RAHSIA WAJAH CANTIK DENGAN ABSOLUTE25 | PEMBERSIH USUS PANTAS DAN SELAMAT

ABSOLUTE25 | Last Mommy pergi skin treatment ialah pada 6 Jun 2015. Masa tu buat rawatan muka di NYSS. Fuh.. Dah hampir setahun rupanya. Masa tu, barulah Mommy tahu betapa pentingnya kolagen untuk badan kita. Kolagen sebenarnya protein dalam badan. Boleh dikatakan 80% kulit kita mengandungi kolagen. Bila dah meningkat usia ni, protein pun makin berkurangan. Jadi bila berkurangan, apa kesannya? Tua la kan? Hihi.

Apa yang Mommy bakal kongsi dengan anda hari ini ada kaitan dengan kolagen juga tau.

ENGLISH AFTERNOON TEA WITH NUTRIRICHE HEALTH & BEAUTY

Semalam, 31.5.2016, Mommy dan blogger KBBA9 dapat jemputan ke majlis Soft Launch Absolute25 bersama NutriRiche Health & Beauty Sdn Bhd. Enjoy sangat sesi santai ini. Cantik sangat dekorasi di dalam Orchid Conservatory, The Majestic Hotel ini. Penuh orkid!! Cantik. Cantik. Cantik sangat! Kebetulan Mommy pula pencinta English Style. Aduh. Snap. Snap. Snap je la kisahnya.

Pihak NutriRiche memulakan majlis Soft Launch ini lebih kurang jam 4 petang. Penerangan produk dimulakan oleh pihak NutriRiche dan akhirnya Mommy dah dapat jawapan apa sebenarnya Absolute25!!

absolute25-nutririche-PREMIUM-COLLAGEN1

KENAL PASTI RAHSIA DI SEBALIK KULIT YANG CANTIK DENGAN PRODUK 2 DALAM 1 : ABSOLUTE25

FAKTA : Tahukah anda kulit yang kusam dan nampak ‘tua’ itu, bukan sahaja disebabkan protein dalam badan yang kurang, tetapi disebabkan tahap kebersihan usus kita yang kotor sehingga menyebabkan kadar toksin di dalam badan semakin tinggi dan memberi efek yang buruk kepada kesihatan kulit kita.

Jadi, dengan keadaan usus yang kotor, berlendir ia akan membentuk plug dan kerak di dalam ruangan usus. Jadi berlakulah masalah seperti di bawah iaitu:

  • sembelit, masalah penghadaman, kembung perut
  • sakit kepala, letih serta lesu, mulut berbau
  • perut buncit, kulit wajah kusam, kelihatan tidak bermaya
  • nafsu makan yang tidak terkawal

Mommy setuju kerana wajah yang ceria, cerah, segar, tidak kusam adalah kerana kulit itu BERSIH. BERSIH dalaman dan luaran! Bahan toksik dalam badan perlu dikeluarkan, maka terciptalah ABSOLUTE25 sebagai tenaga pembersihan dalam badan sekaligus mencantikkan wajah. Wah. Produk 2 dalam 1. Untung bukan???

absolute25-nutririche

Mommy teruja sebenarnya sebab Mommy salah seorang antara mereka yang mempunyai masalah penghadaman. Jadi, ini ibarat pucuk dicita jugak la.

KANDUNGAN UTAMA ABSOLUTE25

Menurut pihak NutriRiche lagi, L-Cysteine merupakan bahan utama sebagai pembersih usus yang selamat. Ianya diperolehi daripada asid amino yang diambil daripada buah-buahan yang mempunyai khasiat yang tinggi. L-cysteine telah digabungkan dengan ekstrak biji apricot, ekstrak epal hijau dan ekstrak manggis yang terbukti secara saintifik oleh penyelidik-penyelidik luar yang boleh membantu membersihkan usus secara sihat dan selamat.

absolute25-nutririche

Terdapat mineral khas yang dirumus khas di dalam Absolute25 untuk membekalkan tenaga kepada usus untuk menyerap segala nutrisi yang baik.

Dengan tenaga tambahan tersebut, usus akan mula menyerap segala agen-agen SUPER ANTIOKSIDA yang terdiri daripada Vit- C, ekstrak buah delima, kranberry, tomato, biji anggur, astaxanthin, lutein, acesulfame-K dan apple stem cell serta PREMIUM COLLAGEN bagi membaiki dan menambah baik tahap kesihatan kulit para wanita yang mengambil Absolute25

CARA PENGAMBILAN

Sangat mudah! Cuma koyak sachet dan makan.

absolute25-nutririche

Absolute25 didatangkan dalam bentuk serbuk di dalam sachet (berat 3000mg).

