10 TIPS MASUK RUMAH BARU (SELEPAS DAPAT KUNCI)

Yeay. Tak sabar rasanya nak masuk #rumahidaman Mommy. Yes, untuk pengetahuan kawan2 semua, akhirnya Mommy ada rezeki untuk memiliki rumah sendiri tak lama lagi. Moga segala urusan dipermudahkan.

Ini rupa rumah Mommy yang hampir siap. Jenis rumah ialah Service Apartment. Itu nanti-nantilah ye Mommy cerita. Mohon bersabar ok. Mommy pun teruja.

10-tips-masuk-rumah-baru

Mommy ada terjumpa tips menarik sebelum masuk rumah baru untuk dikongsikan bersama. Penting woo. Kalau ada apa2 tambahan, teguran & nasihat, Mommy pohon anda semua sudi komen tau. Ye la.. Mommy tak pernah memiliki rumah sendiri. Yang ada cumalah rumah sewa. Huu. Terima kasih atas perkongsian Dengan Izin.

10 TIPS MASUK RUMAH BARU.

Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus masuk ya. Periksa dulu setiap kecacatan atau kerosakan yang ada di rumah seperti dinding retak, cat tertanggal, plaster tertanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain lagi.

Kebiasaannya pihak pemaju akan memberi tempoh selama 24 bulan atau 2 tahun untuk kita membuat inspection pada rumah dan kita boleh complain apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada baik di dalam atau di luar rumah.

Semua ini adalah hak-hak kita sebagai pembeli maka periksalah sebaik-baiknya keadaan di dalam rumah. Tetapi sekiranya anda buat major renovation, maka pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

  • Masking tape – Kalau ada retak atau crack terus lekatkan dan tanda
  • Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape
  • Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali supaya senang nak cari
  • Kamera / Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah

tips-masuk-rumah-baru

10 TIPS PENTING yang PERLU ANDA BUAT

1. Azan

  • Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah anda
  • Masuk rumah dengan lafaz basmallah, bagi salam dan pergi tingkat atas sekali, berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar

2. Pintu

  • Buka dan tutup pintu berkali kali
  • Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali

3. Tiles Lompong

  • Sila ketuk semua tiles rumah anda satu persatu
  • Tandakan tiles yang kosong dan minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok
  • Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah ketuk tiles dengan duit syiling atau pemutar skru. Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat
  • Ketuk pada setiap kepingan tile tu dan ketuk keliling perimeter tiles, sebab di tengah-tengah selalunya ada simen, yang tiada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya tiles dipasang di dapur dan juga bilik air

4. Elektrik

  • Untuk periksa elektrik, hidupkan suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya
  • Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket

5. Meter Air

  • Apabila meter air sudah dipasang, sila pastikan pili air di rumah anda mengalirkan air dengan dengan sempurna
  • Buka semua pili air anda serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tiada yang tersumbat
  • Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar
  • Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tangki tidak bocor
  • Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu mesti berhenti. Jika tidak, ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki

6. Tingkap dan Sliding Door

  • Buka tutup tingkap anda semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh kunci sempurna
  • Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat

7. Tangga

  • Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah anda, pastikan ia kukuh. Kadang-kadang ada yang longgar dan bergoyang-goyang

8. Bilik Air Tingkat Atas Bocor

  • Pastikan bilik air tingkat atas tidak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar
  • Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tidak di bahagian siling tingkat bawah rumah anda
  • Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan sila minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna
  • Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tidak

9. Dinding Retak

  • Periksa dinding rumah anda, kalau ada retak sila maklumkan segera.

10. Kunci Semua

  • Seterusnya adalah kunci rumah anda, pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door pintu dan segalanya yang memungkinkan akses mudah keluar masuk rumah oleh pencuri kabel letrik
  • Selepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab sekiranya ada berlaku kes kecurian kabel

Kunci rumah

Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.

PENDAPAT MOMMY

Memang berguna sangat tips ini untuk orang yang bakal ada rumah sendiri macam Mommy. Yang belum tahu selok belok rumah baru kan. Ada beberapa point di atas tak relevan untuk rumah Mommy tapi tips ini adalah umum. Sesuai untuk pelbagai jenis rumah.

Dan nantikan post mengenai PERSIAPAN BERPINDAH. Ini memang mencabar. Banyak item yang akan Mommy lupus sahaja. Fuh. Tapi memandangkan Mommy ni memang dah sebati dengan checklist, inshaa Allah semua tiada masalah.

Doakan Mommy ya. Moga semua dipermudahkan. Mommy harap semuanya sempurna di mata Mommy. Semangat dah ni. Walaupun lambat lagi sebenarnya. Mungkin hujung tahun ini, atau awal tahun depan. Heeee..

17 Comment

  1. Tips yang bermanfaat… in Shaa Allah, Boleh saya gunakan Tips ni bila saya dapat kunci rumah nanti….
    Anuar recently posted…Confirm! Restoran Simpang Tiga Ipoh Telah pun menyertai Program Mykad Smart Shopper (MSSP)My Profile

    1. inshaa Allah. samala juga dgn saya nt..

  2. Perkongsian yang menarikkk
    Afif recently posted…Cara Kesan Peranakan JatuhMy Profile

  3. Kadang-kadang bila dah suka lupa semua nk buat. Tq ye sharing.. good info!
    nur yusuf recently posted…Strawberry Tiramisu: Hadiah buat sahabatMy Profile

    1. kan. sy pun takut sy lupa ada entri ni. kihkih

  4. Pergh ~ Tahniah kerana akhirnya memiliki sebuah rumah. Kalau saya, entah bila.. huhu..
    Tapi, tips ni memang konfom kena simpan, manalah tahu.. tup tap.. ada rejeki nak berumah.. hehe
    Aretikz recently posted…This Is Badang StoryMy Profile

    1. yup. sgt bguna. inshaa Allah nt aretikz akan ada rumah sndr jgk. amin

  5. bagus tips ni. semoga dipermudahkan ya
    Raihanah Ahmad recently posted…Turunkan Berat Badan – Detox Hati AndaMy Profile

    1. amin. terima kasih

  6. panduan yang sangat bagus.. tq share
    Eintan Nurfuzie recently posted…Tercabar dengan Cabaran Bulan PuasaMy Profile

  7. tips yang bagus.Tahniah nk pindah rumah baru

    1. alhmdlh. jiran kita nt. hehehe

  8. amboii.. nak masuk bila dah nih

    1. doakanlah eh kak.. inshaa Allah bln 11 siap katanya. 2 bulan lps tu la kot..

  9. setuju, periksa mana-mana kerosakan untuk dilaporkan pada pemaju 🙂
    Ikhwan recently posted…Contoh Soalan Daya Menyelesaikan MasalahMy Profile

  10. ejoeshukor says: Reply

    Time kasih! tips yg sgt berguna.

  11. Assalamualaikum..
    Bagus sangat tips ni. InsyaAllah akan dipraktikkan bila dah dapat kunci rumah nanti. Mesti besh Shehan dah setel 1 fasa. Nanti share la deco rumah pulak. Boleh cedok idea kat blog Shehan. hehe..

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.