KENAPA PERLU RISAU KALAU ANAK DEMAM?

Demam. Dah banyak sangat post perihal demam dalam blog Mommy ini. Segala petua, tips, cara rawat, cara elak tentang demam semua Mommy pernah tulis. Tapi kalau dah sampai waktu untuk ‘merasa’ sakit tu, memang tak dapat elak dah.

Kadang-kadang terfikir, apa punca demam ya? Boleh jadi disebabkan jangkitan orang terdekat atau mungkin juga faktor cuaca?

Kalau tengok kalendar ‘demam’ anak2 Mommy ni, sudah hampir 2 bulan mereka tak suffer any penyakit. Tapi, rabu lalu, ketika mereka sibuk menyambut Hari Guru Mommy dapat berita Ariq Emir demam pula petangnya. Hmm.

Mommy ingat demam2 biasa barangkali. Selalunya paling lama demam pun, 24 jam.

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam

Hari Khamis, dah sehari terpaksa EL. Macam Mommy cakap tadi, ingatkan 24 jam je la tahap kesihatan itu merudum, rupanya bersambung lagi. Suhu 38 ke atas je dia ‘main’. Haih.

Hari Jumaat, masih lagi demam. Kejap tinggi, kejap ok. Dah mandikan dengan Young Living Essential Oil Lemon, suhu memang turun masa tu, tapi tak lama selepas itu, demam balik. Jahat sangat virus kali ni.

Mungkinkah atas faktor full moon? Itu memang selalu dikaitkan, jika kita sendiri atau anak2 tak sihat.

Masalah Ariq ni ialah masa demam ni, makan dia ok. Minum pula yang susah. Mommy dah mula resah gelisah dah. Tonsil kah? Pelik pula bila makan tu ok. Mungkin lapar. Air? Hmm. Potensi dehydrate tinggi la kalau berterusan macam ni. Erm.

Mata panda biasalah kalau dah jaga anak tak sihat kan? Memang kepala biol sangat sebab kejap-kejap terjaga. Risau anak panas sangat. Jam 3 pagi pun bangun mandikan dia. Sebab suhu tinggi cecah 39.

Pagi sabtu, Mommy ingat dia dah ok. Rupanya tidak juga. Layu je mata tu. Kami putuskan untuk ke klinik lagi sekali dan mintak surat rujukan doktor untuk ke Pantai Hosp.

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam (2)

Suhu badan Ariq mencecah 41 ketika diperiksa di Pantai Hosp. Allah. Tinggi sungguh. Terus kena mandi.

Sayu sangatlah hati Mommy ni bila dia asyik sebut ‘buka..buka..buka’, once dia kena drip. Sampai tertidur dek kepenatan menangis.

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam (6)

Sepanjang di hospital ini, korang bayangkan boleh kata setiap masa menangis dan minta ‘buka..buka’ drip tu. Jenuh memujuk.

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam (8)

Even hari Ahad pun Ariq masih demam panas lagi. Kejap ok, kejap panas. Makan ubat, cool la sekejap. Lepas tu demam balik. Doc ada buat ujian Influenza. Negatif. Ujian darah, bukan denggi. Tapi, graf jangkitan, tinggi. Hmm.

Hari berlalu, Ariq masih ditahan sehingga hari Selasa. Daddy ambil alih jaga beliau hari Isnin & Selasa. Magiknya, langsung tak menangis sepanjang Daddy jaga. Once Mommy sampai di hospital waktu malam tu, start balik perangai manja dan meronta minta buka drip tu. Amboi. Drama King!

Kesian Hannah, terpaksa studi di hospital untuk mengadap exam minggu ini. Oh yes, Little Caliph ada buat exam untuk student pra tahfiz (6 tahun). Moga anak Mommy berjaya. Memang tak push pun. Bukannya UPSR. Kihkih. Tapi, sebagai ibu bapa, kata2 semangat dan sentiasa ingatkan dia untuk berusaha itu wajib.

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam (10)
Yang bertanya samada Mommy ada menggunakan sebarang alternatif remedy, yes. Ada. Mommy gunakan Young Living Essential Oil untuk Ariq.

Antaranya Thieves, Lemon, Peppermint, Wellness Blend & Oregano. (WHATSAPP MOMMY 0123498262 for more info, ok?)

Special wish untuk my friend, Maghfarah yang sudi datang menjengah & bawa EO ini. Terima kasih daun keladi. 😊

kenapa-perlu-risau-kalau-anak-demam (9)
Jadi, simpulan penyakit Ariq di sini ialah Viral Fever with Mild Dehydration.

Isu demam ni, memang tidak boleh dipandang ringan. Kalau on off macam ni, tiada batuk, tapi hidung tersumbat, ini pun bahaya juga. Tidak makan, tidak minum, lagi bahaya. Tak mengapa serah diri ke hospital sekalipun.

p/s : Bil hospital macam Mommy hari tu, masa admit ward kes Influenza B. RM4K++. Marilah berhuhuhu.

6 Replies to “KENAPA PERLU RISAU KALAU ANAK DEMAM?”

  1. Anak demam memang kita akan risau.. tak senang duduk dibuatnya. Semoga Ariq cepat sembuh.

    1. YB Shehan says: Reply

      kan. risau sgt2.

  2. Suhu badan sampai 41.. Ya Allah tingginya.. bahaya tu.. mujur cepat bawa ke hospital.. sekarang ni musim demam… kena jaga kesihatan dan bykkan minum air suam.
    anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.My Profile

    1. YB Shehan says: Reply

      aah tu la. mmg macam api bila pegang. kesian dia. lemah sgt2. skrg pn dia susah sket nk minum air. hmm

  3. Doa mak-mak ini penting, doakan anak-anak sihat yer…dan bg depa aura yang sihat. Anak demam terus p klinik , sbb kita bukan doktor. Bagi doktor yang ubati, lebih selamat.

    1. YB Shehan says: Reply

      sy slalu rawat kt rumah dlu smpai 3 hari. lps tu baru g klinik. dgn syarat, ubat dmm dh ada kt rumah.. hmm.. jadi gini, mmg pnt sgt..

Leave a Reply

CommentLuv badge