Cara makan:

  • Satu sachet pada waktu pagi dan satu sachet waktu malam
  • Perisa bubblegum yang enak dan wangi
  • Selepas sejam penggunaan, pengguna disarankan untuk minum air segelas bagi membantu melancarkan pembuangan toksin melalui pembuangan air besar.

KENAPA PERLU AMBIL ABSOLUTE25?

Bertindak sebagai produk 2 dalam 1, iaitu sebagai pembersih usus dan menolong mengembalikan kesihatan kulit di tahap terbaik, Absolute25 adalah jawapan terbaik. Anda tidak perlu risau kerana produk ini berasaskan produk NATURAL, TIADA BAHAN KIMIA, DILULUSKAN KKM dan mendapat sijil HALAL daripada JAKIM.

absolute25-nutririchE6

TESTIMONI PENGGUNA

Untuk pengetahuan kalian, pihak NutriRiche ada melakukan kaji selidik dan product review sebelum produk ini dipasarkan. Ini antara testimoni pengguna Absolute25.

absolute25-testimoni-product-review

Apa yang menarik untuk anda ialah, pihak NutriRiche akan menghubungi anda selepas 7 hingga 10 hari penggunaan untuk dapatkan testimoni. Maksudnya, mereka tidak mudah ‘lepas tangan’ dan akan memastikan pengguna merasa kesan terbaik selepas penggunaan.

CONTEST MUDAH MENANG IPHONE!!

Wah Wah Wah.. Sekarang pihak Nutririche sedang mengadakan pertandingan Share, Tag & Win dan pemenang bakal bawa pulang sebuah IPHONE 7 (bakal berada di pasaran pada September 2016)

absolute25-nutririche-iphone7

PEMBELIAN & PROMOSI

Pembelian boleh dilakukan melalui cara di bawah:

absolute25-nutririche-PREMIUM-COLLAGEN

Untuk pengetahuan anda, pihak NutriRiche juga sedang mengadakan promosi dengan harga yang sangat menarik untuk anda yang berminat. Cepat grab, ok? My advise, beli 2 kotak terus dengan harga super jimat!!

absolute25-nutririche-PREMIUM-COLLAGEN1
credit photo : FarahDafri

19 Comment

  1. makin berseri la yb nnt..:)
    cik nor recently posted…Bila Kami BerjimbaMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      hehe. jom la cuba..

  2. Boleh try nih, utk puasa bagus detox

    1. YB Shehan says: Reply

      btul2. jom cuba skali..

  3. kena bagi hubby cuba ni. Perut dia pun dah ke depan sangat dah tu hehe 😀
    Hanim Hashim recently posted…Outing 3 Beranak!My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      Heheh. sy pun bunc jugak ni. Nak amalkan.. hrp menjadi..

  4. Untuk lelaki boleh tak. Usus abam yang besar ni perlu dicuci gak ni
    eXplorasa recently posted…Resipi Koktel Kundur Seikhlas RamadhanMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      boleh.. beli 2 boxes cuba suami isteri.. hehe

  5. yaya memang suka minum produk maintain kurus..hahah…nak order yg ni plak laa….

    1. YB Shehan says: Reply

      amboi.. yaya. jgn kurus sgt. hehe. klu ada mslh penghadaman mcm akk, ok. hehe

  6. Cambest je produk nie.. ehehe
    Afif Rayyan recently posted…Resepi Biskut Cornflakes RangupMy Profile

    1. mmg bes. dah amal ni. mmg nmpk kesan

  7. yass! dah hari kedua dah makan absolute25 ni. mmg betul2 cuci gayanya, lawas jeee hahaha. xsabar nak cantik raya ni :p
    farah dafri recently posted…Amalkan 4 tips ni untuk dapatkan rambut bebas masalah kelemumur dan keguguran!My Profile

    1. aah. mmg lawas. tbaik btul..

  8. Wah menarik ni 🙂
    Inani Hazwani recently posted…Nikmat Balik KampungMy Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      mmg ok sgt. dah guna seminggu. best.

  9. Anuar says: Reply

    Wow… Ada peluang nak menang Iphone… Best ni… 😉
    Anuar recently posted…Siapa Najib? Kenapa dia semakin POPULAR di Facebook sejak akhir-akhir ini?My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      yes. join cpt..

  10. ema says: Reply

    makin berseri-serilah muka yb ni.
    ema recently posted…Tuai Madu KelulutMy Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.