat main tu, kalau lapar boleh makan di cafe di situ. Mommy ada beli nasi ayam hari tu. Harganya RM12. Kenyang la untuk anak-anak. Loker di sana ada 3 pilihan iaitu Kecil (RM10), Sederhana (RM15), Besar (RM30) dan deposit yang diperlukan sebanyak RM10 akan dikembalikan. Bagi Mommy, harga ni tidak terlalu mahal.

bangi wonderland bangi theme park

Sewa pelampung pula cuma RM15 (ini diperlukan kalau korang nak main Boomeriang). Rugi kalau tak sewa macam Mommy hari tu. Haha. Tak dapat nak main. Bila dah sampai tu, boleh je terus sewa pelampung tu. Sebab tempat sewa agak jauh dari tempat bermain air.

Kemudahan lain yang turut disediakan ialah surau, tandas OKU dan juga bilik persalinan bayi.bangi wonderland bangi theme park

HARGA

Ramai yang bertanya harga di sini. Untuk dewasa ialah RM58 dan untuk kanak-kanak RM48. Kalau korang alert dengan Groupon, kadang-kadang ada tawaran diskaun RM10 dari harga biasa. Maklumat lanjut boleh ke website Bangi Wonderland.

bangi wonderland bangi theme park

GAMBAR KELUARGA

Sekarang ni, walau ke mana kita pergi, pasti ada yang mengajak untuk kita mengambil gambar kenangan. Mommy tidak terkecuali. Sebelum masuk ke taman tema tu, Mommy diminta bergambar dulu dan masa nak balik nanti, terpulang kepada kita nak beli atau tidak.

Untuk pengetahuan korang, ada diskaun 20% untuk gambar kenangan tu yang korang akan dapat masa beli tiket tau. Nah. Mommy beli ni dengan harga RM14.40 sahaja dari harga asal RM18. Yippi yeay!

bangi wonderland bangi theme park

Apa pendapat Hannah? Jom dengar..

PROMO SYOK GILER!

Ada berita baik untuk anda sepanjang cuti sekolah ni. Murah dan berbaloi-baloi! Jom terjah Bangi Wonderland. Mommy memang nak repeat nanti. Wihuuuuu!

bangi wonderland bangi theme park

Selamat bercuti..

6 Replies to “PROMO SYOK GILER BANGI WONDERLAND!”

  1. Oooo ni la blogger fefeler yang dapat gi situ tubek… (lariiik)
    explorasa recently posted…7 Sebab Kenapa anda harus pilih touristguide.com.myMy Profile

    1. Untunglaa jd fefeler…

  2. Untunglah lagi pepelerrr..hahahaa
    umminani recently posted…Minyak Herba Asmak Untuk Asma Wajib Satu Untuk KeluargaMy Profile

  3. mazlina hamzah says: Reply

    syok bace smbil tgk tips tips yg diberikan…

  4. Nak repeat lagi…
    Bonde Zaidalifah recently posted…Segmen 12 Jam Bloglist #24 Mialiana.comMy Profile

    1. sy g bulan 1 kak. jom repeat

Leave a Reply

CommentLuv badge