PETUA HILANGKAN BATUK (BAHAN DAPUR)

Petua hilangkan batuk ni Mommy terjumpa masa Mommy tengah buat research kerja. Sayang pula kalau tak simpan.

Rasanya dah banyak petua Mommy kongsi perihal batuk. Tapi Petua tetap Petua. Ada banyak dan ikut keserasian.

Petua yang Mommy bakal kongsikan ini menggunakan bahan di dapur sahaja. Kecuali minyak kayu putih la. Mudah sangat!

Moga petua cepat hilangkan batuk seperti di bawah berkesan.

Ramuan ini hanya untuk sekali pakai sahaja.

PETUA BEBAS BATUK

Bahan-bahan

  • 1/4 biji buah pala

petua-hilangkan-batuk-bahan-dapur

Kredit : Google Images

  • 1/2 biji limau nipis

petua-hilang-batuk--buah-limau-nipis

Kredit : Google Images

  • 1 sudu kecil minyak kayu putih

Cara-cara

  • Parut buah pala dan perah limau nipis
  • Campurkan kedua2 tadi bersama minyak kayu putih
  • Gosok di belakang badan

Amalkan 2 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

Inshaa Allah.

Kalau ada yang dah berjaya, beritahu Mommy ya. Buat masa sekarang anak2 Mommy alhamdulillah sihat lagi. Kalau batuk, Mommy mungkin nak cuba cara ini.

2 Replies to “PETUA HILANGKAN BATUK (BAHAN DAPUR)”

  1. Alhamdulillah.. Tips yang simple… Boleh cuba amalkan ni… Terima kasih di atas perkongsian petua..
    Anuar recently posted…Suami ku seorang ‘Cleaner’ HomestayMy Profile

    1. Inshaa Allah.. Sama2

Leave a Reply

CommentLuv badge