TIPS PAKAIAN MUSIM SEJUK & ONLINE SHOPPING WITH PAYLESSER

Tak sabarnya alahai. Lagi 2 bulan, Mommy akan ke tempat sejuk. Woahhhhh.

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser2
Credit : Google Images

Best tak? Best tak? Ok untuk Mommy yang belum pernah jejak mana-mana negara yang ada 4 musim ni, terujanya tu sedikit over la. Hee. Jadi, Mommy agak gigih mencari maklumat mengenai negara tersebut dan paling penting, gaya di sana. Amboiii. Musim sejuk pun nak bergaya ye? Dah tentu! Musim sejuk bukan penghalang untuk bergaya ok?

Tips penting ketika musim sejuk ialah memastikan pakaian yang dipilih itu sesuai untuk musim tersebut untuk elak diri jatuh sakit waktu tengah bercuti tu. Rugi kot kalau perlu lepak je kat guest house kan?

8 TIPS PAKAIAN KETIKA MUSIM SEJUK

Apakah pakaian wajib ada ketika musim sejuk ya?

Thermal Wear

Thermal wear seperti HeatTech & LongJohn sangat diperlukan oleh orang macam Mommy. Musim sejuk kan? Memang wajib beli pakaian begini. Baju ini ringan, nipis dan bertujuan untuk memanaskan badan. Ini dijadikan sebagai lapisan pertama, terutamanya jika suhu 5 darjah celsius ke bawah.

Tshirt Biasa

Ketika Mommy ke salah sebuah kedai menjual pakaian sejuk baru-baru ini, Mommy diberi penerangan khas yang tshirt biasa juga diperlukan selepas memakai thermal wear. Untuk negara seperti Korea & Eropah, mereka lebih memegang konsep memakai berlapis-lapis (layer by layer).

Wool / Acrylic Sweater

Selepas itulah baru kita pakai Wool / Acrylic Sweater. Menurut Sales Assistant kedai pakaian sejuk itu, katanya beza antara kedua-dua jenis baju panas ini dari segi benangnya. Acrylic (benang sintetik) lebih murah berbanding benang jenis Wool (bulu lembut daripada biri-biri contohnya). Acrylic dijual dengan harga lebih murah. Akan tetapi, acrylic lebih ringan dan lebih selesa untuk kanak-kanak. Acrylic lebih senang dijaga dan kulit tidak mudah menjadi gatal apabila dipakai. Bagi Mommy, kedua-duanya ok dan terpulang untuk korang untuk memilih. Lagipun baju panas ini dijadikan lapisan ketiga kan? Tiada isu gatal rasanya. Hihi. Tapi kalau korang jenis tahan sejuk, cukup dengan Winter Coat, baju panas ni tak perlu lah. Mommy? Wajib juga sebab tahu dah tak tahannnn!

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser
Credit : Zalora

Winter Coat

Ini dah tentu item paling wajib kecualilah kalau korang adalah iceman atau sejenis Olaf. Hehe..

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser-zalora
Credit : Zalora

Sales Assistant di kedai yang Mommy masuk tu juga ada menyarankan Mommy memilih winter coat jenis kalis air di luar dan wool di bahagian dalam. Seeloknya kita perlu memilih coat yang tidak longgar supaya tiada angin yang boleh masuk. Pilih yang betul-betul fit dengan korang. Jaket tersebut seeloknya mempunyai hood dan poket untuk elak diri dari kesejukan jika lapisan-lapisan pakaian lain / sarung tangan tidak berjaya memanaskan badan / tangan korang.

rsz_pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser-zalora2
Credit : Pinterest

Cunnya. Aduhhhh..

Stokin &  Sarung Tangan

Perlu untuk elak kaki dan tangan korang kebas wey! Sejuk kan! Stokin tu, paling penting tambah-tambah masa tidur. Material yang dicadangkan ialah wool. Pakai berlapis-lapis untuk kekalkan kepanasan.

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser-zalora2
Credit : Zalora

Ada yang sarankan sarung tangan wool kerana lebih selesa. Tapi, mudah terdedah kepada kelembapan (dari salji khasnya). Ada yang menyarankan menggunakan sarung tangan jenis Acrylic / PVC. Tapi kedua-duanya tu tak cukup untuk memanaskan tapak tangan. Tapi Sales Assistant tersebut tetap menyarankan Mommy memilih sarung tangan jenis wool.

Topi / Snow Cap & Penutup Telinga

Penting untuk kawal suhu badan. Bagi muslimah, dah untung dah sebab kita dah ada 1 layer atas kepala iaitu tudung. Jadi, kalau nak guna penutup telinga (earmuff) tu sahaja pun dah ok. Boleh juga lilit scarf di bahagian leher untuk panaskan kawasan tersebut.

Shawl / Skaf

Boleh guna shawl / skaf untuk lilit leher bagi kekalkan haba. Kadang-kadang bila kita rasa sejuk dan tak dapat bernafas, cuma tarik sahaja shawl tersebut ke bahagian hidung dan mulut untuk bernafas seperti biasa.

