TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK – MURAH DAN SELESA | REVIEW

LIFESTYLE
TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK – MURAH DAN SELESA | REVIEW.

Salam. Sejak Hannah Damia (HD) belajar di Tadika Little Caliph awal tahun 2015, HD dah pandai solat sehingga sekarang. Di sana pelajar-pelajar seawal umur 3 tahun akan diajar cara solat. HD, genap 5 tahun pada 30 September 2015, dan ketika itu baru sebulan di Little Caliph sudah boleh membaca surah2 dari awal solat sehingga tahiyat, sampai setel solat. Siap lengkap doa sampai ke doa untuk ibu bapa. Ibu bapa mana tak terharu lihat dan dengar bacaannya? Mommy pasti, ada yang ikuti perkembangan Hannah dari awal tahun di tadika LC sehingga sekarang. Selalunya Mommy kongsi di Instagram.

Sepanjang dah boleh solat ni, Hannah dah ada 3 telekung comel. Semuanya pemberian orang. Murah rezeki betul HD. Mommy tak sempat pun belikan. Hii. Alhamdulillah. Rezeki orang bagi ni, pahalanya sentiasa berjalan selagi mana diguna dan disimpan pemakai. Inshaa Allah.

Buat ibubapa sekalian, ajarlah anak-anak solat dari muda. Itu kata-kata pengasas Little Caliph ketika Graduation Day Little Caliph baru-baru ini. Ibu bapa boleh amalkan doa seperti di bawah untuk diri dan anak-anak supaya rajin solat.

Baru-baru ini, Mommy ada sedikit kejutan buat Hannah Damia. Bungkusan yang dikirimkan oleh Iem Creation telah selamat diterima oleh Mommy. Tak sabar rasanya nak lihat reaksi HD.

Respon HD bila Mommy suruh buka parcel

“wow.. cantiknya Mommy”

Kemain wow tu. Terus minta dipakai dan nak solat bersama Mommy.

Nak tengok tak telekung Safiya yang comel tu?

TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK – MURAH DAN SELESA | REVIEW

  • Ini pandangan hadapan. Labuh elok. Saiz pilihan ialah untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun. Tapi kalau anak jenis tinggi dan besar, tak salah ambil saiz lebih besar. Pinggang kain ada getah jadi mudah untuk anak2 terus pakai sendiri. Kalau yang jenis dewasa, kan ada jenis getah atau tali. Dari kecik sampai sekarang, Mommy lebih suka jenis pinggang getah.
  • Pandangan dari tepi. Ringan tapi jangan risau jika ditiup angin kuat sekalipun. Takkan mengganggu solat. Sebab tak terangkat.

KELEBIHAN TELEKUNG SAFIYA

  • Antara kelebihan yang ada pada telekung Safiya ini adalah:

1. Fabriknya yang sangat selesa dan lembut. Pemakai akan rasa sejuk kerana materialnya JERSEY.

2. Tali di kepala diletakkan butang comel. Jangan risau tercabut ke apa sebab jahitannya kemas terletak. Butang hanya hiasan dan tidak perlu dicabut-cabut.

3. Tak perlu memakai anak telekung kerana jahitannya terletak kemas mengikut bentuk muka Hannah. Anak rambut tak terkeluar.

4. Materialnya tidak terlalu tebal atau berat dan tidak juga nipis. Sedang-sedang elok. Tidak jarang pulak tu.

5. Design telekung dan hiasan renda yang comel dan kemas.

PILIHAN WARNA

  • Terdapat pelbagai pilihan warna untuk ditempah. Anda boleh request warna pilihan hati. Contoh-contoh warna yang pernah diperagakan adalah seperti di bawah. Untuk pengetahuan, ini telekung berwajah baru ye. Yang ada lace macam Hannah pakai tu, dah tiada pengeluaran baru.
TELEKUNG-SAFIYA-TELEKUNG-BUDAK

HARGA MURAH DAN MAMPU MILIK

Mommy perasan, kadang-kadang harga telekung kanak-kanak ni kemain mahal. Tapi tidak untuk Telekung Safiya. Ianya murah dan mampu milik. Kenapa perlu berkira dikala ada kesempatan melihat harga murah dengan kualiti telekungnya yang selesa?

Harga Telekung Safiya mengikut SAIZ. Pilihan SAIZ mengikut golongan UMUR anak anda.

  • Saiz S (1 – 4 tahun) RM35
  • Saiz M (5 – 7 tahun) RM40
  • Saiz L (8 – 10 tahun) RM45
  • Saiz XL (11 – 14 tahun) RM50

Harga ini tidak termasuk kos pos.

BOLEH ORDER kat Mommy – 0123498262

PERKHIDMATAN LAIN

TEMPAHAN MENJAHIT

  • Iem Creation juga sedia menerima tempahan menjahit baju kurung biasa/ moden/ pahang/ riau, jubah/ dress/ blouse/ skirt wanita, dress/skirt kanak-kanak, jubah/ baju melayu lelaki dan macam-macam lagi

PENDUDUK NEGERI SEMBILAN

  • Tempahan di sekitar Bandar Seri Jempol, Bahau, Batu Kikir atau Pasoh, boleh menghantar kain tempahan terus di rumah tailor sendiri. Hubungi Puan Iem Sarimah 012-9777417

PENDUDUK KL/SELANGOR/PUTRAJAYA

  • Tempahan di sekitar Putrajaya, boleh menghantar kain tempahan melalui wakil Iem Creation. Hubungi Puan Zana Adieyza 013-6065246

*Penghantaran melalui pos juga diterima dengan menghantar baju contoh kepada Iem Creation.

TUTORIAL MENJAHIT

  • Oh ya. Untuk pengetahuan anda, Iem Creation juga membuat tutorial menjahit telekung di fanpage mereka ini. Klik Iem Creation.
  • Wah.. yang dah pandai menjahit tu, mudah la kan? Murahkanlah rezeki Iem Creation kerana tak kedekut langsung berkongsi ilmu. Sedangkan ini adalah periuk nasi mereka sendiri. Hebat kan?

KESIMPULAN

Jom ajar anak-anak belajar sembahyang dari kecil lagi. Belikan mereka telekung-telekung comel seperti ini sebagai satu tanda sokongan moral dan memotivasikan mereka untuk belajar beribadah. Jangan lepaskan peluang beli telekung comel, murah dan selesa ini untuk anak anda.

PEMBELIAN

Kalau anda berminat, boleh whatsapp Mommy untuk pembelian telekung ini
Mommy / YB Shehan – 0123498262

Selamat beribadah dengan comelnya laaaaaaaa.. Hiii

(Visited 299 times, 1 visits today)

0 thoughts on “TELEKUNG SAFIYA UNTUK KANAK-KANAK – MURAH DAN SELESA | REVIEW”

  1. yup. sgt sesuai. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  2. kan? mmg comel. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  3. boleh beli untuk anak buah, sepupu, bzday anak kawan.. hiii. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  4. boleh2. kaklong saidila.com pun dah beli tau… skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  5. boleh beli untuk anak buah, sepupu, bzday anak kawan.. hiii. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  6. kan. mmg cun! skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  7. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  8. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  9. boleh beli untuk anak buah, sepupu, bzday anak kawan.. hiii. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

  10. haha. bab posing no 1. ikut sapa la tu.. hiii. skrg sy dah jadi agen telekung di atas tau. material dan harga agak berbeza dari yg atas ni. namun kualiti dan keselesaan memakai sama. Whatsapp jika berminat. 0123498262

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *