Naracards Korea-Seoul Set

THYPHOID : DEMAM KEPIALU

Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku penularan wabak demam kepialu di beberapa kawasan bandar di ibu negara dengan 32 kes dicatatkan sejak Ogos tahun ini.
Daripada semua kes jangkitan itu, Titiwangsa mencatatkan bilangan kes tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Kepong (8 kes), Lembah Pantai (4 kes) dan Cheras (4 kes), dengan tiada kematian dilaporkan – BH

THYPHOID : DEMAM KEPIALU

Typhoid fever, juga dikenali sebagai enteric fever

Demam Kepialu

  • Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
  • Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan

  • Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
  • Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
  • Sayuran mentah (ulam dan salad)
  • Cendol
  • Susu mentah

Tanda-tanda dan gejala

  • Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala

  • Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 ˚C
  • Cirit birit
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Sakit kepala
  • Sakit badan / lemah / letih lesu
  • Kurang selera makan
  • Batuk tanpa kahak
  • Denyutan jantung perlahan ( bradycardia )
  • Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
  • Bengkak limpa dan hati

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

  • Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
  • Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit

  • Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
  • Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Rawatan

  • Perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal
  • Rawatan dengan antibiotik seperti chloramphenicol , ampicilin, ciprofloxacin biasanya diberikan

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu?

  • Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
  • Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan makanan dan minuman berisiko seperti sayuran mentah / ulam, buahan, makanan dari penjaja, ais semasa berlakunya wabak.
  • Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
  • Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
  • Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
  • Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Apakah tindakkan jika saya disyaki mendapat penyakit demam kepialu?

  • Jumpa doktor anda segera

Sumber:
myhealth.gov.my
infosihat.gov.my (pdf)

Find me on Instagram

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

(Visited 99 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!