banner KBBA9
Naracards Korea-Seoul Set

TAK JANGKA KENA ADMIT HOSPITAL (PART 1)

Memang tak jangka langsung. Alkisahnya, Mommy start demam dari Isnin malam (25042016) tu lagi. Tapi cuba bertahan sebab Mommy ada royal duty kt Hotel St Giles, the Gardens. Urusan kerja office. Tapi bila dah tengahari tu, dah mula seram sejuk semula. Eh. Demam balik ke?

Memandangkan pagi di St Giles tu (26042016), Daddy yang hantar, Mommy terpaksa tumpang officemate untuk pulang ke office. Akan tetapi, bila Mommy jejak sahaja office, langsung Mommy tak dapat tahan kesejukan. Mujurlah officemate Mommy sudi hantar balik ke rumah. Tapi, apa gunanya kalau balik rumah, tiada kunci? Barulah Mommy teringat yang Mommy cuma harapkan kunci daddy sahaja hari tu. Aduh. Daddy terpaksa rushing balik semata-mata nak hantar kunci. Tq Daddy.

Lepas Daddy balik dan ambil anak-anak, berkejaran pula kami ke klinik. Suhu Mommy agak tinggi masa tu (38++). Lung tak cantik kata Doc. Keadaan u sangat teruk. Tapi makan ubat dahulu. Free MC 2 hari. Peliknya masa ni Mommy takde lah flu teruk. Batuk pun tak teruk.

28042016 memang adalah tarikh Mommy minta cuti. Jadi memang jadi cuti panjang untuk Mommy minggu ini. Mommy ingat, dah sihat. Tapi sepanjang keluar pun, hati tak seronok walau movie Civil War tu seronok. Puas hati di situ. Namun, Mommy demam semula petang tersebut.

KENA ADMIT HOSPITAL

Memandangkan 3 hari masih belum kebah, Mommy ke klinik lagi sekali. Doc arahkan Mommy untuk nebulize dan terus buat referral letter for admission. But why???

Wheezing. Sangat-sangat teruk. U have Acute Bronchitis. Plus your temp now is 38.5. U have to go to hospital.

Nak tak nak, hadap je lah hospital. Mommy tau, ramai tertanya-tanya which Hosp yang Mommy datang. Laci pun canggih. Siap guna MyKad untuk buka dan lock.

Bersambung di Part 2.

image

(Visited 157 times, 1 visits today)

8 thoughts on “TAK JANGKA KENA ADMIT HOSPITAL (PART 1)”

  1. anuar says:

    Semoga lekas sembuh.. byakkan berehat dan tenangkan fikiran semasa berada di hospital.. In Shaa Allah, lekas sembuh..

    1. YB Shehan says:

      amin. tq doakan

  2. hanie azura says:

    Semoga cepat sembuh,tertnya tanya juga hospital tu kat mana canggih n safety.

    1. YB Shehan says:

      hehe. nt aku cte..

    1. YB Shehan says:

      Tq puan..

  3. tony stark says:

    huh.. tu la.. ingat demam biasa2 jer. demam manja jer.. sekali masuk spital ko

    1. YB Shehan says:

      huhu.. demam bukan biasa2. bahaya now..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Post

DAY 1 : NAMA BLOG MOMMY : ASAL USUL SHEHANZSTUDIO

Assalamualaikum. ASAL USUL SHEHANZSTUDIO | Diari Cabaran BLOG SETIAP HARI SEPANJANG MAY bermula hari

LIRIK BAGAI HIDUP SEMULA – AIZAT AMDAN

Salam, pagi ni masa Mommy dengar Johara, tetamu mereka pagi ini ialah Aizat Amdan.

INILAH MASALAHNYA KALAU JADI ARTIS

Berita 1 – METRO Anak tiri jadi ‘isteri kedua’ KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi sebuah

error: Content is protected !!