RISAU..

Perasaan yang dah lama tak rasa. Perasaan macam ada something wrong ni pernah Mommy rasa masa Ariq Emir (AE) umur 6 bulan dulu. Cranky dan kerap menangis. Kadang-kadang macam takde sebab. Allahu. Kenapa ni sayang? Dalam seminggu ni, hari-hari cikgu mengadu Ariq asyik nangis. Memang tak boleh biar dia sorang langsung. Ermmm..

ariq-emir-haris-anuar

Masa AE usia 6 bulan tu, macam ni lah. Cranky sangat-sangat. Mommy ingat macam takde pape je. Finally, masa dia umur 10 bulan, masa tu ada regular check up kat Hospital Ampang, nurse perasan Ariq macam putih sangat-sangat.

Well.. Mommy tak rasa pelik pun sebab biasa lah budak putih. Apa masalahnya kalau warna kulit macam tu? Mungkin ikut sebelah Mommy. Huu.

Bila check.. HB 6 je. Makkk!

Sekarang, Mommy ada feeling yang sama. Allahu. Nauzubillah. Minta simpang!

Tapi apa yang merisaukan Mommy sekarang, baru-baru ni kan Ariq ada demam 5 hari. Dan kami ada bawa dia ke satu klinik untuk check darah. Panas pulak hati masa tu sebab jumpa doc yang hidup segan mati tak mahu nih. Emos gila k hari tu. Dari mula masuk pun dah rasa macam tak semangat je doc nih. Cara cakap pun malas. Doc locum tu. Mommy tahu la sebab dah 6 tahun berulang alik ke klinik ni. So dah kenal kebanyakan doktor di sini. Ada ke patut fight dgn nurse, depan kami ni pasal isu siapa perlu nak ambil darah. Dah nurse cakap tak reti, doc tu pun cakap ok lah, i try. Try??? Seriously??

Bila anak Mommy tarik tangan dia sebab kena inject hujung jari, bleh plak cakap “eh.. apa ni.. apa ni?”.. Oh come on doc!! Budak kot! Sakit pula tu. Mujuk tidak, dimarahnya pulak!

Dah cucuk.. main letak je atas dulang. Huh??? Pastu nurse lain lak baru datang ambil dan masukkan dalam tiub. Bila dpt result.. oh.. platlet low n hb low sbb tadi pun ada Clot!!! Itu pun doc tu cakap result tu tak berapa confirm sebab kes clot tu! Sah2 cara ambil tadi dan letak atas dulang tu pun Mommy dah tahu!! Kompem clot! Kan dah betul!! Mommy jarang nak emos pasal doc tapi yang ni buat Mommy takkan jejak lagi ke situ! Bye-bye terus! Even ubat pun kami tak ambil masa tu. Nak tolak bil, tolak lah!

Result hb dan platlet low masa tu, even clot, buat Mommy sekarang fikir, mungkin kah Ariq HB low lagi? Macam dulu. Erm. Jangan pula kes anemia berulang. Jangan pula kes Thalassemia dikaitkan kembali.. Tskk..

Moga semuanya baik-baik sahaja. Mommy perlu bertindak.

5 Replies to “RISAU..”

  1. takpe cuba g klinik pakar pulak. Anak ada insurans kan?
    shiqeen sattar recently posted…Tips Nak Sihat Dan Kurus Dengan Master DetoxMy Profile

    1. ada. inshaa Allah nak g cari

  2. Hopefully nothing serious, apa pun dptkan pandngan pakar lebih baik. Moga dipermudahkan segala urusan.
    Mama Kembar 3 recently posted…Moga Moga Berkesan Untuk Si Kembar Ni…My Profile

  3. ishh.. apalah dr tu. bayar kut.. bukan nya p free. k. azni pun boleh jadi emo. sbb tu prefer p klinik pakar dari klinik biasa nih. ubat pun sama jer derang bg kan.
    eh ariq ada suspect thalesemia ker? insyallah okay nnt shehan.. byk byk doa kay
    azni recently posted…Pentingnya wasiatMy Profile

  4. Sabar Shehan… Cuba pergi klinik pakar… Tengok resulnya macammana?
    Anuar recently posted…Bajet 2017 : Kerajaan menggalakkan golongan B40 menjadi pemandu UberMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.