Kasut / Boot

Boot paling sesuai. Kasut pilihan mestilah jenis bertutup. Kasut sukan seperti running shoes juga sesuai kerana tapaknya yang tinggi. Jika kawasan yang kita nak lawat tu tebal saljinya, boot lebih sesuai. Ini untuk mengelakkan salji masuk di bahagian buku lali kita.

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser-zalora5
Credit : Pinterest

BERGAYA DI MUSIM SEJUK

Mommy agak berkenan dengan gaya-gaya di bawah ini. Macam yang Mommy katakan tadi, musim sejuk bukan penghalang untuk kita bergaya. Ewah..

pakaian-ketika-musim-sejuk-cara-mudah-online-shopping-dengan-kupon-paylesser-zalora
Credit : Pinterest

Cantik kannn?

ONLINE SHOPPING MUDAH DENGAN KUPON PAYLESSER

Ada tips hebat untuk memudahkan korang membeli belah dalam talian sekarang iaitu dengan menggunakan KUPON!! Mommy dapati yang my.paylesser.com membantu pengguna dalam talian dengan menawarkan pelbagai kupon terkini dan tawaran hebat!

my.paylesser.com membantu pengguna dengan menawarkan pelbagai kupon terkini dan tawaran

Contohnya Zalora Discount Code yang menawarkan diskaun habis-habisan! Memang rambang mata la nak shopping!! Ada banyakkkk sangat kedai online hebat seperti Sephora, Lazada, Expedia, Agoda, Hermo, Legoland dan banyak lagi! Wow! Dengan Paylesser, kenapa bayar lebih?!! Jadi bolehlah Mommy shopping pakaian untuk winter di atas melalui kupon-kupon yang ditawarkan. Jimat beb!

28 Replies to “TIPS PAKAIAN MUSIM SEJUK & ONLINE SHOPPING WITH PAYLESSER”

    1. 4 gak. cuma kalau bulan 1 nanti musim panas kot

    2. Berikut sedikit cuaca dan musim di Australia sebagi panduan

      Musim panas (summer) – Disember hingga Februari.
      Musim luruh (autumn) – Mac hingga Mei
      Musim sejuk (winter) – Jun hingga Ogos.
      Musim bunga (spring) – September hingga November

  1. Perth bpe musim eh

  2. nice tips.. berguna gak info ni tuk pergi istanbul and eurrope tahun depan hihi
    lisa recently posted…Keracunan Makanan Lagi ! Huh..My Profile

    1. yeah. check suhu. mana tau xyh tebal sgt sweater nya. hehehe

  3. WAHH ZALORA ADA DISKAUN BAJU SEJUK.
    BOLEH GRAB NI.
    KAT OFFICE PUN DAH MCM KAT ALASKA
    miminadam recently posted…Cara Mengatasi Masalah Ketiak Hitam Dengan Cek LawaMy Profile

    1. aah. guna kupon my.paylesser tu. mmg jimat btul la..

  4. Nanti nak pergi Perth kita shopping sini yer #beranganitufree 😉
    Mama Kembar 3 recently posted…Homestay Kontena Melaka Memang Best!My Profile

    1. yup. dah boleh mula shopping ni. hehehehe

  5. wahhh semnagat nak g korea aaa….. k. azni tak stby baju sejuk biasa jer…. sbb masa fall…
    azni recently posted…Barang wajib shopping dan cuba makan bila ke luar negaraMy Profile

    1. korea ke eropah? hahahahahaha. jeng jeng

  6. syok jejalan musim sejuk

    1. ye? xpernah merasa lagi. hehehe

  7. cantik…tapi sygnya malaysia pans…heehe
    Faizal Fredley recently posted…7D6N in Bali Indonesia | Tempat Menarik di BaliMy Profile

    1. haha. kena ikut FF la g negara sejuk selalu. hehehe

  8. Wauuu nak pi oversea…best2…tak lagi tu 2 bulan shehan…alhamdulilah enjoy…good paylesser ni ada sediakan mcm2 kemudahan great

    1. InshaaAllah. Doakan smuanya dipermudahkan..

  9. memang tengah usha jugak baju sejuk ni hihih.. tak sabar nak abwa untuk tahun depan..haha
    yanieyusuf recently posted…Dashing Bold 2.0 Lambang Kegagahan LelakiMy Profile

    1. yanie. bulan 1 lg sejuk. huhuhuhu

  10. Seronoknya dapat bercuti ke tempat sejuk.. 2 bulan lagi yer.. dah boleh mula buat persiapan dah tu..
    anuar recently posted…3 Cara nak jadi BOS secara part time dari rumah. Berpeluang Mempunyai ratusan hingga ribuan pekerja tanpa perlu kita pantau!My Profile

    1. Inshaa Allah.. hihi

  11. mommy nnt p.korea , cuci rambut pakai Tyzara yer
    umminani recently posted…Uptown Kontena Pantai Tok Jembal Lokasi Menarik di TerengganuMy Profile

  12. Wah..dah beli ker…x sabar nk tgk shehan photoshoot
    umminani recently posted…Pengedar Shaklee di KuantanMy Profile

  13. Nak juga simpan koleki baju sejuk berbulu tu..hehehe..boleh try ni

    1. Jom travel.. heheheh

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.